Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Friday, December 31, 2010

Hak Milik Baru

Assalamualaikum. Entry hari ini sekadar untuk memenuhi syarat dan agak pendek, tengok tak gambar kat atas tu? itu gitar Santar Cruz yang baru saya beli warna biru. Sebelum ini saya guna gitar Kapok, Saya bukanlah pemain gitar profesional tapi cukup sekadar untuk bermain di hari-hari yang bosan. Perbezaan antara kedua-dua gitar memang agak ketara antaranya gitar Santa Cruz panjang sikit dan berat boleh di jadikan gitar elektrik dan kalau gitar Kapok ringan, sesuai untuk mereka yang baru belajar main gitar sebab palang gitar Kapok agak berjarang berbanding gitar Santa Cruz agak rapat. Selamat tinggal Kapok, awak rehat dula lah yew sebab awak pun dah lama temankan saya. sekarang ni saya nak layan Santa Cruz. :p

Gitar Kapokku.
Jangan tinggal daku.. oh kasih.. oh juwita..

Celcom Oh Celcom

Kalau lah hari ini hari maki sedunia, rasanya saya mau maki celcom. Kenapa? Saya dah lah beli broadband yang weekly punya RM18.00 tapi bila buka browser macam ni lah jadinya. Hamper betul, apa dia ingat saya online pakai air ker? line penuh tapi tak leh nak buka browser. sapa tak sakit hati kalau macam ni kan?  kang saya peralih peralih ker maxis kang padan muka celcom, apa dia ingat dia je ker yang ada servis broadband? ha baru dia tahu tinggi bumi dari langit tingginya langit rendahnya bumi.

Selamat Tahun Baru 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera, agak lama jugak tak update ni huhu. Pejam celik, pejam celik dah pun 2011 cepat masa berlalu kan? macam mana dengan azam Tahun 2010, tercapai tak? harap-harap tercapai lah ye. Tepat pada pukul 12.00 am tadi masuknya tahun baru 2011, korang mesti ada azam baru kan? mana azan 2010 yang tak tercapai tu boleh-bolehkan lah capai tahun ini. Saya punya azam tahun 2010 dah tercapai awal-awal lagi, so sekarang ni azam baru tahun 2011. Azam saya 2011 ni apa ye? HeHe biar lah rahsiah. ok, Semoga azam baru tercapai. Selamat tinggal tahun 2010. Daa..!

Sunday, December 26, 2010

Tuan Punya Blog


Di saat keboringan melanda diri ku. Rase macam nak tidur pun ada. Pada orang-oarang yang pemalas jom baca yang ini Tuan Punya Blog

Online Real Time Tak Sama

Kenapa boleh jadi macam begini ye, sedangkan kedua-dua tools akan memaparkan real time dalam masa yang sama. tapi kena user online tak sama? contohnya seperti gambar di bawah yang di ambil dari blog Perjalanan Seorang Anak Bugis pada masa yang sama.

Histats.com


widgeo.net

Apa yang saya maksudkan di sini adalah seperti histats.com memaparkan 10 user online manakanla widgeo.net memaparkan 9 user online.

Google Merajuk


 Salam buat semua pembaca. Tapi try tengok rangking kat goole untuk blog Perjalanan Seorang Anak Bugis tapi malangnya blog ini dah tak dapat rangking kenapa ya? last hari itu tenguk 2 minggu lepas rangkin ke 10 sekarang ni dah tak dapat pula.

***

Perjalanan Seorang Anak Bugis

Sabahkini.net 

Ini adalah entry pendek, cuma nak ucap terima kasih kepada warga sabahkini.net kerana memasang link blog saya di laman web mereka.


Statistik Miskin Sabah 24% Dari Jumlah Penduduk Sabah


STATISTIK kemiskinan Sabah sebelum/feb 2008 “election” ialah 23% dan selepas itu meningkat 24% dan penduduk Sabah disekitar 3.1 juta, tetapi ada laporan melalui surat akhabar lokal disekitar 4.0 juta.

Penang 5% dan yang lain disekitar yang sama dan jelas Sabah paling teruk di Malaysia dan kalau Sabah kelihatannya 24%, lalu berapa selanjutnya yang akan datang selepas harga minyak naik?

Dengan harga minyak, gula(susah dapat), garam, beras dan lain-lain keperluan yang semakin mahal dan gaji tidak berganjak di tangga asal, maka apa akan terjadi selanjutnya?

Apakah kemiskinan ini bakal tidak mencapai 30-50%, dan bukankah akan menyulitkan keadaan kita di Sabah, apa lagi peluang pekerjaan amat berkurangan dan kita kena fikir hal ini dan tentunya kerajaan diharap terus bertindak secepatnya sebelum kita jadi parah dan miskin papa kedana.

Forum-forum jugak mengatakan bahawa orang sabah malas berkerja. Betul ke? tapi bagi pendapat KucingMalas sendiri, memang rakyat sabah malas hendak berkerja mungkin disebabkan pemikiran bahawa negeri di bawah bayu ini tempat kelahiran mereka sendiri, ada sesetengah rakyat yang mengharapkan bantuan dan sabsidi dari kerajaan. mejoritinya pekerjaan di monopoli oleh warga asing. Ini lah yang di katakan "menjadi kuli di negeri sendiri"

***
Nota Kaki : HuHu nasib baik saya rajin, nick name jew malas tapi rajin ni.

Artikel Saya Kena Copy Ker

Mesin pencarian di internet semakin banyak di tubuhkan, tools-tools sebegini memang memberangsangkan dan memudahkan sesetengan orang mencari artikel-artikel yang ingin di gunakan. Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis memang sudah tersenarai di google dan yahoo tetapi ada sedikit kemuskilan yang saya sendiri tidak pasti, Jadi di harap sesiapa yang tahu berkenaan ini di harap dapat tinggalkan komen dan boleh bantu saya.

Persoalannya.

Kenapa tajuk artikel saya ada dalam website orang lain. Contoh seperti di bawah ini.


Adakah artikel ini di copy? Contoh seperti di bawah.



Artikel ini tiada link pergi ke blog saya. Artikel 100% dari blog Perjalanan Seorang Anak Bugis, dan di bawah ini antara contoh link ke blog mereka.


***
Nota Kaki : Tolong saya =(

Saturday, December 25, 2010

Blog Winter Sonata

Winter Sonata 

Assalamualaikum buat semua pembaca blogger, Entry kali ini mengenai Blog Winter Sonata, Siapa Winter Sonata? Apa kena-mengenah Blog Winter Sonata dengan Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis? Kenapa pula Blog Winter Sonata ke ada dalam Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis? Top sangat ke Blog Winter Sonata itu? Banyaknya persoalan.

Blog Winter Sonata ini adalah blog baru yang di create oleh owner Asnita, dalam bahasa baku blog Winter Sonata adalah kepunyaan cik Asnita. Cik Asnita adalah sepupu kepada KucingMalas sebab itu lah KucingMalas buat satu entry berkenaan blog Winter Sonata ini, sedikit sebanyak dapat mempromot blog beliau. Alamaklum lah dia blogger yang baru nak belajar tentang dunia blogging. So diharap rakan-rakan seperjuangan yang melawati blog Perjalanan Seorang Anak Bugis ini, luang-luangkan lah masa untuk melawat blog beliau.

Pada geng-geng blog pink tolong jemput dia join sekali lah ye sebab blog cik Asnita ni pun warna pink jugak, tengok baju dia pun warna pink HeHeHe.

Berikut adalah sedikit sebanyak berkenaan Cik Asnita.
Nama Blog : Winter Sonata.
Nama Owner : Asnita.
Umur : Haa nie korang kena tanya dia sendiri HuHu (Bukan saya tak tahu, tapi takut dia marah pulak kalau bagitau korang)
Status : Single (Macam KucingMalas gak ni single, So kalau ada yang berkenan tu usha-usha lah tuan punya blog yew =P)

****
Nota Kaki : Blog cik Asnita xdew CBox, die belum letal lagi, Apa2 hal tinggalkan msg di ruang komen jew.

Friday, December 24, 2010

Pemenang Anugerah Skrin 2010


Rancangan Realiti Terbaik : Showdown 2010 (8TV)
Lakon Layar Terbaik Filem : Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Drama Komedi Terbaik : Simpang 3 (TV3)
Lakon TV Terbaik : Antara Garisan (Astro)
Rancangan Hiburan Terbaik : ABP 2009 (TV9)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Isu Khas Palestin Gaza Kami Bersamamu (RTM)
Laporan Khas/ Berita Terbaik : Aduan Rakyat (TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Epik Satu Ketika Laskar Senoi (Astro)
Videografi Terbaik : Datang Bulan (Astro)
Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Drama : Nor Khiriah (Antara Garisan)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik Filem : Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pengarah Drama Terbaik : Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Rancangan Muzikal Terbaik : AJL 24 (TV3)
Anugerah Khas Juri : Shaheizy Sam
Drama Rantai Terbaik : Nur Kasih (TV3)
Filem Terbaik : Muallaf
Drama Terbaik : Antara Garisan (Astro)

Tahniah buat semua pemenang.

Wednesday, December 22, 2010

Pencarian Blogger Peramah 2011

 
Tajuk Kontest : Pencarian Blogger Peramah 2011
Penganjur : ahsfantasy24.com


Tag Dari : L.O.V.E.L.O.C.K

Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam listblog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu Ahsfantasy2u untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.
Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini > http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (=
P/s: Penyertaan akan ditutup selepas ahsfantasy24 mengumpul sebanyak 108 blog blogger peramah Sesiapa yang terlepas untuk menyertai team blogger peramah musim ini. Sila nantikan pembubarannya 6 bulan akan datang. Jika ada blogger yang sombong, sila laporkan ya.

 P/s: tQ shaz sebab tag saya sebagai blogger peramah ^_^

Aku Mahu Topup Free

 Tajuk Kontest : Aku Mahu Topup Free.



 Tag dari King Of Single

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis kena tag dari blog Ekyn kepunyaan King Of Single. Sebenarnya tag ini dah lama saya dapat cuma baru hari ini dapat buat kerana sebelum ini line saya terlalu teruk.

Okey di pendekkan cerita kepada korang yang nak join kontest ini boleh rujuk pada blog penganjur di atas atau boleh rujuk di blog Ekyn, klik pada gambar header King Of Single pautan akan membawa anda ke blog King Of Single.

Tuesday, December 21, 2010

Topik Tidak Bertajuk 3

Assalamualaikum buat semua pembaca blog, saya tak tahu nak bubuh tajuk apa untuk entry ini. Hidup saya hari ini betul-betul huruhara rasa macam nak balik rumah jew tapi tapi banyak lagi kerja-kerja yang belum di selesaikan. bangun subuh lepas solat subuh tadi sempat buat entry Topik Tidak Bertajuk 2,  jugak follow member-member yang belum di follow.

Lepas itu tutup lappy pergi dapur nak brakfast tapi malangnya lauk tak ada pulak, so hari ni saya kena masak. Mood tengah tak ada, saya goreng sosej jew + nasi putih + teo o pastu makan dengan mood tak ada selerah.

Lepas makan baring-baring dekat katil, ingat nak mandi kejap lagi tapi terlelap pulak. 30 minit kemudian anak makcik (adik saudara umur 3 tahun) kejut saya pulak huhu syok-syok tengah bermimpi kena ganggu lagi. Dia cakap abang, aku berak!!! kalam kabut saya bangun bawa dia ke tandas kemudian cebokkan buntut dia huru hara betul hidup kalau macam ni huhu first time saya cebok orang lain dalam hidup saya oh tidak saya masih suci lagi =( . Biasanya makcik saya bawa anak dia ke rumah jiran tapi memandangkan saya duduk rumah dia, dia suruh saya yang jaga pulak.

Lepas bagi dia mandi, bagi dia makan, bagi dia tidur.. ha aman sikit, saya buka lappy ingat nak udate blog sekejap dengan tiba-tiba blackout lah pulak hurmm.. terbantut lagi mood yang memang dah tak ada.

Bila budak tuh dah bangun handpon saya pula dia buat mainan baling sana baling sini dia cakap macam kapal terbang. Rasa macam nak bagi pelempang je budak tu tapi nasib kesabaran mengelubungi hati saya, tak apa lah dia budak-budak lagi. Sabar je lah.

Lepas asar tadi saya try lagi nak update blog tapi bila buka lappy terus budak tu dan abang dia (umur 12 tahun) dok mengadap lappy saya juga hurmm hilang semua adie kat otak. Saya memang pantang kalau buat kerja ada orang kacau, kalau dia dok bantu ok jugak.

Sekarang ini baru saya dapat update tapi malangnya liputan rangkaian pula macam siput terhegeh-hegeh tak dapat nak buka blog kawan-kawan dan tak dapat nak follow kawan-kawan yang baru follow blog ini, nak tak nak subuh esok baru saya dapat jenguk kawan-kawan blogger.

okey lah rasanya ini sahaja yang dapat saya tulis, ada masa pangjang umur kita jumpa lagi Assalamualaikum.

Monday, December 20, 2010

Topik Tidak Bertajuk 2

Assalamualaikum buat semua bloger-bloger Malaysia dan tak lupa kepada semua pembaca blog Perjalanan Seorang Anak Bugis. Hari ini saya tidak menulis apa-apa tajuk artikal kerana sekarang berada di daerah Semporna, line internet atau liputan rangkaian terlalu lembap tak pasti kenapa mungkin di sebabkan lokasi yang agak jauh dari bandar ini pun ada satu bar sahaja. Siang tadi banyak benda nak cerita di blog ini tapi malangnya keadaan sebegini mengganggu kerja-kerja saya untuk meng'update blog Perjalanan Seorang Anak Bugis ini.

Pada follower yang baru follow blog ini, saya memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat follow balik blog anda tapi InsyaAllah kalau saya dah keluar daripada perkampungan ini saya akan follow anda balik. Saya dah try untuk follow anda tetapi bila buka blog anda, browser akan mengeluarkan message sebegini " internet blablabla.. plz try again latter blablabla" lebih kurang macam tu lah.

Ok lah, ini sahaja yang dapat saya tulis, user yang visit blog ini di harap luang-luang kan lah masa baca artikel dalam blog ini, kalau rasa berkenang tu jangan lupa tinggalkan komen kat penghujung artikel, lastly ringan-ringan kan lah tekan butang follow.

Baca . Komen . Follow

Saturday, December 18, 2010

Pantang Larang Bugis


Assalamualaikum buat semua warga blog. entry hari ini mahu tulis sedikit pantang larang kaum bugis, kalau dulu saya pergi semenanjung di negeri johor paling banyak kaum bugis tapi sayang seribu kali sayang pertuturan dalam bahasa bugis sudah tenggelam di makan zaman. Kaum bugis kalau di semenanjung di kategorikan sebagai bangsa melayu tetapi lain di sabah serawak kaum bugis tetap di ketegorikan sebagai kaum bugis (semua tu politik).

Friday, December 17, 2010

Hack SMS Orang Lain


Entry hari khas buat orang-orang yang kurang percaya pada kekasih, suami, isteri dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Sebelum saya meneruskan penulisan ini di harap agar tidak menyalahgunakan aplikasi tersebut.

Topik Tidak Bertajuk

Perbezaan Antara Kawan dan Kekasih

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Thursday, December 16, 2010

Cara mengembalikan Akaun Facebook Ke Profil Lama

Assalamualaikum tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari. Entry hari ini mahu cerita pasal Facebook, korang semua mesti ada ekaun facebook kan? almaklumlah kalau dulu kita tidak mempunyai akaun facebook terasa kuno sangat diri kita, mana tak nya bila pergi rumah kawan-kawan mesti dia orang tanya "he!! ko ada facebook tak? bak lah email nak add ni" entry ini bukan nak cerita pasal cara-cara buka ekaun facebook ye. hehehe tapi nak tulis sikit cara-cara mengembalikan profile baru fecebook ke profile yang lama.


Tuesday, December 14, 2010

Cara Download Movie Dari Youtue

Masih ramai lagi yang tidak tahu tentang bagaimana cara untuk mendownload video dari youtube. Sebenarnya, ada banyak cara untuk mendownload video dari website youtube ini ke komputer anda. Cara yang paling senang dan tidak memeningkan kepala ialah melalui platform web based. Kedua pula melalui software dan ketiga melalui plugin internet browser.
Satu perkara yang perlu diingat ialah file yang didownload biasanya adalah dalam format flv. Oleh itu, anda perlu ada FLV player diinstall dalam komputer anda untuk memainkan video yang telah didownload dari website YouTube ini.

Friday, December 10, 2010

Dimanakah Amir Bin Jamal





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat blogger, dengan rasa rendah diri di sini saya nak minta sedikit pandangan dan cadangan bagaimana cara untuk saya mencari ayah saya yang sudah lama hilang dan saya pun tak tahu dimana dia berada sekarang. Sudah banyak perkara yang saya buat untuk menjejaki ayah saya tapi sampai sekarang masih belum berhasil.

Harap sahabat boleh memberi sedikit sebanyak cadangan  apa lagi yang perlu saya lakukan agar dapat mencari ayah saya.

Identiti :
Nama Penuh : Amir Bin Jamal.
Umur Sekarang : Lingkungan 45 Tahun.
Tempoh Kehilangan : 20 tahun lalu.

Friday, November 26, 2010

Tips Menjaga Laptop Kesayangan Anda


1. Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen power supply unit dan wired network card bahkan keseluruhan board dan komponen dalaman. 

Wednesday, November 24, 2010

Aku Bukan Artis Kenapa Korang Dok Perati Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog. Dah baca tajuk entry belum? hehe hari ini nak cerita pasal itu gosip di facebook. Entry ini bukan bongkak atau takbur ok, cuma sekadar luahan si penulis.. ye lah, nak luah kat sapa lagi kalau bukan di blog yang tercinta ni kan. =)

Earning Yang Pertama Bagi Nuffnang


Assalamualaikum pada semua rakan bloger. Semalam nuffnang bagi EA untuk blog Perjalanan Seorang Anak Bugis

Papa Pulanglah Aku Merindui Mu

Pa, sudah 20 tahun papa tidak melihat kami disini, Bagaimana keadaan papa sekarang? Apa khabar makcik yang papa sayang itu? Adakah udara di sana begitu nyaman sehingga papa lupa akan kami di sini.
Pa, Semenjak 20 tahun lalu iaitu terakhir kami melihat papa dan sekali gus memisahkan ikatan papa dan mama. Papa tidak pernah mengunjungi kami disini tempat isteri dan anak-anak papa membesar disini.
Pa, apa dosa kami sehingga bigini nasib yang kami alami? Apakah dosa mama sehingga tergamak papa meninggalkannya?

Tuesday, November 23, 2010

Cinta itu indah atau menyakitkan?


Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Thursday, November 18, 2010

Tag Dua Puluh Lima =)

Assalamualaikum dan salam jumaat bagi umat islam dan pada semua bloger semoga anda sentiasa sihat walafiat. Hari ni KucingMalas kena tag lagi, Kali ini dari seorang awek cun Dira Gmj

Jom Join Award

Tajuk Award : Jom Join Award Bombastic
Orang yang Tag Saya : Isteri Abang Manis
Tarikh Tamat : 31/12/2010

********

Wednesday, November 17, 2010

Mood Happy

Assalamualaikum pada semua bloger malaysia. bloger indonesia, and semua bloger also. Alhamdullilah berkat Rahmat yang maha Esa kita selamat menjalani hari raya aidil adha semalam. Tadi lepas jew solat subuh saya terus buka lappy dan update blog, Sebenarnya semalam lagi nak update tapi blackberry saya kena virus pula tak dapat nak transfer picture from BB to lappy via bluetooth. Semua file .jpeg jadi jpeg.rem ntah kenapa.

Tuesday, November 16, 2010

Sepatah Kata Romantik



Pagi yang cerah ketika bersamamu
malam yang indah ketika mendengarkan suara mu
hati yang bahagia ketika memiliki mu selamanya

================================

Monday, November 15, 2010

Semat Menyambut Hari Raya AidilAhda Buat Semua.

Bila Unta dah tak selera makan…
Kambing mula resah.. Lembu pura-pura gelisah.. 
Ayam je nampak cool! 
itu tandanya Hari Raya Korban dah nak dekat..
Selamat Hari Raya AidilAdha!!



Sunday, November 14, 2010

Kisah Ku -KucingMalas-

Assalamualaikum Para bloger yang di hormati semoga anda sentiasa sihat walafiat. Atas permintaan seorang kawan, saya di minta untuk tuliskan profile lengkap di sini (Kira macam biodata lah kan hehe). Dilahirkan pada tahun 1988 Last study Diploma Teknologi Maklumat. Pernah bekerja sebagai Pembancuh Air di KopiTiam Angsana Skudai, Lepastu dapat jawatan Perunding kewangan di AmBank. (kerja penat tapi gaji siput jew)

Saturday, November 13, 2010

Cinta Di Mata Anda

Tajuk Kontest : Cinta Di Mata Anda
Penganjur : MHZ Cool FM
Tarikh Tutup : 16/11/2010
**********

Friday, November 12, 2010

Follower Bertuah GiveAway

Tajuk Kontest : Follower Bertuah GiveAway
Penganjur : Aainaa Nadirah
Tarikh Tamat : 21 November 2010

********************

Thursday, November 11, 2010

Contest My Bestfriend ^_^

Tajuk Kontest : Contest My Bestfriend
Penganjur : Cik Bulat @ CB
Tarikh Tutup : 12 November 2010
Maca pernah tengok la muka cik Bulat ni tapi di mana ya???

****************************************

Dapat AwardLagi? Aiyark!

Atas permintaan diri sendiri Cik Siti Mashita tag saya untuk Award ni. "Siti Mashita" nama ni mengingatkan saya tentang seseorang, Orang yang saya selalu buli masa di tingkitan 4 Akasih. Hahaha ingat lagi masa Cikgu Bahasa inggeris mengajar dan menunjukkan gambar arnab  "what is this" dia jawab "this is the Arnab" saya pun tergelak kuat-kuat HaHaHaHaHaHaHa!!! sejak hari itu saya panggil dia This is the Arnab. Ok berbalik pada cerita pasal award ni nak dapat kena pulak jawab soalan. Ini antara soalannya.

# berikan 1 nick name untuk sy #
::: Hello Kitty :::

# ucapan untuk pemberi award ini #
::: Terima kasih sekalung budi pada cik Siti (Berbudi lah sangat hehe) tHanks ya =)  :::

# berikan 6fav artis / singer / group yang korang minat #
::: Farid Kamil + Cat Farish + Lisa Suriati + Samsons + Aisad + Kangen Band + Wali Band :::
# Pastu dia suh Tag pada 10 orang #
Ok, pertama sekali saya minta maaf pasal tag-tag ni ya sebab sebenarnya saya baru jew dalam bidang blog ni.
Ke2 saya tak ada kawan yang ada blog. 
Ke3 saya nak pass pada yang follow saya tapi takut dorang marah pulak
Ke4 kang dorang cakap saya ni memandai je pass.
Ke5  saya memang tak ada kawan.
Jadi kesimpulannya: Saya tak dapat pass award ini pada sesiapa.

Ada tak yang nak jadi kawan ngn saya? Saya nak pass Award ni sekarang pada korang.
Terima Kasih.

Wednesday, November 10, 2010

Saya Suka / Tak Suka Blog Yang??

 KucingMalas


Assalamualaikum. Hari ini enrty saya "Senggal" sikit bukan nak mengutuk tapi sekadar panduan kita bersama dan entry ini untuk saya sendiri, tiada kena mengenah nak menjatuhkan mana-mana pihak.

Saja selalu buat blogwalking, Wah banyaknya blog cantik-cantik. Disini saya nak listkan blog yang saya "TAK SUKA" dan yang "SAYA SUKA"

-> Tak Suka:
1- blog yang meletakkan muzik - memang best bg sesetengah orang tapi yang masa saya ni dah lah musik kat laptop on pastu buka blog yang ada musiz jadi bercelaru dah muzik saya. Laju mejayu dah jadi lagu korea pulak jadi untuk mengelakkan jadi benda ni saya terus close "X" blog yang ada muzik tadi sampai tak sempat nak follow dan tinggalkan jejak. Maaf ya.

2- Loding page terlalu berat - ini lagi sampai setengah jam tunggu pun tak terbuka huhu hilang mood saya nak teruskan jelajah blogwalking terus close "X" blog tu.

3- Rasanya itu dua jew kot.

-> Saya Suka:
1- Blog yang berwarna-warni - haha kalau jumpa blog ni macam sayang lak nak close "X"

2- Banyak Fakta dan tutorial - kalau jumpa blog ini kengkadang sampai berjam-jam lah kat situ sampai habis semua antry di baca. Saya sentiasa mencari sesuatu yang mendatangkan faedah.

3- Blog yang merapu - Hahaha tahniah pada orang-orang yang merapu kat blog dorang buat saya nak campak laptop ini ke longkang hahaha.

Fasha Sandha Kena Rogol

Slot Akasia : Chinta

Teraju utama drama Chinta TV3 yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min. Nampaknya watak Fasha Sandha cukup mencabar sepanjang kariernya sebagai pelakon. Saya sebenarnya tak lah minat sangat pada Dasha Sandha ni tapi di sebabkan jalan cerita China membuatkan saya terus follow drama ni.

Monday, November 8, 2010

Saya Dan Kenangan

Assalamualaikum warga bloger dan warga reader. Alhamdullilah atas kurnia Allah, keizinan rahmatnya saya dapat menulis dan sekali gus update blog ini lagi. Semalam saya duk kemas-kemas bilik bersihkan sana sini (Kerajinan melanda diriku) terjumpa lak gambar lama-lama, gambar masa budak ingusan lagi hahaha lawak jew kalau di tengok nak di bandingkan sejaran memang jauh berbeza. Kalau dulu tak kisah pun pakai baju besar tu sampai lutut dan guna kasih besar haha macam badut pulak. Sekarang?? perh dresing tak keluar jalan lah kalau tak ada baju yang sesuai untuk keluar huhu. di bawah ni antara gambar masa saya darjah 6 ft budak darjah 5 buat lawatan sambil belajar di porim kota kinabalu.

Subjek: saya.
 Subjek: jib, juda', (saya lupa mana orang yg di tengah tu) dan rabe'

Subjek (dari depan sebelah kanan)
Bryan, ambo', jib,
(belakan sebelah kanan) Zul, asok, jan, saya.

Subjek: saya. yang di belakang baju putih tu bryan,
yang budak kecik pakai baju adidas yang comel tu nama
jibrill.. wahh!! nama malaikat beb!! tapi kami panggil jib jew lagi macho.

Subjek: Fatma, saya.huik ada lagi c jib ngn bryan di blakang hahaha

Subjek: jib. Fee wiet!! pengan bunga beb haha macam cerita romeo & juliet lak.

Subjek (depan sebelah kanan): Jib, saya, (saya lupa nama budak baju putih tu)
(belakang dari kanan) bryan, asok (kuang ajo tul, kaki tu! :@) jan (haha xda kepala)

Subjek (dari depan): Ambo', jib, (lupa nama), saya, Arafah, jan dan Zul

Subjek: Saya dan Jib

Subjek: Saya dan jan

Subjek (dari depan): Bryan, Cikgu Fitri, jib, jan dan Zul (tangan macam superman terbar haha)

Subjek (dari dakan): Suriani, Fatmawati, Judaini (juda') dan Murni (ni sepupu saya,)

Ha ni time nak balik dah ni. Amik gambar ramai2, 
saya tak ada dalam ni sebab saya tukang amil gambar hehe.

********************************************
Nota Kaki: Kalau member2 yang ada muka dia dlm ni nak amik tolong "KLIK" gambar tu dulu bagi besar pastu "Save Picture As" -> save kat komputer korang pastu back untuk ambil gambar yang lain. =)
(apa2 hal sila tinggalkan komen d bawah ni)
********************************************
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..