Thursday, March 3, 2011

Muskil Tentang Ikan Kelah

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog, macam biasa lama tak update blog. ok entry kali ini berkenaan ikan kelah. Apa itu ikan kelah? saya pun tak tahu huhu..

Sebenarnya di sini saya nak minta sedikit pandangan sama ada ikan yang dekat bawah ini ada lah ikan kelah atau bukan sebab saya tengok dengat internet ada bermacam-masam spesis ikan yang seakan-akan dengan ikan kelah, ada juga artikel yang mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu tidak mahir tentang kelah dia menganggap semua ikan jenis ikan kelah.

Ikan ini saya bela beberapa bulan lalu, saya pancing dekat sungai dalam hutan dan saya dapati ikan ini semakin banyak dekat kolam. Ini bermakna ikan-ikan saya saya letak dalam kolam tu telah bertelur.

Antara gambar yang saya dapat tangkap.

 
Seekor berwarna kehijauan dan mempunyai garisan warna yang cantik di tengah-tengan badan dan sirip berwarna coklat manakala yang seekor itu berwarna silver dan sirip berwarna kemerahan.

 
Warna kuning keemasan dan garisan tengah badan berwarna kekuningan, sirip warna puti melainkan ekor yang berwarna merah. Bibir ikan ini pendek sikit berbanding yang di atas tadi dan misai panjang.

 
Pandangan daripada bawah ikan.


Ada juga di antara anaknya mempunyai warna tompok-tompok hitam seperti tompok ikan flower horn dan ada juga yang keseluruhan badan berwarna silver.

Jadi, disini saya harap kawan-kawan boleh membantu saya dan tinggalkan komen dekat bawah sama ada ikan ini ikan kelah atau bukan. Pertolongan anda sangat-sangat saya harapkan. Terima Kasih.

P/S : sesiapa nak ikan ini boleh datang rumah saya ambil yew, cantik di buat ikan hiasan yang di letakkan di dalam akuarium kerana sisiknya yang berkilau, goreng pun sedap sebab kurang tulang.. huhu..

Wednesday, February 23, 2011

Sandarkan Pada Kenangan

Assalamualaikum, korang semua sihat tak? harap-harap sihat lah yew. Sekarang ni saya dah tak aktif sangat di dunia blogspot, bukan blogspot je tapi semua laman sosial macam facebook, myspace, rakanku, friendster, netlog dan forum-forum melayu. Hurm..bila kita join laman sosial macam ini banyak benda baru yang kita dapat kan? kawan saya ada yang dah kawin sebab bertemu jodoh di ruangan sosial. Alhamdulillah.

Ok, tadi saya try buka friendster, huh!! rindu rasanya nak menjengguk kawan-kawan di sana tapi malangnya semua kawan-kawan dah tinggalkan friendster (mesti beralih ke facebook punya) macam biasa, dulunya saya di kenali sebagai KucingMalas dan sebelum ini pun blog saya tersenarai sebagai KucingMalas bukan ellang yew.
Member-member selalu post kat status gambar kucing hehe perli lah tu.


Antara gambar yang saya Print Skrin dari Friendster.

Awek jew yang ramai komen status, kalau lelaki tak minat langsung nak komen status lelaki huahuahua.. Saya pun sama juga, nak komen status awek jew kalau status lelaki pandang sebela mata lalalalala..

 
Gambar comot.
Dulu saya tak suka sangat amik gambar ni huhu tak pandai nak drees up, kalau nak tangkap gambar pun kat tempat orang tak ramai macam toilet, dalam kelas masa rehat dll lah :d

 

Bestnya dekat friendster ni kita boleh tukat layout mengikit cita rasa kita, tak lah bosan sangat tengok page member-member kan macam myspace jugak.

 

Member saya kat friendster tak ramai ada 144 orang jew dan mejoritinya adalah awek (Normal lah tu kan sebagai lelaki) Okey kenapa saya boleh tinggalkan friendster? Sebenarnya saya dapat ramai invite agar saya join facebook, saya pun tak tau apa itu facebook? dengan bantuan kawan-kawan akhirnya saya mahir di facebook dan tinggalkan friendster. HuHu..

Antar invite yang saya terima

dan kali terakhirnya saya online di friendster..

Post status kali terakhir 09/06/2009 huhuhu..

okey nk choooouw dulu~

Saturday, February 19, 2011

Our Celcom Our Sale

 Assalamualaikum. fuh!! sudah 4 hari tak update blog dan traffik merudum gila-gila anggaran 20-25 orang jew yang melawat walaikum dekat shoutMix massage banyak di terima, saya tahu itu angkara auto blogwalking. Auto blogwalking ini sebenarnya tak bagi kita apa-apa traffik dan dia orang pula nak traffik lebih. Saya sedang bertunggkus lumus cara cara ban auto blogwalking ni kebanyakannya blog dari indonesia. Siapa tahu caranya boleh lah berkongsi ya.



Okey entry hari ini berkenaan The Sale yang di anjurkan oleh celcom. Saya memang pengguna setia kepada celcom walaupun kadang kala celcom memeningkan kepala saya dengan line broadband yang sengal. Saya ada join peraduan The Sale dimana kita di kehendaki mengumpul token untuk mendapatkan vaucer. Vaucer ini kita akan tukar dekat cawangan celcom dengan hempon. Hempon ini bukan percuma yew, nak bagi pembetulan sikit sebab mungkin ada yang kurang faham dalam tempoh promosi, kita hendaklah mengumpul seberapa banyak token.

Cara mendapatkan token :-
a) Berapa lama kita guna celcom. 1 tahun bersamaan 1 token.
b) Penggunaan kredit. Setiap penggunaan topup RM100 bersamaan 1 token.

Jumlah token terkumpul dan vaucer :-

 

Dibawah ini antara hempon yang di tawarkan.

 


 



Memandangkan saya dah ada hempon blackberry, so target LG Optimus 7sebab hempon ni menggunakan perisian window, lebih kurang macam HTC dengan Dopot. Nokia C3 tu okey jugak tapi warna pink lak huhu. Meh la join reramai.... Untuk maklumat lanjut boleh dail *118# dan pilih nombor 4 iaitu The Sale (untuk pengguna celcom atau layari laman web celcom dan pilih Our Celcom Our Sale. Okey terima kasih kerana menghubungi celcom care line, ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? (Macam operator 1111 celcom lak) C U Latter...

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirohmanirohhim... Assalamualaikum, Hari ini (15/02/2011) kita menyambut Maulidur Rasul. Apa maksud Maulidur Rasul, kenapa pula kena sambut? okey Mualidur Rasul bermaksud hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Entry kali ini sangat pendek berbanding entry lain sebab hari ini exlusif punya entry hehe.. Cuma nak ucap Salam Maulidur Rasul buat semua blogger dan semua umat islam dan semoga hari ini adalah satu platform untuk kita berhijra kepada perubahan yang boleh menjauhkan kita kepada keburukan. Amin...

 
gambar dari google

Mari kita baca sedikit sajak yang bertajuk Muhammad s.a.w kebanggaanku.


Ya Allah ya Rahman ya Rahim
Aku bangga menjadi umat
Muhammad s.a.w
dihormati kawan
dicintai semua makhluk
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Aku bangga menjadi umat
Muhammad s.a.w
Baginda pejuang cita-cita yang berani
tak pernah menyerah
tetapi berhati tawadhu'
mulia dan tabah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Aku Bangga menjadi umat
Muahmmad s.a.w
Baginda seorang jeneral peperangan
terus berjuang
walaupun baginda
sendiri luka-luka berdarah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Aku bangga menjadi umat
Muhammad s.a.w
Baginda pemimpin yang hidup sederhana
Ketua Negara yang tak kenal istana

Sunday, February 13, 2011

Jom Belajar Progaming


Assalamualaikum, korang semua sihat tak? harap-harap sihat lah ye, entry hari ini adalah berkenaan programing, korang mesti sudah biasa dengar kan? ha yang korang selalu buat widget-widget dekat sidebar blog itu namanya script java dan html, dia orang ni adik beradik dengan programing. (huik boleh jadi cekgu tak?)

Okey hari ini kita nak belajar tentang OOP, ha mungking ramai yang belum tahu atau terkeliru dengan apa itu OOP. Okey OOP ni maksudnya pengatucaraan yang sama seperti yang maksud saya C/CC+ dan java dekat atas tadi tu.

Okey daripada program ini kita boleh buat jam, buat aplikasi permainan kanak-kana dan banyak lagi, best tahu belajar programing ni, Ramai yang tanya saya ni grafik designer ker? eh tak lah, cuma ada asas-asas multimedia macam photoshop, photoscape dan lain-lain yew. Saya lebih kepada programing daripada design, setakat ini saya sudah menghasilkan program penempahan tiket bas di terminal kota kinabalu, program milti lavel marketing dan beberapa lagi.

Okey kembali kepada topik tadi, kalau kita nak buat susuatu aplikasi jangan terlalu ikut teori sebenar sebab benda ini senang sangat, apa yang perlu cuma kita pikir secara logik. Sebagai contoh kita nak buat goreng pisang, jadi kita kena ada pisang, tepung, minyak dan macam mana nak goreng? mesti ada kuali dan gas kan? betul tak? macam itu juga lah programing ni.

Okey kita teruskan pembelajaran pertama mengenal objek dalam OOP.

jiranA = new object ();

oh ya sebelum itu, untuk buat sesuatu program kita kena buat dalam bahasa inggeris ok, sebab software tidak detec bahasa melayu. tapi jangan risau senang je.

Di atas itu kita ambil conth sebagai objek, dan kita tambahkan sedikit properti dalam objek tadi.

jiranA.name = "ahmad" ;
jiranA.umur = 29;

so nanti dia akan jadi jiaran A mana dia ahmad dan berumur 29 tahun. kihkihkih, senang kan, macam makan aiskrim. okey kita panjang kan sikit kita punya program.


jiranA.name = "ahmad" ;

jiranA.umur = 29;

jiranB = new object () ;
jiranB = "ellang"
jirangB.umur = 23 ;
jiranB.kegemaran = "aiskrim" ;

dan dia akan keluar dua subjec seperti :-

ahman berjiran dengan ellang, umur ahmad 29 manakala ellang umur 23 dan ellang menggemarkan aiskrim.

ahmad tak ada kegemaran tau sebab kita tak tulis dalam program kita.

okey sampai sini je dulu pembelajaran kita, panjang umur nanti saya ajar yang ladi advance okey. Jangan pening-pening tau..

see u latter :)

Organisasi Maya

 
Kewujudan teknologi rangkaian komputer dan telekomunikasi telah membantu syarikat-syarikat mengkoordinasi keupayaan yang teragih secara geografi kepada Organisasi Maya.
“Collaborative Application” seperti persidangan berasaskan komputer, perkongsian pangkalan data, perkongsian aplikasi, pengurusan aliran kerja, pengurusan projek dan persidangan video boleh digunakan unutk menyokong penggunaan yang teragih bersama-sama.
Sistem kerjasama mewujudkan persekitaran kerja di mana individu dalam oranisasi boleh berinteraksi, mengumpul kemahiran dan berkongsi maklumat serta pengetahuan.

-Definisi Organisasi Maya
Organisasi bermaksud “komponen-komponen yang bertugas (termasuklah komponen manusia dan komponen-komponen lain seperti peralatan dan perkakasan) bagi mencapai sesuatu matlamat.”
Maya bermaksud “ keadaan yang wujud tanpa persekitaran fizikal”
Pentadbiran bermaksud “menjalankan sesuatu urusan berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab”.
Elektronik bermaksud “menggunakan ICT bagi menggantikan kerja yang dilakukan secara manual.”Kolaborasi bermaksud “perkongsian dan kerjasama bagi mencapai sesuatu objektif:
Organisasi Maya membolehkan manusia berhubung di antara satu sama lain tanpa perlu hadir secara fizikal pada satu-satu lokasi dan di hubungkan dengan menggunakan rangkaian komputer.
Organisasi maya juga bermaksud “rangkaian sementara yang terdiri dari syarikat, pembekal, pelanggan dan pekerja yang dihubungkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi, dengan tujuan untuk menghasilkan produk.”

Friday, February 11, 2011

Saya Kah Mat Rempit Yang Ketagih Sex?

Topik lucah ker ni? eh maaf, ini bukan topik semata-mata nak tingkatkan reputasi blog ini cuma sekadar ingin
berkongsi pengalaman sahaja. orang macam saya ni duduk kampung jew dan guna kenderaan harian bermotosikal, memang padan kan? tapi situasi ini sering di salah ertikan oleh sesetengah warga tua, maksud saya orang-orang yang sudah berumur macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik.  Bila gunggang motor tiptop, suara power, tayar sotong dan rim 17 kita akan di labelkan sebagai mat rempit. Mat rempit! yang dorang tahu budak motor, lepas itu melebalkan mat rempit ini seorang yang ketagih sex, 

 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..