Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Thursday, March 3, 2011

Muskil Tentang Ikan Kelah

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog, macam biasa lama tak update blog. ok entry kali ini berkenaan ikan kelah. Apa itu ikan kelah? saya pun tak tahu huhu..

Sebenarnya di sini saya nak minta sedikit pandangan sama ada ikan yang dekat bawah ini ada lah ikan kelah atau bukan sebab saya tengok dengat internet ada bermacam-masam spesis ikan yang seakan-akan dengan ikan kelah, ada juga artikel yang mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu tidak mahir tentang kelah dia menganggap semua ikan jenis ikan kelah.

Ikan ini saya bela beberapa bulan lalu, saya pancing dekat sungai dalam hutan dan saya dapati ikan ini semakin banyak dekat kolam. Ini bermakna ikan-ikan saya saya letak dalam kolam tu telah bertelur.

Antara gambar yang saya dapat tangkap.

 
Seekor berwarna kehijauan dan mempunyai garisan warna yang cantik di tengah-tengan badan dan sirip berwarna coklat manakala yang seekor itu berwarna silver dan sirip berwarna kemerahan.

 
Warna kuning keemasan dan garisan tengah badan berwarna kekuningan, sirip warna puti melainkan ekor yang berwarna merah. Bibir ikan ini pendek sikit berbanding yang di atas tadi dan misai panjang.

 
Pandangan daripada bawah ikan.


Ada juga di antara anaknya mempunyai warna tompok-tompok hitam seperti tompok ikan flower horn dan ada juga yang keseluruhan badan berwarna silver.

Jadi, disini saya harap kawan-kawan boleh membantu saya dan tinggalkan komen dekat bawah sama ada ikan ini ikan kelah atau bukan. Pertolongan anda sangat-sangat saya harapkan. Terima Kasih.

P/S : sesiapa nak ikan ini boleh datang rumah saya ambil yew, cantik di buat ikan hiasan yang di letakkan di dalam akuarium kerana sisiknya yang berkilau, goreng pun sedap sebab kurang tulang.. huhu..

Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..