Thursday, February 10, 2011

Tips Menjaga Bateri Laptop Agar Tahan Lama

Usia laptop yang semakin lama menyebabkan ketahanan bateri yang tidak kuat dan ada di antara laptop kita sudah tidak boleh on tanpa di charge, wah ini dah jadi personal computer sebab tak boleh on bila tak ada elektrik. laptop saya sudah berusia 3 tahun dan kondisi bateri masih bertahan selama 4.30 jam bila beteri penuh.

Disini saya nak bagi beberapa tips untuk menjaga ketahanan bateri laptop kita agar masih boleh bertahan dengan baik walau pun usia laptop kita lama, tak lah kena ada elektrik baru boleh on. [ayat tunggang terbalik dah ni]



1. Kawal kepanasan laptop, ini bermakna semakin panas laptop semakin kuat penggunaan bateri, jadi di galakkan guna kipas yang ada di jual di kedai komputer, alah harga baru RM15.00, kena keluarkan budget sukit lah.

2. Jangan biasakan laptop di pangkuan paha kita, di atas katil, dan diatas karpet kerana permukaan yang lembut seperti ini akan menghalang aliran udara di bagian bawah laptop dan dapat menimbulkan overheating. Hal ini terjadi kerana peredaran udara tidak berjalan dengan sempurna.

3. oh ya, sebelum itu kalau kita baru beli laptop seharusnya kita charge dulu selama 8jam tanpa menhidupkan suiz on pada laptop [biarkan dia off]

4. Elakkan letak sesuatu di atas laptop, contoh yang selalu kita buat letak hempon dan PSP di atas laptop kita. Perkara sebegini akan mengakibatkan litar elektrik di dalam bateri menjadi rosak dan terjadi litar pintas yang kemudian mengakibatkan overheating

5. Letakkan laptop di tempat yang sesuai dan bersuhu bilik dan jau daripada pancaran matahari, kenapa? cuba korang berdiri di tengah-tengah matahari, korang rasa korang tahan tak? tak kan, jadi maca itu juga lah laptop kita.

6. Jangan open program terlalu banyak di komputer anda, ini menyebabkan permintaan kuasa dari program tersebut terlalu tinggi dan menyembabkan beteri komputer cepat habis.

7. Satting dan mengoptimakan kekuatan bateri pada "Power Option" di tetingkap Control Panel dan pilih satting sehingga penggunaan daya dioptimalkan (pilih "Max Battery" untuk efek maksimum)

8. Jangan terlalu kerap save mode stanby  (macam mana saya nak terangkan yew) alah yang korang setting stanby bah kalau macam 5 minit korang ndak gunak na dia keluar windows yang bergerak-gerak tu. Paham kan maksud sia di sini. Sebaliknya kalau korang mau keluar korang turn off jak, biar bateri tu boleh save. [nah kan terekuar sudah bahasa sabah sia]

9. Jangan guna external device terlalu banyak, contoh USB mouse, USB hard disk, USB speaker, USB pendrive. ini pun boleh menyebabkan bateri korang cepat lupus.

10. Jangan guna laptop sambil charge, ini menyebabkan kuasa bateri yang di simpan terus keluar ke power suply. maksudnya elektrik yang dia tukar kepada kuasa bateri terus di salurkan ke power suply laptop, kalau buat macam ini bateri cepat rosak.

11. bah, itu jak lah dulu sia sampaikan. lain kali sia tulis panjang-panjang.

Nota Kaki : sia = saya, jak = sahaja, bah = penggunaan bahasa sabah yang berbaksud okey dan lain-lain.

Artikel yang berkaitan



6 comments:

  1. huhu..
    agaknya ini lah penyebab bateri laptop TK tahan 2 jam je..
    hampir smua benda di atas tu TK buat..
    emm..

    ReplyDelete
  2. hehh, tima kaseh bah atas tips ini :D

    ReplyDelete
  3. @Ateyn BellaBelajar ckp sabah kah? hehe bukan tips ini tapi tipsnya.. :p

    ReplyDelete
  4. thnks..sgt2 bergne..p suda telmbat..betri sy suda rosak..nyway thnks alot :)

    ReplyDelete

 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..