Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Friday, December 31, 2010

Hak Milik Baru

Assalamualaikum. Entry hari ini sekadar untuk memenuhi syarat dan agak pendek, tengok tak gambar kat atas tu? itu gitar Santar Cruz yang baru saya beli warna biru. Sebelum ini saya guna gitar Kapok, Saya bukanlah pemain gitar profesional tapi cukup sekadar untuk bermain di hari-hari yang bosan. Perbezaan antara kedua-dua gitar memang agak ketara antaranya gitar Santa Cruz panjang sikit dan berat boleh di jadikan gitar elektrik dan kalau gitar Kapok ringan, sesuai untuk mereka yang baru belajar main gitar sebab palang gitar Kapok agak berjarang berbanding gitar Santa Cruz agak rapat. Selamat tinggal Kapok, awak rehat dula lah yew sebab awak pun dah lama temankan saya. sekarang ni saya nak layan Santa Cruz. :p

Gitar Kapokku.
Jangan tinggal daku.. oh kasih.. oh juwita..

Celcom Oh Celcom

Kalau lah hari ini hari maki sedunia, rasanya saya mau maki celcom. Kenapa? Saya dah lah beli broadband yang weekly punya RM18.00 tapi bila buka browser macam ni lah jadinya. Hamper betul, apa dia ingat saya online pakai air ker? line penuh tapi tak leh nak buka browser. sapa tak sakit hati kalau macam ni kan?  kang saya peralih peralih ker maxis kang padan muka celcom, apa dia ingat dia je ker yang ada servis broadband? ha baru dia tahu tinggi bumi dari langit tingginya langit rendahnya bumi.

Selamat Tahun Baru 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera, agak lama jugak tak update ni huhu. Pejam celik, pejam celik dah pun 2011 cepat masa berlalu kan? macam mana dengan azam Tahun 2010, tercapai tak? harap-harap tercapai lah ye. Tepat pada pukul 12.00 am tadi masuknya tahun baru 2011, korang mesti ada azam baru kan? mana azan 2010 yang tak tercapai tu boleh-bolehkan lah capai tahun ini. Saya punya azam tahun 2010 dah tercapai awal-awal lagi, so sekarang ni azam baru tahun 2011. Azam saya 2011 ni apa ye? HeHe biar lah rahsiah. ok, Semoga azam baru tercapai. Selamat tinggal tahun 2010. Daa..!

Sunday, December 26, 2010

Tuan Punya Blog


Di saat keboringan melanda diri ku. Rase macam nak tidur pun ada. Pada orang-oarang yang pemalas jom baca yang ini Tuan Punya Blog

Online Real Time Tak Sama

Kenapa boleh jadi macam begini ye, sedangkan kedua-dua tools akan memaparkan real time dalam masa yang sama. tapi kena user online tak sama? contohnya seperti gambar di bawah yang di ambil dari blog Perjalanan Seorang Anak Bugis pada masa yang sama.

Histats.com


widgeo.net

Apa yang saya maksudkan di sini adalah seperti histats.com memaparkan 10 user online manakanla widgeo.net memaparkan 9 user online.

Google Merajuk


 Salam buat semua pembaca. Tapi try tengok rangking kat goole untuk blog Perjalanan Seorang Anak Bugis tapi malangnya blog ini dah tak dapat rangking kenapa ya? last hari itu tenguk 2 minggu lepas rangkin ke 10 sekarang ni dah tak dapat pula.

***

Perjalanan Seorang Anak Bugis

Sabahkini.net 

Ini adalah entry pendek, cuma nak ucap terima kasih kepada warga sabahkini.net kerana memasang link blog saya di laman web mereka.


Statistik Miskin Sabah 24% Dari Jumlah Penduduk Sabah


STATISTIK kemiskinan Sabah sebelum/feb 2008 “election” ialah 23% dan selepas itu meningkat 24% dan penduduk Sabah disekitar 3.1 juta, tetapi ada laporan melalui surat akhabar lokal disekitar 4.0 juta.

Penang 5% dan yang lain disekitar yang sama dan jelas Sabah paling teruk di Malaysia dan kalau Sabah kelihatannya 24%, lalu berapa selanjutnya yang akan datang selepas harga minyak naik?

Dengan harga minyak, gula(susah dapat), garam, beras dan lain-lain keperluan yang semakin mahal dan gaji tidak berganjak di tangga asal, maka apa akan terjadi selanjutnya?

Apakah kemiskinan ini bakal tidak mencapai 30-50%, dan bukankah akan menyulitkan keadaan kita di Sabah, apa lagi peluang pekerjaan amat berkurangan dan kita kena fikir hal ini dan tentunya kerajaan diharap terus bertindak secepatnya sebelum kita jadi parah dan miskin papa kedana.

Forum-forum jugak mengatakan bahawa orang sabah malas berkerja. Betul ke? tapi bagi pendapat KucingMalas sendiri, memang rakyat sabah malas hendak berkerja mungkin disebabkan pemikiran bahawa negeri di bawah bayu ini tempat kelahiran mereka sendiri, ada sesetengah rakyat yang mengharapkan bantuan dan sabsidi dari kerajaan. mejoritinya pekerjaan di monopoli oleh warga asing. Ini lah yang di katakan "menjadi kuli di negeri sendiri"

***
Nota Kaki : HuHu nasib baik saya rajin, nick name jew malas tapi rajin ni.

Artikel Saya Kena Copy Ker

Mesin pencarian di internet semakin banyak di tubuhkan, tools-tools sebegini memang memberangsangkan dan memudahkan sesetengan orang mencari artikel-artikel yang ingin di gunakan. Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis memang sudah tersenarai di google dan yahoo tetapi ada sedikit kemuskilan yang saya sendiri tidak pasti, Jadi di harap sesiapa yang tahu berkenaan ini di harap dapat tinggalkan komen dan boleh bantu saya.

Persoalannya.

Kenapa tajuk artikel saya ada dalam website orang lain. Contoh seperti di bawah ini.


Adakah artikel ini di copy? Contoh seperti di bawah.



Artikel ini tiada link pergi ke blog saya. Artikel 100% dari blog Perjalanan Seorang Anak Bugis, dan di bawah ini antara contoh link ke blog mereka.


***
Nota Kaki : Tolong saya =(

Saturday, December 25, 2010

Blog Winter Sonata

Winter Sonata 

Assalamualaikum buat semua pembaca blogger, Entry kali ini mengenai Blog Winter Sonata, Siapa Winter Sonata? Apa kena-mengenah Blog Winter Sonata dengan Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis? Kenapa pula Blog Winter Sonata ke ada dalam Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis? Top sangat ke Blog Winter Sonata itu? Banyaknya persoalan.

Blog Winter Sonata ini adalah blog baru yang di create oleh owner Asnita, dalam bahasa baku blog Winter Sonata adalah kepunyaan cik Asnita. Cik Asnita adalah sepupu kepada KucingMalas sebab itu lah KucingMalas buat satu entry berkenaan blog Winter Sonata ini, sedikit sebanyak dapat mempromot blog beliau. Alamaklum lah dia blogger yang baru nak belajar tentang dunia blogging. So diharap rakan-rakan seperjuangan yang melawati blog Perjalanan Seorang Anak Bugis ini, luang-luangkan lah masa untuk melawat blog beliau.

Pada geng-geng blog pink tolong jemput dia join sekali lah ye sebab blog cik Asnita ni pun warna pink jugak, tengok baju dia pun warna pink HeHeHe.

Berikut adalah sedikit sebanyak berkenaan Cik Asnita.
Nama Blog : Winter Sonata.
Nama Owner : Asnita.
Umur : Haa nie korang kena tanya dia sendiri HuHu (Bukan saya tak tahu, tapi takut dia marah pulak kalau bagitau korang)
Status : Single (Macam KucingMalas gak ni single, So kalau ada yang berkenan tu usha-usha lah tuan punya blog yew =P)

****
Nota Kaki : Blog cik Asnita xdew CBox, die belum letal lagi, Apa2 hal tinggalkan msg di ruang komen jew.

Friday, December 24, 2010

Pemenang Anugerah Skrin 2010


Rancangan Realiti Terbaik : Showdown 2010 (8TV)
Lakon Layar Terbaik Filem : Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Drama Komedi Terbaik : Simpang 3 (TV3)
Lakon TV Terbaik : Antara Garisan (Astro)
Rancangan Hiburan Terbaik : ABP 2009 (TV9)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama : Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama : Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem : Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem : Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Isu Khas Palestin Gaza Kami Bersamamu (RTM)
Laporan Khas/ Berita Terbaik : Aduan Rakyat (TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik : Epik Satu Ketika Laskar Senoi (Astro)
Videografi Terbaik : Datang Bulan (Astro)
Pelakon Wanita Terbaik Filem : Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem : Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Drama : Nor Khiriah (Antara Garisan)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama : Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik Filem : Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pengarah Drama Terbaik : Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Rancangan Muzikal Terbaik : AJL 24 (TV3)
Anugerah Khas Juri : Shaheizy Sam
Drama Rantai Terbaik : Nur Kasih (TV3)
Filem Terbaik : Muallaf
Drama Terbaik : Antara Garisan (Astro)

Tahniah buat semua pemenang.

Wednesday, December 22, 2010

Pencarian Blogger Peramah 2011

 
Tajuk Kontest : Pencarian Blogger Peramah 2011
Penganjur : ahsfantasy24.com


Tag Dari : L.O.V.E.L.O.C.K

Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam listblog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu Ahsfantasy2u untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.
Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini > http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (=
P/s: Penyertaan akan ditutup selepas ahsfantasy24 mengumpul sebanyak 108 blog blogger peramah Sesiapa yang terlepas untuk menyertai team blogger peramah musim ini. Sila nantikan pembubarannya 6 bulan akan datang. Jika ada blogger yang sombong, sila laporkan ya.

 P/s: tQ shaz sebab tag saya sebagai blogger peramah ^_^

Aku Mahu Topup Free

 Tajuk Kontest : Aku Mahu Topup Free.



 Tag dari King Of Single

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis kena tag dari blog Ekyn kepunyaan King Of Single. Sebenarnya tag ini dah lama saya dapat cuma baru hari ini dapat buat kerana sebelum ini line saya terlalu teruk.

Okey di pendekkan cerita kepada korang yang nak join kontest ini boleh rujuk pada blog penganjur di atas atau boleh rujuk di blog Ekyn, klik pada gambar header King Of Single pautan akan membawa anda ke blog King Of Single.

Tuesday, December 21, 2010

Topik Tidak Bertajuk 3

Assalamualaikum buat semua pembaca blog, saya tak tahu nak bubuh tajuk apa untuk entry ini. Hidup saya hari ini betul-betul huruhara rasa macam nak balik rumah jew tapi tapi banyak lagi kerja-kerja yang belum di selesaikan. bangun subuh lepas solat subuh tadi sempat buat entry Topik Tidak Bertajuk 2,  jugak follow member-member yang belum di follow.

Lepas itu tutup lappy pergi dapur nak brakfast tapi malangnya lauk tak ada pulak, so hari ni saya kena masak. Mood tengah tak ada, saya goreng sosej jew + nasi putih + teo o pastu makan dengan mood tak ada selerah.

Lepas makan baring-baring dekat katil, ingat nak mandi kejap lagi tapi terlelap pulak. 30 minit kemudian anak makcik (adik saudara umur 3 tahun) kejut saya pulak huhu syok-syok tengah bermimpi kena ganggu lagi. Dia cakap abang, aku berak!!! kalam kabut saya bangun bawa dia ke tandas kemudian cebokkan buntut dia huru hara betul hidup kalau macam ni huhu first time saya cebok orang lain dalam hidup saya oh tidak saya masih suci lagi =( . Biasanya makcik saya bawa anak dia ke rumah jiran tapi memandangkan saya duduk rumah dia, dia suruh saya yang jaga pulak.

Lepas bagi dia mandi, bagi dia makan, bagi dia tidur.. ha aman sikit, saya buka lappy ingat nak udate blog sekejap dengan tiba-tiba blackout lah pulak hurmm.. terbantut lagi mood yang memang dah tak ada.

Bila budak tuh dah bangun handpon saya pula dia buat mainan baling sana baling sini dia cakap macam kapal terbang. Rasa macam nak bagi pelempang je budak tu tapi nasib kesabaran mengelubungi hati saya, tak apa lah dia budak-budak lagi. Sabar je lah.

Lepas asar tadi saya try lagi nak update blog tapi bila buka lappy terus budak tu dan abang dia (umur 12 tahun) dok mengadap lappy saya juga hurmm hilang semua adie kat otak. Saya memang pantang kalau buat kerja ada orang kacau, kalau dia dok bantu ok jugak.

Sekarang ini baru saya dapat update tapi malangnya liputan rangkaian pula macam siput terhegeh-hegeh tak dapat nak buka blog kawan-kawan dan tak dapat nak follow kawan-kawan yang baru follow blog ini, nak tak nak subuh esok baru saya dapat jenguk kawan-kawan blogger.

okey lah rasanya ini sahaja yang dapat saya tulis, ada masa pangjang umur kita jumpa lagi Assalamualaikum.

Monday, December 20, 2010

Topik Tidak Bertajuk 2

Assalamualaikum buat semua bloger-bloger Malaysia dan tak lupa kepada semua pembaca blog Perjalanan Seorang Anak Bugis. Hari ini saya tidak menulis apa-apa tajuk artikal kerana sekarang berada di daerah Semporna, line internet atau liputan rangkaian terlalu lembap tak pasti kenapa mungkin di sebabkan lokasi yang agak jauh dari bandar ini pun ada satu bar sahaja. Siang tadi banyak benda nak cerita di blog ini tapi malangnya keadaan sebegini mengganggu kerja-kerja saya untuk meng'update blog Perjalanan Seorang Anak Bugis ini.

Pada follower yang baru follow blog ini, saya memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat follow balik blog anda tapi InsyaAllah kalau saya dah keluar daripada perkampungan ini saya akan follow anda balik. Saya dah try untuk follow anda tetapi bila buka blog anda, browser akan mengeluarkan message sebegini " internet blablabla.. plz try again latter blablabla" lebih kurang macam tu lah.

Ok lah, ini sahaja yang dapat saya tulis, user yang visit blog ini di harap luang-luang kan lah masa baca artikel dalam blog ini, kalau rasa berkenang tu jangan lupa tinggalkan komen kat penghujung artikel, lastly ringan-ringan kan lah tekan butang follow.

Baca . Komen . Follow

Saturday, December 18, 2010

Pantang Larang Bugis


Assalamualaikum buat semua warga blog. entry hari ini mahu tulis sedikit pantang larang kaum bugis, kalau dulu saya pergi semenanjung di negeri johor paling banyak kaum bugis tapi sayang seribu kali sayang pertuturan dalam bahasa bugis sudah tenggelam di makan zaman. Kaum bugis kalau di semenanjung di kategorikan sebagai bangsa melayu tetapi lain di sabah serawak kaum bugis tetap di ketegorikan sebagai kaum bugis (semua tu politik).

Friday, December 17, 2010

Hack SMS Orang Lain


Entry hari khas buat orang-orang yang kurang percaya pada kekasih, suami, isteri dan apa-apa yang berkaitan dengannya. Sebelum saya meneruskan penulisan ini di harap agar tidak menyalahgunakan aplikasi tersebut.

Topik Tidak Bertajuk

Perbezaan Antara Kawan dan Kekasih

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Thursday, December 16, 2010

Cara mengembalikan Akaun Facebook Ke Profil Lama

Assalamualaikum tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari. Entry hari ini mahu cerita pasal Facebook, korang semua mesti ada ekaun facebook kan? almaklumlah kalau dulu kita tidak mempunyai akaun facebook terasa kuno sangat diri kita, mana tak nya bila pergi rumah kawan-kawan mesti dia orang tanya "he!! ko ada facebook tak? bak lah email nak add ni" entry ini bukan nak cerita pasal cara-cara buka ekaun facebook ye. hehehe tapi nak tulis sikit cara-cara mengembalikan profile baru fecebook ke profile yang lama.


Tuesday, December 14, 2010

Cara Download Movie Dari Youtue

Masih ramai lagi yang tidak tahu tentang bagaimana cara untuk mendownload video dari youtube. Sebenarnya, ada banyak cara untuk mendownload video dari website youtube ini ke komputer anda. Cara yang paling senang dan tidak memeningkan kepala ialah melalui platform web based. Kedua pula melalui software dan ketiga melalui plugin internet browser.
Satu perkara yang perlu diingat ialah file yang didownload biasanya adalah dalam format flv. Oleh itu, anda perlu ada FLV player diinstall dalam komputer anda untuk memainkan video yang telah didownload dari website YouTube ini.

Friday, December 10, 2010

Dimanakah Amir Bin Jamal





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat blogger, dengan rasa rendah diri di sini saya nak minta sedikit pandangan dan cadangan bagaimana cara untuk saya mencari ayah saya yang sudah lama hilang dan saya pun tak tahu dimana dia berada sekarang. Sudah banyak perkara yang saya buat untuk menjejaki ayah saya tapi sampai sekarang masih belum berhasil.

Harap sahabat boleh memberi sedikit sebanyak cadangan  apa lagi yang perlu saya lakukan agar dapat mencari ayah saya.

Identiti :
Nama Penuh : Amir Bin Jamal.
Umur Sekarang : Lingkungan 45 Tahun.
Tempoh Kehilangan : 20 tahun lalu.
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..