Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Sunday, October 31, 2010

Rahsiah Tarikh Lahir dan Sikap Anda


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

Januari:
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

Februari:
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tah yul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

Mac: 
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

April:

Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei:
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

Jun: 
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Julai:
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

Ogos: 
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

September:
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

Oktober:
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

November:
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Disember:
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

*************************************
Nota Kaki: saya lahir bulan Februari.
*************************************

5 pantang larang semasa tidur

1- JANGAN TIDUR DGN MEMAKAI JAM
reason: jam boleh menghasilkan radioaktif even sedikit. Cam pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit...
Fakta Suya: Suya memang boleh kata 24 hours pakai jam.. even tido.. xlengkap rasa bila xde jam.mandi pun pakai jam.. hanya bukak bila perlu, tu pun kejap tu je la.. eg-- wuduk, mandi wajib n so on..

2- JANGAN TIDUR MEMAKAI BRA (girls only)
reason: para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai bra melebihi 12jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.
Fakta Suya: no komen!

3- JANGAN TIDUR DENGAN HANDPHONE
reason: magnectic field yang dihasilkan oleh electronic gadget boleh merosakkan sistem saraf
Fakta Suya: erm setiap malam pun tidur bertemankan handphone.. memang xleh nk ubah.. camana?? adeyh

4-JANGAN TIDUR DENGAN MAKE UP
reason: bagi masalah kat kulit, xleh nak bernafas gitu
Fakta Suya: a ah.. rimas kot tidur ngan make up.. malas camana pun memang akan bersihkan jugak even kejapan sahaja :p

5-JANGAN TIDUR NGAN ISTERI ORANG
reason: kang xpepasal korang xbangun-bangun dah sebab kena bunuh dek suaminya :)
 **********************************************************************************
nota kaki: Copy dari Blog Me Suya
 **********************************************************************************

Saturday, October 30, 2010

Tips membeli telepon

Dunia ni semakin hari semakin canggih apalagi teknologi?? perh!! canggih tahap drakula kelaparan la beb. Disini saya nak kongsi sikit tentang telepon. saya tulis ni untuk panduan kita sahaja tiada kena mengena nak jatuh kan mana-mana pihak secara langsung mahupun tidak. korang mesti pernah terfikin nak beli telepon baru kan?? tapi takut terberi salah. maksud saya di sini bukan original lah. kalau di tengok dari mata kasar sekarang telepon china ni betul-betul macam original pengeluar dia pun makin cun lah bilang orang putih emazing!!! malam semalam kawan saya ada datang ke rumah tujuan untuk satting kan internet free, dia baru beli telepon nokia N95. Saya pun belek-belek lah software memang humppp mati-mati kawan saya ni kena tipu oleh penjual tu rupanya dia beli tepon brend china menyesal tak sudah lah dia dia nak kembalikan pun dalam resit dah tertulis "sila semak prodak anda, barang yang telah di bawa keluar dari kedai ini tidak dapat di kembalikan" kesian kawan saya. jadi mulai hari ini siapa-siapa yang nak beli tepon tu chek la baik-baik. ini antara perbezaan telepon original atau tiruan.

1- Harga: Biasanya harga telepon ori mahal berbanding tiruan. Harga murah sampai hilang akak lah kalau di pikir-pikir, harga down sampai 70% dari harga yang ori.

2-Bentuk 100% sama: Sebagai pengguna yang bijak korang kena tau serba sedikit tentang tepon yang nak dibeli tu, apa aplikasinya, bentuknya, color henpon tu. Surf website pengeluarnya, Sekarang teknologi canggih beb bentuk luaran memang sama tapi tengok isi dalamannya. Kalau nokia ori dia guna symbian dan chiana semuanya Java.

3-Perhatikan Jenama telepon: Masa beli cuba perhatikan tulisan pada henpon @ kotak, selalunya klon ni dia tiru sejibik macam yang ori, tapi ada kes macam dulu Nokia jadi NOKLA, Sony Erricsson jadi SCNY ERICSSON/Suny Ericssom, Blackberry jadi Blueberry (tektik pengeluar tu hahaha)

4-Dual sim & TV: Ini lagi lawak ada tv beb, 2 sim kad lagi haha tepon klon memang dicipta sebegini untuk menambah tarikan kepada pembeli, padahal bukan best sangat pon feature tu, kalau MEMANG nak beli yang klon silakan, tapi kalau nak yang original, wifi mungkin ada tapi TIDAK untuk TV dan support dwi sim kad, jarang henpon Ori ada TV+ Dual Sim. lagi 1 hempon cina ada tilis wifi tapi bukan boleh guna pun.

5-Waranti: Kenali pengedar sah jenama tepon terkemuka, Nokia pengedar sahnya ialah Zitron dan Avaxx, Sony Ericsson= Midland & Thorus, Samsung= FMG, henpon AP (Approve Permit) set selalunya ada warranty dari kedai itu sendiri dan dari kilang. banyakkan search kat goole yang pasal pengedar ni.

6-Semak kod imei: 1. Tekan *#06# dan tekan dial - nombor siri atau IMEI akan terpapar di skrin
telefon tu
A. Sila lihat pada nombor siri atau IMEI tepon, fokus pada nombor
digit 7 dan 8.
Contoh
958061016411753
Sila lihat handphone tu sekarang pada no digit 7 dan 8
01 - bukan made in china
02 - made in china
03 - bukan made in china

7-Kes yang pernah berlaku:

a) 01 tu bukan made in china and bukan dari kilang asal company phone
tersebut, kira kualiti dia up la dari made in china.

b) bro..... ni berita terbaru... td kwn kopek dia punya sirim.... made by
nokia tp slps buat *#06# no yg kuar = 353504029093758
kenapa ya made in china?

c) Kadang2 jangan percaya sgt dgn cop2 ni..made in nokia mne2 factory
boleh tiru dan phone china ni slalunye ringan

d) Tak kira la brand apa pun, kalau diSUB kan ke kilang china, tetap
ori gak.. tapi kalau macam nokia, banyak negara yang buat padahal
negara asalnya Finland..lagipun, phone china dan ori punya ada beza..
Bentuknya sama tapi fungsi lain.. 80% nokia pakai system symbian and
yang china smuanya java..

e) Kebanyakan handset original (SE, Nokia, HTC dan sebagainya) sekarang
memang dibuat di China.


Jadi semoga artikel ini dapat memberi kita sedikit sebanyak pengetahuan tentang telepon. Jangan sampai kita tertipu baru sedar macam kata orang tua-tua dulu "sediakan payung sebelum hujan"

tentang blacberry

Assalamualaikum... terlebih dahulu saya memohom maaf sebab baru dapat update blog (sibuk memanjang) dan terima kasih pada saudara/saudari yang sudi luangkan masa untuk melawat blog yg saya yang tak seberapa ini. Pada kali ini saya mau tulis sedikit berkenaan blackberry. Ramai kawan-kawan yang bertanyakan hal demikian jadi saya mengambil keputusan untuk menulis sedikit sebanyak berkenaan blackberry. ini gambar blackberry curve kepunyaan saya.

Kehadiran BlackBerry yang begitu hebat di tengah masyarakat, membuat ramai orang bertanya-tanya, apa jugak hebatnya BlackBerry sehingga begitu digeruni?? Bagi anda yang ingin tahu lebih dalam tentang BlackBerry (bahkan siapa tahu malah tertarik, lalu membelinya sehingga ikut ketagihan, hehe…), anda boleh hadir di roadshow BlackBerry di Senayan City, Ground Level. Di sana, para ahli dari RIM akan mendemokan secara LIVE, memberikan tips & triks mengenai bagaimana para pengguna mendapatkan lebih dari smartphone BlackBerry mereka serta bagaimana mereka dapat memilih smartphone sesuai dengan lifestyle dan kehidupan pribadi mereka. Jenis-jenis blackberry LIHAT DI SINI>>
Blackberry atau BB -bukan BB+17 yang pasti :d- adalah smart phone yang  mempu menyampaikan informasi melalui jaringan data nirkabel. Operating System pada blackberry merupakan Operating System (OS) berbasis Java buatan RIM (vendor Blackberry). RIM sendiri adalah perusahaan kanada yang mulai memperkenalkan blackberry pada tahun 1996. Awalnya, BlackBerry akan dinamakan POCKET LINK. Kemudian juga hampir dinamakan STRAWBERRY, karena mirip dengan buah strawberry. Namun belakangan namanya diganti dengan BLACKBERRY, sebuah nama yang akrab tapi cerdas. Kenapa tidak dinamakan berryberry ya?hahaha
Jika krang pengguna blackberry dan tidak mengaktifkan langganan servis BB mungkin sebaiknya korang buang Blackberry korang tu hahaha.. tapi Kanapa saya suruh buang? sebab alang-alang, (alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan) korang tidak boleh mengaktifkan layanan BB seperti untuk berinternetan dan ber-email ria. Malah nanti buang pening kepala korang jak sebab kebanyakannya menu nya nampak “asing”.
Keunggulan blackberry adalah push email (dia macam tolak itu email ba supaya cepat masuk di blackberry korang) Dimana kita bisa mengubah ukuran email 1 MB menjadi hanya 10Kb. *gile betol o ni blackberry. :p pastu kalau dapat email tak payah buka opera mini lagi  karena dengan BB kita akan terkonesi terus dengan dunia maya. Jadi kalau dapat email macam dapat sms gitulah. 
Kelebihan lain dari blackberry adalah si BB mampu menampung ribuan email tanpa takut he,mpon jadi hang atau error. kalau sebelum ni saya guna hempon nokia N90 memang teruk gila la nak online. Selain itu BB yang dilengkapi wifi ini juga boleh untuk berchating ria,surfing dan kita boleh chating dengan kawan-kawan kita tanpa harus menggunakan ym atau gtalk. tapi di blacberry saya ni saya guna mirc, blackberry massanger dan evoChat 2.9.1 untuk berchating cukup dengan memasukkan no.identiti pada blackberry kita. hehe senang kan. Inilah 16 fakta menarik tentang Blackberry:
  1. Sebuah perusahaan berbasis di Kanada yang disebut Research In Motion (RIM) telah mengembangkan Blackberry sejak 1996.
  2. Peringkat ini mendapatkan nama buahnya setelah seseorang mengemukanan bahwa tombol pada blackberry asli mirip sekelompok benih. Kemudian karena pada saat itu sebagian besar perangkat ini berwarna hitam, maka diberilah nama Blackberry.
  3. Blackberry yang pertama kali dijual ke pasar secara komersial berupa pager dua arah pada 1999.
  4. Fitur dari Blackberry pertama:
    • Teks layar monokrom
    • Layanan email dan WAP
    • Akses HTML melalui aplikasi pihak ketiga
    • Akses JAVA melalui tambahan JAVA Virtual Machine
  5. Produk paling baru Blackberry yang ada di pasar adalah Blackberry 9800 yang dirilis pada 12 ogos 2010.
  6. Fitur Blackberry 9800:
    • 3.2 di layar touchscreen
    • Kamera 5.0 Megapixel
    • Kapabiliti GPS
    • Sambungan Bluetooth dan WiFi
  7. Lebih dari 10 model Blackberry diperkenalkan sejak 1990 — yang secara kumulatif telah terjual lebih dari 40 juta unit.
  8. Blackberry dikenal terutama karena memiliki fitur messaging yang lebih dibanding smartphone lainnya.
  9. Layanan internet Blackberry memungkinkan kita untuk mentransfer data dua pertiga lebih selamat dibandingkan smartphone lainnya, sementara masih memberikan jumlah informasi yang sama.
  10. Layanan internet Blackberry tersedia di 91 Negara dengan lebih dari 500 operator layanan mobile.
  11. Kemampuan Blackberry untuk menampilkan email secara real time — di mana tersedia layanan nirkabel — telah digambarkan sebagai layanan yang sangat adiktif. Hal ini mengakibatkan perangkat ini mendapat nama panggilan lainnya — Crackberry.
  12. Pengguna Blackberry semak email pada masa:
    • 83% masa bercuti
    • 59% masa setelah diterima
    • 53% masa di tandas hahaha
    • 59% masa di bilik
    • 37% masa dalam kereta
    • 12% masa di tempat ibadah
  13. Berry Thumb (Jempol Berry): cedera yang terjadi sebagai akibat dari penggunaan berulang keyboard blackberry.
  14. Pasar saham smartphone di seluruh dunia berdasarkan sistem operasi:
    • 46,9% Symbian (Nokia)
    • 19,9% Research In Motion
    • 14,4% iPhone OS
    • 8,7% Microsoft Windows Mobile
    • 4,7% Linux
  15. Meskipun pengiriman Blackberry paling banyak, Research In Motion masih kehilangan pangsa pasar dari iPhone di tahun 2010.
  16. Pangsa pasar Blackberry vs iPhone:
    2007:
    Blackberry 11,8% — iPhone 3,3%
    2008:
    Blackberry 23,1% — iPhone 11,4%
    2009:
    Blackberry 34,3% — iPhone 24,9%

Monday, October 4, 2010

Buat yang Tersayang


bila cinta adalah nafas
aku ingin hidup seabad

bila cinta adalah keindahan
aku ingin slalu memandangmu..

bila cinta adalah luka
aku takkan pernah peduli betapa sakitnya

aku ingin terus mencintaimu
tak pernah peduli seberapapun pahitnya

bila cinta adalah air mata
aku akan tetap tersenyum
agar kamu tahu
aku begitu tulus menyayangimu….. (^.^)
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..