Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Wednesday, February 23, 2011

Sandarkan Pada Kenangan

Assalamualaikum, korang semua sihat tak? harap-harap sihat lah yew. Sekarang ni saya dah tak aktif sangat di dunia blogspot, bukan blogspot je tapi semua laman sosial macam facebook, myspace, rakanku, friendster, netlog dan forum-forum melayu. Hurm..bila kita join laman sosial macam ini banyak benda baru yang kita dapat kan? kawan saya ada yang dah kawin sebab bertemu jodoh di ruangan sosial. Alhamdulillah.

Ok, tadi saya try buka friendster, huh!! rindu rasanya nak menjengguk kawan-kawan di sana tapi malangnya semua kawan-kawan dah tinggalkan friendster (mesti beralih ke facebook punya) macam biasa, dulunya saya di kenali sebagai KucingMalas dan sebelum ini pun blog saya tersenarai sebagai KucingMalas bukan ellang yew.
Member-member selalu post kat status gambar kucing hehe perli lah tu.


Antara gambar yang saya Print Skrin dari Friendster.

Awek jew yang ramai komen status, kalau lelaki tak minat langsung nak komen status lelaki huahuahua.. Saya pun sama juga, nak komen status awek jew kalau status lelaki pandang sebela mata lalalalala..

 
Gambar comot.
Dulu saya tak suka sangat amik gambar ni huhu tak pandai nak drees up, kalau nak tangkap gambar pun kat tempat orang tak ramai macam toilet, dalam kelas masa rehat dll lah :d

 

Bestnya dekat friendster ni kita boleh tukat layout mengikit cita rasa kita, tak lah bosan sangat tengok page member-member kan macam myspace jugak.

 

Member saya kat friendster tak ramai ada 144 orang jew dan mejoritinya adalah awek (Normal lah tu kan sebagai lelaki) Okey kenapa saya boleh tinggalkan friendster? Sebenarnya saya dapat ramai invite agar saya join facebook, saya pun tak tau apa itu facebook? dengan bantuan kawan-kawan akhirnya saya mahir di facebook dan tinggalkan friendster. HuHu..

Antar invite yang saya terima

dan kali terakhirnya saya online di friendster..

Post status kali terakhir 09/06/2009 huhuhu..

okey nk choooouw dulu~

Saturday, February 19, 2011

Our Celcom Our Sale

 Assalamualaikum. fuh!! sudah 4 hari tak update blog dan traffik merudum gila-gila anggaran 20-25 orang jew yang melawat walaikum dekat shoutMix massage banyak di terima, saya tahu itu angkara auto blogwalking. Auto blogwalking ini sebenarnya tak bagi kita apa-apa traffik dan dia orang pula nak traffik lebih. Saya sedang bertunggkus lumus cara cara ban auto blogwalking ni kebanyakannya blog dari indonesia. Siapa tahu caranya boleh lah berkongsi ya.



Okey entry hari ini berkenaan The Sale yang di anjurkan oleh celcom. Saya memang pengguna setia kepada celcom walaupun kadang kala celcom memeningkan kepala saya dengan line broadband yang sengal. Saya ada join peraduan The Sale dimana kita di kehendaki mengumpul token untuk mendapatkan vaucer. Vaucer ini kita akan tukar dekat cawangan celcom dengan hempon. Hempon ini bukan percuma yew, nak bagi pembetulan sikit sebab mungkin ada yang kurang faham dalam tempoh promosi, kita hendaklah mengumpul seberapa banyak token.

Cara mendapatkan token :-
a) Berapa lama kita guna celcom. 1 tahun bersamaan 1 token.
b) Penggunaan kredit. Setiap penggunaan topup RM100 bersamaan 1 token.

Jumlah token terkumpul dan vaucer :-

 

Dibawah ini antara hempon yang di tawarkan.

 


 



Memandangkan saya dah ada hempon blackberry, so target LG Optimus 7sebab hempon ni menggunakan perisian window, lebih kurang macam HTC dengan Dopot. Nokia C3 tu okey jugak tapi warna pink lak huhu. Meh la join reramai.... Untuk maklumat lanjut boleh dail *118# dan pilih nombor 4 iaitu The Sale (untuk pengguna celcom atau layari laman web celcom dan pilih Our Celcom Our Sale. Okey terima kasih kerana menghubungi celcom care line, ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? (Macam operator 1111 celcom lak) C U Latter...

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirohmanirohhim... Assalamualaikum, Hari ini (15/02/2011) kita menyambut Maulidur Rasul. Apa maksud Maulidur Rasul, kenapa pula kena sambut? okey Mualidur Rasul bermaksud hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Entry kali ini sangat pendek berbanding entry lain sebab hari ini exlusif punya entry hehe.. Cuma nak ucap Salam Maulidur Rasul buat semua blogger dan semua umat islam dan semoga hari ini adalah satu platform untuk kita berhijra kepada perubahan yang boleh menjauhkan kita kepada keburukan. Amin...

 
gambar dari google

Mari kita baca sedikit sajak yang bertajuk Muhammad s.a.w kebanggaanku.


Ya Allah ya Rahman ya Rahim
Aku bangga menjadi umat
Muhammad s.a.w
dihormati kawan
dicintai semua makhluk
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Aku bangga menjadi umat
Muhammad s.a.w
Baginda pejuang cita-cita yang berani
tak pernah menyerah
tetapi berhati tawadhu'
mulia dan tabah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Aku Bangga menjadi umat
Muahmmad s.a.w
Baginda seorang jeneral peperangan
terus berjuang
walaupun baginda
sendiri luka-luka berdarah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Aku bangga menjadi umat
Muhammad s.a.w
Baginda pemimpin yang hidup sederhana
Ketua Negara yang tak kenal istana

Sunday, February 13, 2011

Jom Belajar Progaming


Assalamualaikum, korang semua sihat tak? harap-harap sihat lah ye, entry hari ini adalah berkenaan programing, korang mesti sudah biasa dengar kan? ha yang korang selalu buat widget-widget dekat sidebar blog itu namanya script java dan html, dia orang ni adik beradik dengan programing. (huik boleh jadi cekgu tak?)

Okey hari ini kita nak belajar tentang OOP, ha mungking ramai yang belum tahu atau terkeliru dengan apa itu OOP. Okey OOP ni maksudnya pengatucaraan yang sama seperti yang maksud saya C/CC+ dan java dekat atas tadi tu.

Okey daripada program ini kita boleh buat jam, buat aplikasi permainan kanak-kana dan banyak lagi, best tahu belajar programing ni, Ramai yang tanya saya ni grafik designer ker? eh tak lah, cuma ada asas-asas multimedia macam photoshop, photoscape dan lain-lain yew. Saya lebih kepada programing daripada design, setakat ini saya sudah menghasilkan program penempahan tiket bas di terminal kota kinabalu, program milti lavel marketing dan beberapa lagi.

Okey kembali kepada topik tadi, kalau kita nak buat susuatu aplikasi jangan terlalu ikut teori sebenar sebab benda ini senang sangat, apa yang perlu cuma kita pikir secara logik. Sebagai contoh kita nak buat goreng pisang, jadi kita kena ada pisang, tepung, minyak dan macam mana nak goreng? mesti ada kuali dan gas kan? betul tak? macam itu juga lah programing ni.

Okey kita teruskan pembelajaran pertama mengenal objek dalam OOP.

jiranA = new object ();

oh ya sebelum itu, untuk buat sesuatu program kita kena buat dalam bahasa inggeris ok, sebab software tidak detec bahasa melayu. tapi jangan risau senang je.

Di atas itu kita ambil conth sebagai objek, dan kita tambahkan sedikit properti dalam objek tadi.

jiranA.name = "ahmad" ;
jiranA.umur = 29;

so nanti dia akan jadi jiaran A mana dia ahmad dan berumur 29 tahun. kihkihkih, senang kan, macam makan aiskrim. okey kita panjang kan sikit kita punya program.


jiranA.name = "ahmad" ;

jiranA.umur = 29;

jiranB = new object () ;
jiranB = "ellang"
jirangB.umur = 23 ;
jiranB.kegemaran = "aiskrim" ;

dan dia akan keluar dua subjec seperti :-

ahman berjiran dengan ellang, umur ahmad 29 manakala ellang umur 23 dan ellang menggemarkan aiskrim.

ahmad tak ada kegemaran tau sebab kita tak tulis dalam program kita.

okey sampai sini je dulu pembelajaran kita, panjang umur nanti saya ajar yang ladi advance okey. Jangan pening-pening tau..

see u latter :)

Organisasi Maya

 
Kewujudan teknologi rangkaian komputer dan telekomunikasi telah membantu syarikat-syarikat mengkoordinasi keupayaan yang teragih secara geografi kepada Organisasi Maya.
“Collaborative Application” seperti persidangan berasaskan komputer, perkongsian pangkalan data, perkongsian aplikasi, pengurusan aliran kerja, pengurusan projek dan persidangan video boleh digunakan unutk menyokong penggunaan yang teragih bersama-sama.
Sistem kerjasama mewujudkan persekitaran kerja di mana individu dalam oranisasi boleh berinteraksi, mengumpul kemahiran dan berkongsi maklumat serta pengetahuan.

-Definisi Organisasi Maya
Organisasi bermaksud “komponen-komponen yang bertugas (termasuklah komponen manusia dan komponen-komponen lain seperti peralatan dan perkakasan) bagi mencapai sesuatu matlamat.”
Maya bermaksud “ keadaan yang wujud tanpa persekitaran fizikal”
Pentadbiran bermaksud “menjalankan sesuatu urusan berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab”.
Elektronik bermaksud “menggunakan ICT bagi menggantikan kerja yang dilakukan secara manual.”Kolaborasi bermaksud “perkongsian dan kerjasama bagi mencapai sesuatu objektif:
Organisasi Maya membolehkan manusia berhubung di antara satu sama lain tanpa perlu hadir secara fizikal pada satu-satu lokasi dan di hubungkan dengan menggunakan rangkaian komputer.
Organisasi maya juga bermaksud “rangkaian sementara yang terdiri dari syarikat, pembekal, pelanggan dan pekerja yang dihubungkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi, dengan tujuan untuk menghasilkan produk.”

Friday, February 11, 2011

Saya Kah Mat Rempit Yang Ketagih Sex?

Topik lucah ker ni? eh maaf, ini bukan topik semata-mata nak tingkatkan reputasi blog ini cuma sekadar ingin
berkongsi pengalaman sahaja. orang macam saya ni duduk kampung jew dan guna kenderaan harian bermotosikal, memang padan kan? tapi situasi ini sering di salah ertikan oleh sesetengah warga tua, maksud saya orang-orang yang sudah berumur macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik.  Bila gunggang motor tiptop, suara power, tayar sotong dan rim 17 kita akan di labelkan sebagai mat rempit. Mat rempit! yang dorang tahu budak motor, lepas itu melebalkan mat rempit ini seorang yang ketagih sex, 

Request Header Dari ToyolKiut

Assalamualaikum dan selamat petang, terima kasih pada pengerusi majlis, tuan pengetuah dan semua yang ada di sini. Alhamdullilah berkat daripada usia yang panjang, disini kita bersama lagi. Berdirinya saya di sini, sebab tiada kursi dan kalau ada kursi dah tentu saya duduk.  Okey, saya tak nak cakap banyak sebab masa mencemburui kita untuk beramas mesra bersama.

Hari ini nak post ToyolKiut punya header pula, huik sudah beberapa hari tidap post pasal header kan? almaklum lah di sini masih musim hujan, bila hujan line internet faham-faham lah kan.

Saiz header 950x300=72plx.


Okey, saya mahu pergi bagi makan ikan dulu, sudah mahu malam nanti kalau sudah malam mata ikan sudah tidak menengok. berapa banyak sudah dah? hehe.. bubay aLLs..

P/S: entry ini ayat merapuh.. huhu.. apa-apa pun sila tinggalkan komen di bawah :)

Thursday, February 10, 2011

Tips Menjaga Bateri Laptop Agar Tahan Lama

Usia laptop yang semakin lama menyebabkan ketahanan bateri yang tidak kuat dan ada di antara laptop kita sudah tidak boleh on tanpa di charge, wah ini dah jadi personal computer sebab tak boleh on bila tak ada elektrik. laptop saya sudah berusia 3 tahun dan kondisi bateri masih bertahan selama 4.30 jam bila beteri penuh.

Disini saya nak bagi beberapa tips untuk menjaga ketahanan bateri laptop kita agar masih boleh bertahan dengan baik walau pun usia laptop kita lama, tak lah kena ada elektrik baru boleh on. [ayat tunggang terbalik dah ni]

Wednesday, February 9, 2011

Mengembalikan Folder Option Yang Hilang

Assalamualaikum, sedar tak sedar dunia semakin berteknologi, virus komputer semakin menjadi-jadi, mungkin kita pernah terkena folder option dekat tools kita hilang kan? saya lupa nama virus ini tapi yang pasti dia di kategorikan sebagai  brontok. Saya nak ajar korang cara paling senang untuk mengembalikan folder option guna software, korag boleh juga guna run tapi saya tak nak ajar benda susah lagi-lagi korang yang baru dalam bidang komputer ini. Terus download RRT vertion 1.0.4 kemudia install macam biasa dan dia keluar macam ini


pilih pada tools yang ingin di baiki kemudian klik pada Apply. Restat kemputer korang dan lihat halisnya, Komuter korang dah kembali kepada yang normal.

P/S : saya baru jew terkena semalam huhu..

Tekanan Darah Rendah


Tekanan darah rendah atau dikenali sebagai hipotensi adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah. Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.

Nak Bagi Anugerah Dekat ToyolKiut

Assalamualaikum, sekali lagi saya terlambat post entry dan sepatutnya saya post pagi tadi. Okey, okey dan okey kita terus pada apa yang saya nak sampaikan di sini, nak ucap ratusan, ribuan dan jutaan terima kasih pada cik ToyolKiut @ TK sebab rajin komen entry dalam blog ini. Sehubungan dari itu saya berbesar hati nak bagi anugerah.. wah! ini kali pertama ellang Design keluarkan anugerah, anugerah apa? hehe anugerah pengkomen terbanyak dalam blog ellang. Saya pun dah tampal anugerah ini di sidebar blog ellang Design dan link kan ke blog ToyolKiut bertujuan menyenangkan pengunjung blog ellang design terus ke blog ToyolKiut.Rasa macam nak kenal lebih rapat lagi dengan cik ToyolKiun ni. huhu nak kenal ker, nak ngorat? okey dekat bawah ini ada art anugerah untuk ToyolKiut.




ToyolKiut, terima kasih banyak-banyak.. hehe. okey nak out kejap. c u latter.

Monday, February 7, 2011

Request Header Dari ateynBella & Hana Baharom's

Assalamualakum, terus kepada topik utama lah yew, macam biasa ellang dapat request header dari kawan-kawan, kali ini header cik AteynBella dan cik Hana Baharom's. Sebenarnya header ni dah lama siap cuma nak post tu yang lama sebab line asyik sengal je. Semua header sudah siap cuma malam ini saya post dua sahaja dan selebihnya esok malam atau lusa malam bergantung pada line.

Okey header cik Hana Baharom's bersaiz 800x400=72pxl.


Dan dibawah ini header cik AteynBella bersaiz 900x500=72pxl


Tahu juga kan macam mana nak install. Klik bagi besar dulu kemudian save dekat lappy, lepas itu pergi ke blog install macam biasa. okey masa untuk meronda-ronda di alam maya. c u latter ya.. bubye! :)

Sunday, February 6, 2011

Blog Pilihan Malaysia

Assalamualaikum dan selamat petang semua, korang sedang bercinta? atau hidup bahagia bersama suami/isteri anda @ sedang meniti saat-saat bahagia pertunangan anda? okey, korang boleh join segmen dekat Blog Pelihan Malaysia bertajuk ucapan romantik untuk kekanda/adinda.

Saya nak tolong BPM promot segmen dia, asyik promot korang punya blog jew, bila nak promot blog ellang? haha. tak ada lah, gurau jew.

okey dekat bawah ini atara syarat-syaratnya :-

Okey untuk segmen ini ellang kena ban. huik kenapa? sebab ellang tak ada buat hati pengarang jantung, macam mana nak ucap kan hehe. okey, ellang nak gi makan kejap kelaparan sudah ni :)

Saturday, February 5, 2011

Jangan Salahkan Pengunjung Kalau Blog Korang Memang Menghalau Pengunjung Keluar

Uik panjangnya tajuk entry laki ini, macam tak puas hati jew!! eh, maaf lupa bagi salam. Assalamualaikum buat semua kawan-kawan, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan semua lah yang terlibat. Entry ini dah lama nak post cuma malas nak kecoh-kecoh kan.

Maaf sekali lagi, mungkin saya tidak layak menegur blogger-blogger yang lain tapi untuk kebaikan kita bersama, saya cuba juga untuk menegur kesalahan blogger-blogger ini dan walaupun dia blogger lama jangan anggap kamu dah terlalu otai.

Kenapa korang selalu halau pengunjung keluar dari blog korang? macam nama korang menghalau? okey, korang guna No right klik dan menasukkan massage yang bukan-bukan. Ada blogger yang saya jumpa massage dia berbunyi macam ini "herm!! nak copy ek? p mampos la ye :)" wah yang buat ini message lah yang pigi MAMPOS! marah?

Right klik bukan semestinya orang nak copy entry korang, mungkin dia nak buka new tab untuk link lain. Kita manusia di kurniakan akal fikirang, so fikir secara resonal lah, kalau korang takut sangat entry korang kena copy, korang pergi jew laman web protection no copy tu masukkan alamat blog korang than korang boleh tengok dekat situ siapa-siapa yang copy entry korang kan senang.

Bila korang letak No right klik pda blog automatik pengunjung tak dapat buat new tab untuk link lain dan bila pengunjung klik link tersebut maka outomatik pengunjung sudah keluar dari blog korang. Cuba fikir orang lain juga beb. tapi kalau memang korang suka blog korang di tinggalkan macam begitu teruskan lah.

Okey saya nak ajar korang macam mana supaya pengunjung masih berada di blog korang walaupun pengunjung itu membuka link yang ada di blog korang.

Contoh perbezaan link ke blog 01ellang dan link ke blog 02ellang yang ini

Bila korang klik pada 01ellang tu mana pengunjung akan tinggalkan blog korang dan pergi ke blog 01ellang.

Mana kala bila korang klik 02ellang yang ini warna biru kat atas tu maka pengunjung masih berada dalam blog korang dan 02ellang yang ini akan terbuka di new tab secara automatik jadi di sini pengunjung korang tak hilang.

ini kod untuk new tab tadi :-

<a href="http:ellangdesign.blogspot.com">01ellang </a>

cuma tambah "target="new" di hujung url ellangdesign.blogspot.com

Contoh :-

<a href="http://ellangdesign.blogspot.com"target="new">02ellang yang ini </a>

Okey, sapa nak tingkatkan pengunjung blog blog ikut cara yang ellang buat ni, pada yang tak nak ikut terpulang pada diri sendiri. Saya cuma betulkan kesalahan yang di buat. Lastly, ilmu untuk di kongsi bukan untuk di simpang :)

Friday, February 4, 2011

Baru Belajar Tangkap Gambar

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia dan indonesia. Hari tu saya ada pergi air terjun ikut family dan try tangkap gambar menggunakkan nikon C L100. Gambar dekat bawah ni semua guna setting permandangan original + flash. Saya tak nak edit biar korang tengok sendiri cantik ke tak guna nikon C L110, tapi kalau saya edit guna photoshop ni comform boleh tipu cakap guna nikon D3000 :)








Pencarian Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011 Di 2DayBlogger


Assalaualaikum [x jawab dosa] Tadi time blogwalking ada kawan ajak join kontest Pencarian blog tarcantik 2011 di blog encik 2DayBlogger. Tertanya-tanya dalam hati, cantik ker blog ini yew? template macam denosour nak bersalin jew huhu, boleh dapat ker antara yang 10 tercantik? banyak blog malaysia cantik-cantik. Tapi tak apa lah kan memang adat permainan yang kuat menang yang tak kuat tuh terima jew lah kekalahan yew. eh sapa cakap adat permainan macam tu? nama tau rezeki yang kecik tu menang, mana lah tau time-time perjawanan tu si besar sakit perut? ha? kan.. apa yang kan? huhu.. 

Okey saya try join juga, kontest ini kena undi juga nanti jadi meh ramai-ramai undi blog ellang Design ni supaya dapat tersenarai 10 blog tercantik 2011. saya undi saya belanja KFC. tapi orang-orang area sandakan jak lah ye.. sandakan sabah sebab senang nak ajak kuar kalau jauh alamatnya tak dapat belanja lah yew.. :p

Korang..korang dan korang boleh join kontest ni, blog tak cantik pun tak ape, suppot kawan bah.. kita kan 1 malaysia.. hehe jadi en 2DayBlogger pun kawan kita kan? hohoho.. korang boleh jenguk-jenguk syarat kontest ni dekat blog 2DayBlogger.

Nota kakitangan : ayat di atas bercampur deang bahasa sabah. jadi jangan pening-pening.. kalau tak faham abaikan je :p

Thursday, February 3, 2011

ellang Design Hak Milik Sepenuhnya Oleh ellang

Assalamualaikum. sudah 3 hari tak berblogwalking, trafik memang merudum gila sampai hilang akal huhu. Blogwalking jew nyawa untuk blog ini, tak apa lah lepas ni boleh buat aktiviti blogwalking. Herm.. tengok topik tak? hehe.. cuma nak bagi tau blog ellang Design dah jadi hak milik kekal oleh ellang.

Template biru yang tak seberapa cantik ini di buat oleh ellang sendiri dan bantuan dari yahoo dan google.
kalau sebelum ini ellang guna template percuma dari blogger, ini bermakna ellang masih menumpang dengan blogger kira macam perkongsian lah kot hehe.

Hari ini ellang dah tak kongsi dengan blogger lagi sebab semua design dalam blog ini adalah hak milik ellang. eh.. kejap..kejap.. masih menumpang lagi, tumpang domain blogspot huhu. tak pe nanti ada duit nak beli domain sendiri baru lah nampak macam profesional kan?

okey. pokok pangkalnya yang paling penting dekat footer bawah tu ada tulis copyright and design by ellang dan itu menandakan blog ini milik ellang, kalau dulu tulis design by ellang, powered by blogger kan? ha.. makanya  blog kita berkongsi dengan blogger huhu.

okey [berapa banyak okey dah?] nak buat sesi lawatan blog ke blog pulak.

daaaaa... c u latter :p

Wednesday, February 2, 2011

Request Header Dari Gilang Fatwa Community

Assalamualaikum, okey-okey terus pada topic utama sebab tuan punya header dan 3 kali tanya bila header dia nak siap. Sebenarnya header ini dah siap 3 hari lepas tapi memandangkan line interner rumah saya ada masalah sikit mungkin disebabkan hujan, Jadi saya minta maaf banyak-banyak sebab lambat post header untuk Gilang Fatwa Community. Saya dah tinjau blog Gilang ni ada 1 masalah yang saya hadapi iaitu template blog ni menggunakan header background jadi saya mengambil keputusan untuk cut background bahagiah header dan ubah sikit-sikit sebab kalau nak di ikut ni kena buat sekali dengan background. Sebelum ni saya memang tak pernah lagi buat background takut salah pula kan. okey dekat bawa ni header yang saya buat bersaiz 990x160=72pxl.

 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXPelgENEIIr-FoQbMnZNH2TzS0-nJBvKVKdk5DkcRZ-Dz68tza18244wXtFvCFAlChBGUEQPkpU0jAu-C0n53NOggexkQGTOkDMKzpT0bJ3v2CBOhEWXbWx0x5e7fhq2K9efmEwCTfhOH/s640/gilangfatwa_header.png

Okey saya nak out dulu, nak gi cari awek haha.. bubay...

Kesinambungan Metafora


Assalamualaikum buat semua, Sudah 3 hari tidak update entry baru. Selesema melanda, yelah musim hujan ni kan banyak penyakit datang yang tidak di undang. Sebenarnya saya tidak ada idea nak tulis apa hari ini cuma memunaikan syarat jew lah kan. Saya ada dapat message dekat shoutMix chat tu tentang pertanyaan ellang Design ni lelaki ker perempuan? Saya rasa banyak dah gambar saya letak dalam blog ni kat kan tak tahu lagi huhu. Saya lelaki lah, tak pernah lagi tukar jantina ke wanita. Mungkin dia baru pertama kali masuk sini kot, itu yang dia tanya tu.

Nak tulis apa lagi ni? huik ketandusan adie betul hari ini. kejap lagi nak format komputer adik tapi driver banyak kurang CD microsoft pun tak tau pergi mana, dia balik kampung kot. Hari tu letak dalam kotak tapi tadi tengok dah tak ada.

Tadi buka stor ada tiga biji komputer tak guna pentium 3 dan 4 dah berkarat-karat dah. sayang oh.. ingat nak jual tapi lagi sayang kalau jual, tak ada untuk santapan mata bila dah tua nanti dan ada 1 laptop compaq tak guna, laptop lama pentium 3 juga, ha yang ini bole derma dekat anak-anak yantim piatu.

Seharian ini layan PS2 sebab line sengat tahap siput nak gi jumpa awek dia, eh siput pun pandai bercinta tau bukan manusia jew (apa yang si ellang merepek ni) nak layan gitar suara tak sedap almaklumlah selesema, kalau tak, suara bon jovi pun kalah (poyo jew si ellang ni). okey lah, nak buat sesi lawatan ke blog kawan-kawan pula sebelum turun bawa baiki komputer adik.

 
Gambar membuktikan yang ellang lelaki ^-^

Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..