Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Sunday, January 30, 2011

Nota Terakhir Buat Bekas Kekasih dan Izwan


 Bissmillahirahmanirahhim. Assalamualakum dan selamat solat subuh yelah kalau dekat KL jam 6.00 pagi mesti misih subuh kan? berlainan pula di sabah ni orang dah siap-siap start kereta nak pergi office kalau budak sekolah sidang pagi dah pergi sekolah jam 5.30 pagi tadi, jam 6.05 loceng dah bunyi menandakan masuk kelas.

Sebenarnya ellang bukan nak cerita pasal waktu dan aktiviti orang-orang di sabah pada masa ini. Cuma nak cerita semalaman ini ellang tak tidur, dalam sekirang jam 11.30 ellang dapat satu panggilan yang memang tak pernah di duga. +6013****** nombor telepon tak di simpan sebagai kenalan tapi ellang tahu nombor siapa yang memanggil.

Saya tarik nafas dan hembus kemudian tekan butang hijau dan bagi salam. suara itu saya sangat pasti dia bekas kekasih. Suaranya sayup-sayup kedengaran seperti mahu sampaikan sesuatu. Rupanya dia baru sahaja bergaduh dengan kekasih barunya. Dia meluahkan semua masalahnya. Huh berat juga sebab kekasih barunya selalu tidak faham situasinya. Bekas kekasih saya cerita, pakwe baru dia macam masih sayang pada bekas makwe lama dia. ini pun baru lepas dia telepon tadi (mengantuk)

Dia mula membandingkan saya dengan pakwe barunya, kata pakwe dia tidak sebaik saya. Saya cuba bagi nasihat yang baik lagi pun dia orang baru 4 bulan bercinta. so kenal hati budi masing-masing pun belum 100%. dan Saya? saya belum ada pengganti dirinya. Hati saya Allah jew yang tahu macam mana sakitnya tapi saya buat cool jew :(

Saya berharap sangat ini nota terakhir buat bekas kekasih saya, saya tahu dia akan baca entry ini sebab dia memang suka baca ertikel dalam blog ini. Lepas ini jangan pernah hubungi saya lagi sebab saya pun perlu kan massa untuk melupakan awak. perbanyakkan lagi masa korang berdua untuk keluar bersama-sama, aktiviti sebegini dapat memperbaiki hubungan korang berdua.

Ini pesanan buat Izwan. Pakwe baru bekas kekasih ellang, walaupun kita tidak pernah bertemu dan tidak kenal saya harap sangat kamu dapat jaga dia dengan baik. Mak ayah dia dah kembali kerahmatullah sejak 4 tahun lepas dan saya mengambil alih jadi sebagai mak ayah dia dan menjaga dia dengan baik.

Kamu kena sabar dengan perangai dia yang suka menuduh tanpa asal usul, maafkan saja kerana dia memang jenis macam itu.

Sentiasa sokong kerjaya dia, kalau dia ada masalah tolong jangan tambahkan masalah itu, sebaiknya kamu pejuk dia dengan nada yang lembut.

Hatinya lembut dan mudah terguris dengan kata-kata kesat, jadi bila berbual dengannya jangan terlalu bergurau, adakalanya dia terasa.

Dia tidak suka di tengking, jadi jangan pernah marah dia bila dia buat kesilapan.

Tolong sediakan pad kotex dalam beg kamu, sebab dia selalu lupa masa datang bulan dan selalu lupa bawa pad. Sediakan 2 atau 3 helai pun dah cukup.

Bila dia datang bulan moodnya sangat tak baik, silap hari bulan hempon dia baling dekat kamu,selalu marah-marah dan maki hamun tak tentu pasal. so maafkan saja ya. nanti bila dah sempuh dari penyakit bulan tu dia ok semula.

Tolong bawa tuala kecil bila keluar berdua sebab dalam bas atau kereta dia selalu nak muntah, kalau nak senang sediakan plastik dalam bag.

Masa malam jangan pernah ceritakan dia cerita hantu sebab dia seorang wanita yang penakut tak pasal-pasal sampai termimpi-mimpi.

Kalau kamu seorang yang perokok tolong berhenti merokok sebab kepala dia pening bila hidu asap rokok.

Bila keluar beli barang, dia suka beli warna pink jadi belikan apa yang dia mahu dan bukan yang kamu mahu. sebab dia kalau nak sesuatu yang dia suka dia akan kecewa bila tidak dapat memilikinya.

Setiap pagi tolong hantar SMS dekat hempon dia ucap "Selamat pagi sayang, I Love U so Much" dan malam sebelum tidur hantar SMS ucap "Selamat malam sayang, I Love U so Much" dia amat suka bila dapat sms sebegini menandakan dirinya sentiasa dalam hati kamu.

Bila dia demam tolong jangan bagi dia makan ubat sebab dia tidak suka lagi-lagi ubat pahit. Sebaiknya kamu pergi jumpa dia, duduk di tepi sambil borak-borak kosong. Dia lagi suka di temankan bila demam daripada makan ubat.

Ingat antybody nya terlalu lemah dan senang di serang demam, kalau kamu ada masa lapang sesekali masakkan dia bubur + teh O kurang manis.

Jangan bagi dia minum coca-cola banyak sangat sebab nanti dia sendawa. dia tidak suka bila sendawa.

Dia selalu masak tak sedap, jadi bila nanti dia masak untuk kamu jangan pernah cakap tak sedap. Sebaiknya kamu makan sampai habis dan cakap wah! bertuah saya dapat awak sebab pandai masak.

Kadang-kadang dia buat milo letak susu terlalu banyak dan manis sangat, jangan complain pula manis sangat sebaiknya kamu cakap saja emm.. air ni manis macam awak. saya suka. dan kadang-kadang tawar pula jadi cakap je "awak, tolong tambah gula sikit" jangan pula cakap "awak buat air ni tak de rasa pun" nanti hatinya terguris.

Dia selalu tinggalkan barang dekat rumah contohnya kunci rumah, pendrive.. nanti dah setengah jalan baru dia ingan. jadi jagan marahkan dia ya sebab dia memang macam tu, balik je pergi amik.

Buat keputusan? jangan kamu je yang hari-hari tentukan, sesekali suruh dia yang buat keputusan. adakalanya keputusan yang dia buat lagi bagus dari kamu buat dan ada kalanya keputusan itu tersilap, kamu jangan tengking dia ok. cakap saja tak apa lah.. bukan rezeki lepas tu kamu senyum.

Kulit dia sensetif pada gigitan nyamuk jadi kalau boleh sediakan minyak kayu putih atau ubat lain untuk di sapukan di kulitnya. Suruh juga sapu di perutnya sebab dia selalu sakit perut lagi-lagi masa datang bulan.

Bibir dia selalu pecah-pecah ini menandakan dia kekurangan air. jadi bila kamu perasan itu terjadi bawa kan saja segelas air kosong untuk dia minum.

kalau dia susah nak tidur malam tolong dodoikan sampai dia tidur, tolong nyanyikan dia lagi bangau oh bangau atau burung kakak tua. nanti 5 minit kemudian dia tidur lah tu.

Sekali selaka bawa dia ke pantai atau tengok wayang. sediakan makanan ringan macam kerepe sebab dia sangat suka makan makanan ringan bila bersantai.

tapak kaki dia selalu perpeluh jadi bila belikan seliper beli yang getah bukan plastik, kalau plastik nanti kaki dia basah sebab peluh.

Selalu sediakan stookin dalam bag sebab dia selalu lupa pakai stookin bila berkasut.

Jangan selalu bagi dia penat macam perlari atau bersukan sebab jantung dia tak berapa ok. sebelah kiri selalu sakit. hari tu saya nak bawa dia pergi hospital tapi dia tak nak, jangan paksa dia pergi hospital kalau dia tak nak.

Kalau belikan dia cincin jangan beli cincin silver sebab seminggu bila dia pakai tangan dia akan timbul bintik-bintik gatal. kalau boleh sediakan bedak john son baby bubuh tempat yang gatal.

Dia seorang wanita yang tidak pandai melintasa jalan, kalau esok-esok korang berdua melintas sila ikut jejantas. tapi dia degil sikit tu nak jalan singkat jadi tolong pimpin tangan dia semasa melintas.

Kalau korang berdua keluar bersiar-siar jangan biarkan dia tak pakai tudung, itu pesanan mak dia pada saya sebelum meninggal.

Jangan pernah lupa hari-hari bersejarahnya seperti tarikh lahirnya 26/03/, mak dia meninggal bulan 5 2007. bulan 3 ni dia ada konvo dan sepatutnya dia pergi dengan saya, baju pun semua saya sudah sediakan tapi tak apa lah, saya bagi amanah kat kamu untuk pergi dengan dia. batalkan saya semua epoiment pada masa itu. kalau saya boleh dari sabah tebang ke KL kemudian naik bas 5 ke johor, kenapa kamu tak boleh dari KL drive ke johor. dekat jew kan? jangan bagi alasan untuk kata TIDAK.

Jangan asyik pentingkan kerja, sesekali luangkankan masa untuknya. banyakkan buat kejutan, hari-hari biasa pun tak apa. jangan beli kan dia bunga Ros, dia memang tak suka. Belikan teddy bear ker, shinchan pun dia suka juga, mashimaro pun dia suka. Teddy bear yang saya belikan sebesar dia tu tolong buang yew supaya dia boleh lupakan saya 100%.

Kakak dia dan abang teh dia terima kamu kan? dia ada cerita semalam. Tahniah buat kamu sebab 5 tahun saya couple dengan dia, 1 jam pun kakak dia tak pernah nak terima saya. jadi kamu kira beruntung sebab tak akan rasa kena halau dari rumah kakak dia dan keluar macam yang saya rasa. Malam tu saya tidur dekat bas stop nak balik jB dah malam tak ada bas nak tak nak esok pagi baru saya dapat balik.

ok Izwan, jangan pernah lukai hatinya.. saya sentiasa mendokan kebahagiaan kamu berdua sampai ke anak cucu. oh yah lagi satu kalau solat 5 waktu sedekahkan Al-Fatihan pada kedua orang tua dia yew. Dan mulai 4 5 bulan lepas saya dah lepaskan tanggungjawab saya untuk jaga dia sebagai mana janji saya pada mak dia dulu. Walaupun hakikatnya hati saya ni retak tapi melihat dia bahagia dengan kamu saya dah cukup gembira.

Ini saja yang dapat saya sampaikan. Assalamualaikum.

Graduan Menganggur! Salah Siapa?

 

Assalamualaikum, Gambar diatas itu saya ambil dari google. Tadi masa buka facebook ada seorang kawan yang suda lama tidak bertemu dan borak dalam masa 15 minit macam tu lah, kemudian dia menanyakatan pasal kerja. ellang jawab "menganggur" memang betul ellang termasuk dari golongan "Graduan Yang Menganggur" Kenapa boleh menganggur? ellang dah banyak buat permohonan kerja dengan menghantar resume dan sijil diploma dan 1 daripada 10 sahaja yang ada respond kenapa boleh jadi macam begitu? Daripada 9 tadi ellang try lagi hantar permohonan kerja, resume dan sijil SPM. 9 majikan beri respond yang baik "Minggu depan boleh masuk kerja" rata-rata jawapan macam itu lah.

Wah kenapa diploma tak ada respond berbanding SPM? Adakah diploma atau draduan lain dijil sampah? kenapa nak peningkan kepala belajar lepas tu habiskan duit mak bapa tampah dengan duit PTPTN dan hasilnya SAMPAH?

The Star Online melaporkan satu kajian menunjukkan 5 faktor utama graduan menganggur:
1. Kurang latihan industri
2. Lemah Bahasa Inggeris
3. Lemah kemahiran menyelesaikan masalah
4. Suka bertukar kerja (job-hopping)
5. Kurang keyakinan diri


Bagi ellang ini adalah alasan semata-mata. SPM tak ada latihan industri kalau ada pun cuma geografi dan kemahiran hidup kenapa SPM lagi cerah peluang pekerjaan daripada graduan?

ellang ada satu sijil yang mungkin orang lain tak ada iaitu Sijil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah siap ada cop kementerian Malaysia dan Sijil Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah  JPPS pun tak laku agaknya.

Ada juga mengatakan faktor permintaan gaji terlalu tinggi bagi mereka yang graduan. Macam mana nak minta gaji tinggi, intiview pun tak di panggil oleh majikan. jadi takkan nak guna SPM? Tepuk dada tanya minda.

Ada juga yang cakap faktor pemilihan kerja. Ada ke pilih kerja? kalau kita keluar dengan sijil DTM tak kak kita pergi mohon Pegawai Bank?  atau ini cuma mainan politik? semua yang ellang mohon dengan jurusan yang ellang ambil, tapi kenapa masih belum di terima kerja?

ellang cadangkan bagi majikan, sekirannya anda menolak permohonan graduan untuk berkerja di syarikat anda tolong sertakan dengan alasan yang munasabah.

Nota Kakitangan : baik buka niaga sendiri. Aman hidup.

Nak Minta Maaf Kepada Semua Pengunjung Dan Follower

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung dan follower blog ini. Sekarang ini saya tidak dapat ber-blogwalking, tak dapat nak jejak kasih kawan yang tinggalkan jejak dekat shoutMix Chat, tak dapat nak komen entry-entry terbaru kawan-kawan dan tak dapat nak follow kawan-kawan yang follow blog ini di sebabkan hujan lebat dan akibat daripada itu gangguan internet berlaku di sekitar Sandakan sabah. Tadi tengok dekat info cuaca pun memang musim hujan bulan ini, kalau korang tak percaya boleh datang rumah saya sendiri dan buktikan kan atau percaya lah pada pakar (ini ayat iklan shampoo). Okey, saya selaku owner pada blog ellang design mengistiharkan memohon ribuan kemaaf atas masaalah yang sesiapa pun tidak ingini. Sehubungan daripada itu (Ayat skema pulak) Insaya-Allah malam nanti kalau (<-- saya bold ya.) kalau line dah okey saya ronda-ronda kuala lumpur, kalau masih tak okey nak tak nak subuh esok lah baru buat blogwalking dan follow mana yang belum di follow. Okey (berapa banyak okey dah) Sekali lagi saya susun 10 jari memohon maaf pada semua dan terima kasih sebab sudi jenguk blog yang tunggang langgang tak seberapa ini.


 

Dari tadi asyik loadinghuhu...


Saturday, January 29, 2011

Request Header Dari Kak Lynn

Assalamualaikum, Ok terus pada point utama di mana saya nak serahkan header kat bawa ni kepada tuan dia iaitu Kak Lynn. Sebenarnya saya lapar ni huhu, lepas ni nak pergi makan dekat bawah, mama dah terjerit-jerit tu "lang....oh...lang... turun makan.. nanti ko makin kurus pulak" haa dengar tu. hehehe.. Okey..okey header ni macam biasa saiz atas permintaan tuan punya blog. Kak lynn request saiz 930x34=72pixel. Dia cakap letak strawberry, terus terang masa buat header ni semalam rasa macam nak pergi mall je beli strawberry huhu mengidam strawbbery dah ni :P

Okey kak lynn, dekat bawah ni URL banner yang akak request.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxsfeS9b9uVLNZd8fJw2gbwlJsnvhcyV0pmRhk0UEVuL6OVc-maiteQ9mCQD6Y7dlqfTglfVTA8d-UXACjXLm9DI4DXkZVdhLg3Qtpb7D3_r1uLMA8YMGRmb9bqmrL14LD5ZKNsRsVToPg/s640/kakazlina.png

Saya sarankan pada mereka yang request header tolong ambil header dari url yang saya masukkan sebab paparan dia tak berkurangan berbanding copy paste header yang sudah saya masukkan ke dalam entry requesr ni.

Guna Read More Kemaskan Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Entry ini dari hari itu lagi nak tulis tapi tak ada kesempatan pula, Ada kawan yang tanya kenapa blog ellang Design tak guna Read More pada sesebuah entry. Ok memang Read More sangat baik untuk blog agar iya nampak kemas dan jarak antara tajuk entry lain nampak dekat. Tapi setiap aggapan orang lain tidak sama contohnya saya lebih suka blog yang tidak meletak Read More untuk memudahkan saya scrol kebawa dan baca entry tanpa tekan pada butang Read More. Sekiranya blog itu mempunyai Read More kemungkinan saya tidak baca sampai habis dan kalau tak ada Read More senang baca jew sampai bawah, nak komen tinggal klik butang komen dan masukkan komen pastu submit. Berbanding ada Read More, baca setengah entry kemudian mencari perkataan mana yang tadi last kita baca kemudian sambung baca entry dan tekan butang komen dan masukkan komen dan submit (berapa banyak dan lah) Bagi saya Read More lagi banyak kerja untuk sesetengah pembaca. Lastly kedua-duanya pun okey juga. Saya suka blog yang ada Read More sebab kemas dan saya lebih suka blog yang tidak ada Read More senang nak baca entry.

Thursday, January 27, 2011

Tolong Promot Special Giveaway From Moscow!

Ehem..ehem..ekceli dah lama saya berhasrat utk membuat giveaway ni tapi tidak berapa tahu sgt caranya. Thanks a lots kepada Encik asben yang membantu dan ellang serta lorna


Ok tak nak bercoleteh panjang...cuma nak bagitau kpd sesiapa yg ingin menyertai giveaway. Untuk makluman juga syarat no.5 telah diubahsuai sikit atas sebab2 tertentu..so kepada anda yg terawal menyertai GA ini..sila take note ya! Dan saya dgn rendah dirinya meminta maaf diatas perkara ini.

Syarat-syaratnya
  1. Peserta mesti mempunyai blog (kalau tidak camana nak tag member   kan?)
  2. Anda dijemput menjadi follower http://norakhtar.blogspot.com (tiada paksaan)
  3. Post satu entry ttg giveaway ini di dlm blog anda "Special Giveaway from Moscow" dan link kpd blog ini ( copy syarat penyertaan dr  no-1 hingga seterusnya)..dan kalau rajin letak enty berkaitan di sidebar blog anda..kalau tak rajin..tak payah..tak nak paksa..:) 
  4. Tag 5 orang rakan blog anda(nak tag lebih pun takpe) dan pastikan mereka tahu diri mereka telah di tag. 
  5. Tinggalkan komen ikhlas anda tentang (1) kebaikan  giveaway dan (1) keburukan giveaway di bahagian komen kat bawah ini beserta URL blog anda supaya senang saya contact. 
  6. Giveaway ini bermula petang ini hingga 28 Feb 2011. <- Sehari selepas bday ellang HaHaHa
Pesanan Penaja..cewahhhh!!!
  • Jika anda rasa giveaway ini membebankan..atau membuang masa anda..takyah susah2 nak join.. Semua ini hanya untuk suka2 sahaja 
  • Cara penghantaran hadiah akan dibincangkan selepas pemenang dapat ditemui.  
  • 5 peserta akan menerima 2 hadiah dari saya.
  • Pertukaran hadiah diantara pemenang boleh dilakukan suka sama suka. 
Seblom itu saya nak tag 10 orang rakan saya
1.  orangmou
2.  mialiana

3.  lorna

4.  ellang

5.  Irfan

6.  abgteror

7.  scarlettjl

8.  terompah

9.  blueriders

10.unclepunyablog



Have fun semua!!! 



Hadiah yg tidak seberapa dari saya



1 )T-SHIRT HARD ROCK CAFE MOSCOW- Akan dibeli selepas mengetahui saiz baju yg dipakai oleh rakan yang bertuah.


2 ) Baju kanak-kanak yg bewarna putih + baju t-shirt berlengan panjang dgn tulisan "kiss me" kat depan. Tanda harga pun masih melekat lagi.

3 ) Mintak maaf..baju kanak2 lagi + baju t-shirt untuk wanita bersaiz L.  

4 ) pakaian untuk kanak2 + tudung kaler hijau yang saya beli di Belgium. 


5 ) T-shirt wanita bersaiz L +  baby bip yg cute. Untuk Adibpun saya beli satu sbb berkenan.

Untuk lelaki2..saya mintak maaf sbb tak pandai nak pilih barangan untuk lelaki. Jika anda terpilih antara 5 yg bertuah..bolehlah diberi kepada sesiapa yg dekat dihati. Tataaaa...


***
P/S : Sebarang pertanyaan tolong paste kan di blog Kak Nor.

Wednesday, January 26, 2011

Request Header Dari Cik AyaHikari

[Update]

Assalamualaikum, Entry ini berkenaan request header daripada cik AyaHikari. Sepatutnya semalam lagi ellang kena post tapi memandangkan dekat tempat ellang hujan lebat, line broadband celcom pula tergendala sampai pagi. Jadi pagi ini baru dapat post. Cik AyaHikari jangan marah ye lambat sikit.

Ok dekat bawah ni header Cik AyaKihari.
Saiz : 860 x 450

 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQ7czmrDqtACnd1KupXCOVb238TfVJE4x9It1-PAB4xmXwYmBEcitjzQzzcAqEs3wiw8um3heQblTQZOnTBolMWMB7Zs_4-1c32lKJyQf4NhEschGdf-hPLqkwhl3jclta4ku4JoUw7uHJ/s640/AyahHikara_Header.png

Assalamualaikum, ok di sebabkan ada salah bahasa pada header cik AyaHikari tu, dekat bawah ini yang saya dah betulkah. Saya pun tak tahu macam mana boleh salah ejaan tu mungking juga kalamkabut kan huhu. Ok apa-apa pun saya minta maaf atas kesilapat yang tak diingini berlaku.

Header baru ni masih saiz sama iaitu 860 x 450.

 
 Saya ubah sedikit warna font ya sebab merah terlalu banyak kat blog cik AyaHikari, kalau kuning tu memang tenggelam. ok di bawah ni url header.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXbJaxNWa3YkVgSMLSBuAg9Tdc_Xhay-2DFs_reKcwkLJllMTq015AtEzwvJ1oxY-8P1FeAZp1q8FBxpyYiNo1oOYPZq7IStXRfeR4c4ahBx50EdDtpPw2031O1ihtfu2-EQvvCZZL69sf/s640/AyahHikara_Header.png

Tuesday, January 25, 2011

Cara Memasukkan Banner Ke Dalam SideBar

 

Assalamualaiku dan salam sejahtera (ayat tak boleh blah) ok semalam ellang dapat request tutorial dari kak nor. Saya cuba buat yang sangat ringkas dan padat supaya senang di fahami.
Maksud kak nor banner dekat sidebar macam gambar di atas "Banner Bertuah"

Ok kita mulakan tutorial dengan step pertama :- 

Login blog macam biasa kemudian pergi ke design.

Dia akan keluar sebegini

Kemudian perhatikan dekat page elements.

 
Tekan Add a Gadget pada bahagian Sidebar.

 
Dan pilih HTML/JavaScript.
Dia keluar macam begini. 
(p/s: kalau tak jadi step ini sila ulang ke step sebelumnya, kalau jadi kita teruskan)

Isi dekat title tu apa-apa yang anda inginkan

Dan kat content isi kod html dibawah ini.

<div align="left">
<table border="0" cellpadding="1" cellspacing="1"><tbody>

<tr>

<td><a href="  URL blog yang nak di link kan" rel="nofollow"> <img src=" Location Address Bennar " border="0" width="200" height="80" /></a></td></tr></tbody></table></div>

BIRU : Masukkan URL blog yang nak di link kan pendek kata URL blog orang yang bagi kita banner. Cth: URL ellang design http://ellangdesign.blogspot.com.

PINK : Address location banner.

Merah : 20=panjang banner & 80=lebar banner (Panjang x Lebar)

Ok tengok tak pada bahagian <table border="0" cellpadding="1" cellspacing="1"><tbody> yang saya maksudkan cellpading = "1" dan cellspacing = "1" bermaksud iklan anda akan keluar 1x1 sebagi contoh gambar di bawah.


Dan sekiranya di tukar ke <table border="0" cellpadding="1" cellspacing="2"><tbody> banner anda akan keluar seperti di bawah.



                          *****
Sekarang kita buat bagaimana cara mendapatkan address location imej @ banner yang kina kita nak masukkan ke dalam sidebar kita.

Pergi ke browser banner yang kita ingin masukkan di sidebar blog kita.

Sebagai Contoh saya guna banner ellang design.



Kemudian right clik pada banner tersebut dan clik pada View imege info. Seperti gambar di bawah.

 


Kemudian di akan keluar sebegini :-


Setelah keluar info banner tadi, copy Location address seperti yang saya mark merah di atas tu dan paste kan ke Location address banner Banner dekat kontent html anda tadi..

So, dia jadi macam begini kan?
 


Ok, tekan SAVE untuk simpan, refresh blog anda dan lihat hasilnya.

Semoga berjaya =)

Monday, January 24, 2011

Request Header Dari Ghulam

 

Salam Malaysia Indonesia, Entry ini berkenaan header yang di request dari Sahabat kita yang bernama Ghulam. Tempat blognya amat gelap dan saya buat header yang terah agar header ini tidak tenggelam oleh warna template blog Ghulam bila sudah di install nanti. Saya letak gambar personal computer di sebelah kanan di sebabkan blog Ghulam banyak entry toturial bagi komputer.

Saiz header 995x262=27pxl fail PNG

Di bawah ini URL untuk header Ghulam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjn3QCCHhKUGXAeCvulHBP2kn8fWviCsGU6lEGQpBJP729Z44hTPDZyOM57KoseaErirqzS-zSxTKXidcSIp5pEYo8aq1qa8zQShJReNG-vqf2p7dPiwyvAHMkPfPEZUbRHMT4gzK1omvku/s640/gholam_header.png

Sunday, January 23, 2011

Request Header Telalu Ramai

 

Salam Malaysia dan Indonesia, Saya menghadkan permintaan membuat header percuma kepada mereka yang benar-benar nak sahaja, permintaan kini terlalu banyak dan saya lihat ada yang saja-saja ambil kesempatan kerana ianya percuma. Sekiranya anda benar-benar inginkan header dari saya sila ikut syarat-syarat seperti di bawah:

1. Tampal banner ellang Design di sidebar anda dan Linkkan ke blog ellang Design.


2. Follow blog ellang Design dengan seikhlas hati anda.

3. Terakhir sila masukkan ellang Design ke BlogRolls anda.

***********
Semua header yang di request (Dari segi saiz) adalah dari ketentuan anda, pemilihan warna di tentukan oleh ellang Design. Header siap dalam 1 sehingga 2 hari. Sila nyatakan URL blog sekali yew dekat ruang komen.

Terima Kasih.

Saturday, January 22, 2011

Kenapa Saya Tidak Guna AutoBlogWalking

Assalamualaikum buat semua blogger, korang semua mesti sudah tau apa itu auto blogwalking kan dan mungkin ada diantara kita yang menggunakannya. Ada kawan-kawan yang bertanya kenapa saya tidak suka guna sistem blog walking ini dan ada juga yang nak bagi percuma.

Disini saya huraikan sedikit kenapa saya tidak gunakan auto blogwalking.

1. Bila kita menggunakan sistem blogwalking kerja-kerja blogwalking memang mudah tapi setiap sistem ada baik buruknya. Bila saya guna auto blogwalking ni saya tidak dapat baca entry terbaru kawan-kawan, saya pun nak juga tahu apa yang terjadi di antara mereak.

2. Tidak dapat mengeratkan silaturahim antara blogger lain. Bila gun auto blog walking ni kita tak dapat berkenalan dengan owner blog tersebut. Kita mesti nak tahu juga siapa yang punya blog kan?

3. Kita tidak tahu perjalanan sesebuah blog yang kita lawati. opps!! sorry kalau kita guna sistem blogwalking mungkin kita tidak tahu perjalanan sesebuah blog tersebut.

4. huik dah tak larat lagi nak menghuraikan tapi yang pasti ada banyak lagi kekurangannya.


Cara saya berblogwalking :

1. Melalui cBox dan ShoutBox. kan dah ada link blog kawan-kawan dekat situ.
 

2. Menggunakan blog yang saya follow
 


3 melalui Follower.
 

Ok itu sedikit sebanyak yang sering saya gunakan untuk blog walking, Sebenarnya ada banyak cara lagi cuma itu sahaja yang saya listkan untuk hari ini.


Request Header Daripada Zone Zepero Village 2


Assalamualaikum dan salam malaysia indonesia. Dua hari lepas saya dapat request header dari Zone Zepero Village 2, ini kali ke2 header yang di request dari kawan-kawan. Ada juga yang tanya bayar ke? pembayaran di buat melalui apa? Sebenarnya request ini adalah percuma (Gratis) dan tiada sebarang kos di kenakan (saja nak tolong kawan dan rapatkan silaturahim antara kita bersama). Tema yang dia inginkan berwana kuning, huik!! tak pernah-pernah saya buat warna kuning ni hehe tapi tak apa lah kita cuba buat yang terbaik.
Dekat bawah ini header yang Zone Zepero Villang 2 request bersaiz 1000x500=72pixel.

 


Dan ini URL bagi header diatas : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNFeTtgMV4V_ViG1iE3zknX_j7nb13OHCoU1o4CjtVIKMDg1lIez1_aZzPvcSXHx5XhhPXY1LGOXstR4jJ5ERzjDvfxGn792txJr1nwkgPbkQaUcY-8av6GueHJd4Pps5EUpnLWMiJtYnm/s640/zone_zepero_header.png


Maaf saya tidah pandai buat kotak untuk code html yang macam sesetengah blogger buat. Sesiapa yang pandai dan baik hati boleh tunjuk ajar ye :)

Friday, January 21, 2011

Pertama Kali Saya Buat Tutorial


Assalamualaikum. Dua tiga hari ni kawan-kawan request tutorial, Saya sebenarnya tak pernah lagi buat tutorial blog tapi insyaAllah saya akan buat apabila kawan-kawan request bak kata sesetengah blog sharing is charing. Kita buat satu per satu yew. Toturial ni berkenaan cara menukar URL blog lama kepada URL baru. Request ini dari en major.






Ok kita mula dari step 1. login blog anda macam biasa.

Step ke2 pergi ke Setting.

Akan keluar begini.

Pilih dekat Title tu dan tukar kepada Title baru untuk blog anda. Contoh: Dulu saya letak Title : Perjalanan Seorang Anak Bugis. Sekarang ellang Design || Kesinambungan Metafora ||

Descrition tu anda boleh letak apa-apa sahaja yang anda ingin kan.

Dapat tak ikut stap ni, kalau dapat kita teruskan yew. Tengok publish dekat sebelah basic dan klik pada publish itu.

Dia keluar macam begini.

Swish to : Costum domain (ini sila abaikan melainkan anda ingin beli domail [dot]com dan sebagainya) terus pergi ke blog'spot address. Ok ini untuk URL baru anda contoh http://ellangdesign.blogspot.com. Kemudian masukkan Word Verification dan Save Settings.

Ok anda sudah berjaya menukar URL baru dari blog lama anda dan semua post lama masih tersimpan di blog baru anda.

Sudah tentu URL lama anda ada di blogrolls kawan-kwan bukan? macam mana dorang nak jejak anda sedangkan URL blog anda bukan lagi URL lama. Ok ikut step ini pula.

Pergi ke Dashboard 

Dia keluar macam ini kan?

Klik pada Create a Blog dan kemudian buat satu akaun blog bertajuk (Tajuk blog lama anda) contoh : Perjalanan Seorang Anak Bugis dan gunakan URL lama anda contoh : http://skymobileirc.blogspot.com. (ikut step seperti mula-mula anda buka akaun blogspot. 

Sudah siap? dia akan keluar macam gambar di bawah ni.

Akan keluar seperti ini (dua akaun blogspot)

Ok anda sudah memubuka akaun mengunakan URL lama seperti contoh di atas. Klik pada new post di blog lama anda dan buat Topik Pemberitahuan bahawa blog lama anda sudah di tutup dan sila masukkan URL baru du entry tersebut untuk memudahkan pelawat yang belum tahu URL anda menjejaki anda.

Sila lihat contoh Disini

Ok semua sudah selesai.. Semoga berjaya :)

***
Nota Kaki : Klik pada gambar untuk pembesaran.

Thursday, January 20, 2011

Request Header Daripada Cik Iena

Salam 1 malaysia dan indonesia, Hari ini cuma nak tulis entry berkenaan header yang di request oleh cik iena. Sebenarnya saya memang tak ada perkhidmatan header ni cuma saja nak buatkan cik iena sebab semalam ada sembang-sembang dengan dia, Semalam dia merajuk huhu sebab saya tak nak buatkan. Ok tadi saya dah buat dah, lepas ni cik iena jangan merajuk yew.. tak comel lah kalau perempuan merajuk :P

Dekat bawa ini ada 2 jenis header yang bersaiz 900x400 = 72 pixel. Cik iena pilih lah ye yang mana satu berkenaan :)



 Untuk pembesaran tolong Klik pada banner.

Serang ni saya sibuk sangat-sangat sampaikan tak dapat nak buat blogwalking, ada juga terfikir "saya macam nak berhenti dari dunia blog jew"

[UPDATE]
Yang header pertama tu tolong skip yew ada salah ejaan. HuHu..

Wednesday, January 19, 2011

Jom Gegar Blog


Assalamualaikum semua, Harap korang semua sihat lah yeh. Ok, terus pada topic Jom Gegar Blog anjuran Ben Ashaari.
.
Perkara yang perlu dilakukan adalah :-
1- Letak header BEN ASHAARI BLOG [Ok, Done!]
2- Tajuk : JOM GEGAR BLOG dan linkkan ke entri Ben Ashaari [Ok, Done!]
3- Tinggalkan link di ruangan komen entri ini .. TOLONG ..TOLONG .. TOLONG .. tinggalkan sekali saja.. nanti termasuk berkali lak..[Ok, Done!]

Itu jew, Senang kan? HeHe..

Tuesday, January 18, 2011

Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis Di Tukar


Salam 1 malaysia, Sudah 1 minggu tak update blog sibuk memanjang. Entry hari ini adalah Pemberitahuan bahawa blog Perjalanan Seorang Anak Bugis telah di padam dari server blogspot. Blog ini dialihkan kepada Blog ellang Design dan founder bertukar kepada ellang tidak lagi KucingMalas. Diharap kepada kawan-kawan sentiasa sopport blog ini walaupun blog ini bukan blog komersel. Rasanya ini sahaja yang dapat saya sampaikan sampai kita bertemu lagi di lain hari. Happy blogwalking pada semua warga blog.

Wednesday, January 12, 2011

Tolong Hentikan Penderaan Kanak-Kanak





Kanak-kanak adalah warisan, angkat tangan dan hentikan kes penderaan kanak-kanak.  Kes ini sudah seperti rutin masyarakat zaman sekarang, pukul sana pukul sini kenapa? apa salah anak sampai mereka sanggup sepak terajang anak mereka sendiri. Tidak kesian kah?












Tak tahulah kenapa ni makin hilang rasa perikemanusian, rasa nilai kasih sayang dan kadang-kadangtu seolah menganggap seseorang itu terutamanya bayi sampah atau satu benda yang boleh dibuat sesukahati tanpa fikir rasa sakit dan penderitaan yang dialami oleh kanak2 dan bayi yang malang ini.
Sudah banyak cara kerajaan buat untuk mengatasi masaalah ini tapi ianya tetap terjadi, Apa lagi yang perlu kita buat? Jangan nanti ada orang yang kita sayangi atau orang yang kita kenali menjadi mangsa baru kita nak sedar. Sikap busybody sangat penting dalam hal serius seperti penderaan kanak-kanak. Jom lakukan sesuatu untuk halang penderaan kanak-kanak dari berlaku!!

Disini saya mengertai komuniti UNICEF dan menyokong hasrat Stop Child Abuse.
 

Promosi Celcom Blue

Assalamualaikum. Entry hari ini saja nak promote rangkaian terbesar di Malaysia iaitu Celcom. Siapa di sini guna celcom, angkat tangan! wah ramainya. Sebenarnya saya pun guna celcom juga dan pernah guna maxis dan gidi tapi tidak memberangsangkan. Ingat lagi kah korang yang pengguna Maxis, 4 tahun dulu Maxis pernah menggegarkan Super Saver. Super Saver mula jam 12am-6am dan bayar dengan kadar RM2. Tapi saya tak nak cerita pasal Maxis, saja selitkan sedikit. Saya nak cerita pasal Celcom, saya boleh di kategorikana sebagai pengguna Celcom tegar, kenapa? sebab seumur hidup saya setia dengan Celcom walaupun kadang-kadang Celcom buat saya bengang.

Celcom terbahagi kepada plan :-
Celcom Blue

Nikmati kadar GEMPAKGILACUN dengan celcom blue agar anda sentiasa boleh berhubung bersama dengan teman dan keluarga! Buatlah panggilan atau SMS sepuas-puasnya dengan kadar terendah ke SEMUA rangkaian! Malah, terdapat kadar LUARBIASAISTIMEWA ke Teman 20! Masih tak percaya? Lihatlah sendiri kelebihannya:

 Kesemua rangkaian operator.

20 Teman Istimewa
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..