Saturday, February 5, 2011

Jangan Salahkan Pengunjung Kalau Blog Korang Memang Menghalau Pengunjung Keluar

Uik panjangnya tajuk entry laki ini, macam tak puas hati jew!! eh, maaf lupa bagi salam. Assalamualaikum buat semua kawan-kawan, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan semua lah yang terlibat. Entry ini dah lama nak post cuma malas nak kecoh-kecoh kan.

Maaf sekali lagi, mungkin saya tidak layak menegur blogger-blogger yang lain tapi untuk kebaikan kita bersama, saya cuba juga untuk menegur kesalahan blogger-blogger ini dan walaupun dia blogger lama jangan anggap kamu dah terlalu otai.

Kenapa korang selalu halau pengunjung keluar dari blog korang? macam nama korang menghalau? okey, korang guna No right klik dan menasukkan massage yang bukan-bukan. Ada blogger yang saya jumpa massage dia berbunyi macam ini "herm!! nak copy ek? p mampos la ye :)" wah yang buat ini message lah yang pigi MAMPOS! marah?

Right klik bukan semestinya orang nak copy entry korang, mungkin dia nak buka new tab untuk link lain. Kita manusia di kurniakan akal fikirang, so fikir secara resonal lah, kalau korang takut sangat entry korang kena copy, korang pergi jew laman web protection no copy tu masukkan alamat blog korang than korang boleh tengok dekat situ siapa-siapa yang copy entry korang kan senang.

Bila korang letak No right klik pda blog automatik pengunjung tak dapat buat new tab untuk link lain dan bila pengunjung klik link tersebut maka outomatik pengunjung sudah keluar dari blog korang. Cuba fikir orang lain juga beb. tapi kalau memang korang suka blog korang di tinggalkan macam begitu teruskan lah.

Okey saya nak ajar korang macam mana supaya pengunjung masih berada di blog korang walaupun pengunjung itu membuka link yang ada di blog korang.

Contoh perbezaan link ke blog 01ellang dan link ke blog 02ellang yang ini

Bila korang klik pada 01ellang tu mana pengunjung akan tinggalkan blog korang dan pergi ke blog 01ellang.

Mana kala bila korang klik 02ellang yang ini warna biru kat atas tu maka pengunjung masih berada dalam blog korang dan 02ellang yang ini akan terbuka di new tab secara automatik jadi di sini pengunjung korang tak hilang.

ini kod untuk new tab tadi :-

<a href="http:ellangdesign.blogspot.com">01ellang </a>

cuma tambah "target="new" di hujung url ellangdesign.blogspot.com

Contoh :-

<a href="http://ellangdesign.blogspot.com"target="new">02ellang yang ini </a>

Okey, sapa nak tingkatkan pengunjung blog blog ikut cara yang ellang buat ni, pada yang tak nak ikut terpulang pada diri sendiri. Saya cuma betulkan kesalahan yang di buat. Lastly, ilmu untuk di kongsi bukan untuk di simpang :)

Artikel yang berkaitan



6 comments:

  1. garangnye cikgu ellang..
    tp mklumat d beri sungguh bermakna..
    ok. skrg jgk TK gi baiki link2 kt entry TK..
    tima kasih daun keladi..

    ReplyDelete
  2. sangat benar pendapat anda.
    bukan saja mengkritik, tetapi mencadangkan juga penyelesaiannya. sangat bagus.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. @toyolkiutSama2 kita betulkan mana yg salah :)

    ReplyDelete
  4. @Tuan PenasihatTerima kasih jgak pada TP sbb komen :)

    ReplyDelete
  5. mesej yang keluar bila right klik banyaknya memang menaikkan kemarahan.. banyak ayat yang tak sesuai dipakai..

    ReplyDelete

 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..