Sunday, January 30, 2011

Nota Terakhir Buat Bekas Kekasih dan Izwan


 Bissmillahirahmanirahhim. Assalamualakum dan selamat solat subuh yelah kalau dekat KL jam 6.00 pagi mesti misih subuh kan? berlainan pula di sabah ni orang dah siap-siap start kereta nak pergi office kalau budak sekolah sidang pagi dah pergi sekolah jam 5.30 pagi tadi, jam 6.05 loceng dah bunyi menandakan masuk kelas.

Sebenarnya ellang bukan nak cerita pasal waktu dan aktiviti orang-orang di sabah pada masa ini. Cuma nak cerita semalaman ini ellang tak tidur, dalam sekirang jam 11.30 ellang dapat satu panggilan yang memang tak pernah di duga. +6013****** nombor telepon tak di simpan sebagai kenalan tapi ellang tahu nombor siapa yang memanggil.

Saya tarik nafas dan hembus kemudian tekan butang hijau dan bagi salam. suara itu saya sangat pasti dia bekas kekasih. Suaranya sayup-sayup kedengaran seperti mahu sampaikan sesuatu. Rupanya dia baru sahaja bergaduh dengan kekasih barunya. Dia meluahkan semua masalahnya. Huh berat juga sebab kekasih barunya selalu tidak faham situasinya. Bekas kekasih saya cerita, pakwe baru dia macam masih sayang pada bekas makwe lama dia. ini pun baru lepas dia telepon tadi (mengantuk)

Dia mula membandingkan saya dengan pakwe barunya, kata pakwe dia tidak sebaik saya. Saya cuba bagi nasihat yang baik lagi pun dia orang baru 4 bulan bercinta. so kenal hati budi masing-masing pun belum 100%. dan Saya? saya belum ada pengganti dirinya. Hati saya Allah jew yang tahu macam mana sakitnya tapi saya buat cool jew :(

Saya berharap sangat ini nota terakhir buat bekas kekasih saya, saya tahu dia akan baca entry ini sebab dia memang suka baca ertikel dalam blog ini. Lepas ini jangan pernah hubungi saya lagi sebab saya pun perlu kan massa untuk melupakan awak. perbanyakkan lagi masa korang berdua untuk keluar bersama-sama, aktiviti sebegini dapat memperbaiki hubungan korang berdua.

Ini pesanan buat Izwan. Pakwe baru bekas kekasih ellang, walaupun kita tidak pernah bertemu dan tidak kenal saya harap sangat kamu dapat jaga dia dengan baik. Mak ayah dia dah kembali kerahmatullah sejak 4 tahun lepas dan saya mengambil alih jadi sebagai mak ayah dia dan menjaga dia dengan baik.

Kamu kena sabar dengan perangai dia yang suka menuduh tanpa asal usul, maafkan saja kerana dia memang jenis macam itu.

Sentiasa sokong kerjaya dia, kalau dia ada masalah tolong jangan tambahkan masalah itu, sebaiknya kamu pejuk dia dengan nada yang lembut.

Hatinya lembut dan mudah terguris dengan kata-kata kesat, jadi bila berbual dengannya jangan terlalu bergurau, adakalanya dia terasa.

Dia tidak suka di tengking, jadi jangan pernah marah dia bila dia buat kesilapan.

Tolong sediakan pad kotex dalam beg kamu, sebab dia selalu lupa masa datang bulan dan selalu lupa bawa pad. Sediakan 2 atau 3 helai pun dah cukup.

Bila dia datang bulan moodnya sangat tak baik, silap hari bulan hempon dia baling dekat kamu,selalu marah-marah dan maki hamun tak tentu pasal. so maafkan saja ya. nanti bila dah sempuh dari penyakit bulan tu dia ok semula.

Tolong bawa tuala kecil bila keluar berdua sebab dalam bas atau kereta dia selalu nak muntah, kalau nak senang sediakan plastik dalam bag.

Masa malam jangan pernah ceritakan dia cerita hantu sebab dia seorang wanita yang penakut tak pasal-pasal sampai termimpi-mimpi.

Kalau kamu seorang yang perokok tolong berhenti merokok sebab kepala dia pening bila hidu asap rokok.

Bila keluar beli barang, dia suka beli warna pink jadi belikan apa yang dia mahu dan bukan yang kamu mahu. sebab dia kalau nak sesuatu yang dia suka dia akan kecewa bila tidak dapat memilikinya.

Setiap pagi tolong hantar SMS dekat hempon dia ucap "Selamat pagi sayang, I Love U so Much" dan malam sebelum tidur hantar SMS ucap "Selamat malam sayang, I Love U so Much" dia amat suka bila dapat sms sebegini menandakan dirinya sentiasa dalam hati kamu.

Bila dia demam tolong jangan bagi dia makan ubat sebab dia tidak suka lagi-lagi ubat pahit. Sebaiknya kamu pergi jumpa dia, duduk di tepi sambil borak-borak kosong. Dia lagi suka di temankan bila demam daripada makan ubat.

Ingat antybody nya terlalu lemah dan senang di serang demam, kalau kamu ada masa lapang sesekali masakkan dia bubur + teh O kurang manis.

Jangan bagi dia minum coca-cola banyak sangat sebab nanti dia sendawa. dia tidak suka bila sendawa.

Dia selalu masak tak sedap, jadi bila nanti dia masak untuk kamu jangan pernah cakap tak sedap. Sebaiknya kamu makan sampai habis dan cakap wah! bertuah saya dapat awak sebab pandai masak.

Kadang-kadang dia buat milo letak susu terlalu banyak dan manis sangat, jangan complain pula manis sangat sebaiknya kamu cakap saja emm.. air ni manis macam awak. saya suka. dan kadang-kadang tawar pula jadi cakap je "awak, tolong tambah gula sikit" jangan pula cakap "awak buat air ni tak de rasa pun" nanti hatinya terguris.

Dia selalu tinggalkan barang dekat rumah contohnya kunci rumah, pendrive.. nanti dah setengah jalan baru dia ingan. jadi jagan marahkan dia ya sebab dia memang macam tu, balik je pergi amik.

Buat keputusan? jangan kamu je yang hari-hari tentukan, sesekali suruh dia yang buat keputusan. adakalanya keputusan yang dia buat lagi bagus dari kamu buat dan ada kalanya keputusan itu tersilap, kamu jangan tengking dia ok. cakap saja tak apa lah.. bukan rezeki lepas tu kamu senyum.

Kulit dia sensetif pada gigitan nyamuk jadi kalau boleh sediakan minyak kayu putih atau ubat lain untuk di sapukan di kulitnya. Suruh juga sapu di perutnya sebab dia selalu sakit perut lagi-lagi masa datang bulan.

Bibir dia selalu pecah-pecah ini menandakan dia kekurangan air. jadi bila kamu perasan itu terjadi bawa kan saja segelas air kosong untuk dia minum.

kalau dia susah nak tidur malam tolong dodoikan sampai dia tidur, tolong nyanyikan dia lagi bangau oh bangau atau burung kakak tua. nanti 5 minit kemudian dia tidur lah tu.

Sekali selaka bawa dia ke pantai atau tengok wayang. sediakan makanan ringan macam kerepe sebab dia sangat suka makan makanan ringan bila bersantai.

tapak kaki dia selalu perpeluh jadi bila belikan seliper beli yang getah bukan plastik, kalau plastik nanti kaki dia basah sebab peluh.

Selalu sediakan stookin dalam bag sebab dia selalu lupa pakai stookin bila berkasut.

Jangan selalu bagi dia penat macam perlari atau bersukan sebab jantung dia tak berapa ok. sebelah kiri selalu sakit. hari tu saya nak bawa dia pergi hospital tapi dia tak nak, jangan paksa dia pergi hospital kalau dia tak nak.

Kalau belikan dia cincin jangan beli cincin silver sebab seminggu bila dia pakai tangan dia akan timbul bintik-bintik gatal. kalau boleh sediakan bedak john son baby bubuh tempat yang gatal.

Dia seorang wanita yang tidak pandai melintasa jalan, kalau esok-esok korang berdua melintas sila ikut jejantas. tapi dia degil sikit tu nak jalan singkat jadi tolong pimpin tangan dia semasa melintas.

Kalau korang berdua keluar bersiar-siar jangan biarkan dia tak pakai tudung, itu pesanan mak dia pada saya sebelum meninggal.

Jangan pernah lupa hari-hari bersejarahnya seperti tarikh lahirnya 26/03/, mak dia meninggal bulan 5 2007. bulan 3 ni dia ada konvo dan sepatutnya dia pergi dengan saya, baju pun semua saya sudah sediakan tapi tak apa lah, saya bagi amanah kat kamu untuk pergi dengan dia. batalkan saya semua epoiment pada masa itu. kalau saya boleh dari sabah tebang ke KL kemudian naik bas 5 ke johor, kenapa kamu tak boleh dari KL drive ke johor. dekat jew kan? jangan bagi alasan untuk kata TIDAK.

Jangan asyik pentingkan kerja, sesekali luangkankan masa untuknya. banyakkan buat kejutan, hari-hari biasa pun tak apa. jangan beli kan dia bunga Ros, dia memang tak suka. Belikan teddy bear ker, shinchan pun dia suka juga, mashimaro pun dia suka. Teddy bear yang saya belikan sebesar dia tu tolong buang yew supaya dia boleh lupakan saya 100%.

Kakak dia dan abang teh dia terima kamu kan? dia ada cerita semalam. Tahniah buat kamu sebab 5 tahun saya couple dengan dia, 1 jam pun kakak dia tak pernah nak terima saya. jadi kamu kira beruntung sebab tak akan rasa kena halau dari rumah kakak dia dan keluar macam yang saya rasa. Malam tu saya tidur dekat bas stop nak balik jB dah malam tak ada bas nak tak nak esok pagi baru saya dapat balik.

ok Izwan, jangan pernah lukai hatinya.. saya sentiasa mendokan kebahagiaan kamu berdua sampai ke anak cucu. oh yah lagi satu kalau solat 5 waktu sedekahkan Al-Fatihan pada kedua orang tua dia yew. Dan mulai 4 5 bulan lepas saya dah lepaskan tanggungjawab saya untuk jaga dia sebagai mana janji saya pada mak dia dulu. Walaupun hakikatnya hati saya ni retak tapi melihat dia bahagia dengan kamu saya dah cukup gembira.

Ini saja yang dapat saya sampaikan. Assalamualaikum.

Artikel yang berkaitan



19 comments:

  1. @Najia.. tapi mungkin penganti yang baru tu lagi bain nanti, saya cuma tunaikan amanah mak dia dulu :)

    ReplyDelete
  2. @nUmara dah cuba buat yang terbaik.. tapi x de jodoh :)

    ReplyDelete
  3. hermm... okaee..
    pasti ade hikmah..
    ade yang lebih baik menanti kamuu..^^
    the past is history..

    ReplyDelete
  4. @Neesa.. harap2 mcm itu lah. ^_^

    ReplyDelete
  5. Ish! x sangka sungguh yg kak Nor dpt kenal lelaki sebaik Ellang..

    ReplyDelete
  6. @Kak Nor... hahaha ae pulak macam tu :s

    ReplyDelete
  7. sgt sedih baa entry ni. Pasti bekas kekasih awk masih sygkan awk sebenarnya. Sy harap elang sabar k.

    ReplyDelete
  8. @Sophie.. huhu baru dpt online.. xpew la biar kah di bahagia di sana.. ;P

    ReplyDelete
  9. huhu..sedeynye kisah awak...huhu..be strong ye..senang2 bior sy je jadi gf awk..hehe..gurau jerp..:)

    ReplyDelete
  10. seriously sweet.
    like seriously.
    i wish i had someone like you.
    oh mann T.T

    ReplyDelete
  11. lang..sa mo komen sal story ko ni..
    tp sa mo gak jaga hati org...
    lau sa komen confirm ada yg xpuas aty...
    apa2pun hrp ko bykkn bersbr...
    semua 2 dugaan utk ko lang,dugaan utk ko menjd org yg lbh dewasa..
    so yakin jak la..klu korg ada jdh xkn ke mana gak,n xkn klu pun dia bkn jdh ko INSYAALLAH ko akan jumpa yg lbh baik dr 2..
    jd nasht sa,bykkn berdoa,tawakal n bersbr...

    ReplyDelete
  12. @N ShahInsyaAllah.. yg lagi baik pun ada :)

    ReplyDelete
  13. @barbaramori89Nak ker? boleh3x.. tengah single ni hehehe.. gurau :p

    ReplyDelete
  14. @manjaBaik cikgu.. nasihata yg baik.. :p

    ReplyDelete
  15. ye ye. mesti. belum jumpa lg jea.

    ReplyDelete
  16. Ι do not know if it's just me or if perhaps everyone else experiencing problems with your blog. It seems like some of the written text within your content are running off the screen. Can somebody else please provide feedback and let me know if this is happening to them as well? This could be a issue with my browser because I'vе had this happеn bеfοre.
    Many thankѕ

    Here is my blog pоst - hcg extreme

    ReplyDelete

 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..