Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Wednesday, November 24, 2010

Papa Pulanglah Aku Merindui Mu

Pa, sudah 20 tahun papa tidak melihat kami disini, Bagaimana keadaan papa sekarang? Apa khabar makcik yang papa sayang itu? Adakah udara di sana begitu nyaman sehingga papa lupa akan kami di sini.
Pa, Semenjak 20 tahun lalu iaitu terakhir kami melihat papa dan sekali gus memisahkan ikatan papa dan mama. Papa tidak pernah mengunjungi kami disini tempat isteri dan anak-anak papa membesar disini.
Pa, apa dosa kami sehingga bigini nasib yang kami alami? Apakah dosa mama sehingga tergamak papa meninggalkannya?


Pa,tahukah papa bahawa cinta mama terhadap papa begitu suci di hati mama, meskipun papa menganggap mama ibarat bunga segar di pakai layu di buang, mama tetap tabah menghadapinya alaupun hakikatnya terlalu pahit baginya. Mama tidak pernah makan hati berulamkan jantung. Malah mama tidak pernah memburuk-burukkan papa. mama masih setia dengan cintanya pada papa walau pun ada beberapa orang yang ingin melamarnya.

Bumi mana yang tidak pernah di timpa hujan, lautan mana yang bergelora dan bahtera mana yang tidak pernah menempah gelombang ombak. Begitu la anggapan mama anggapan kami jau terhadap papa.
Pa, walaupun sudah lama kita terpisah namun, rindu kami tetap tak rapuh dari ingatan.
Pa, datang lah kenguk kami, kesian adik tak pernah lihat wajah papa. dia dah besar sekarang pa, kecian adik tak pernah merasakan kasih sayang papa. Pa, saya anak mu merayu pulang lah ke sini. rindu kami pada papa mencakar ingatan yang tidak bertepi. datang la pa, selagi masa masih ada. Sebelum Tuhan mengizinkan duri malam menjelma, sebelum kematian menjemput kami.

Pa, pintu hati kami terbentang luas menanti kepulangan papa. Pa, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua, begitu tinggi harapan kami terhadap papa, kami sedar bahawa papa lebih mengayangi makcik di sana tapi papa tidak seharusnya berkemudik di haluan. Pulang la papa meskipun seketika cuma. Pa, tidakkah papa teringin melihat anank-anak papa yang dah besar disini. pa, andai papa mendengar coretan ini, pulang lah pa. kami setia menunggu kepulangan papa di sini walaupun kepulangan itu hanya sementara cuma.

Pada sahabat yang menemukan papa ku Amir Bin Jamal boleh lah menghubungi aku di email skymobileirc@yahoo.com.my  atau msg di inbox facebook ku.

Artikel yang berkaitan



7 comments:

  1. nak jugak cari papa ye..
    kalau akak jangan harap le nak cari..
    rsa nak balik.balik la..
    tak nak balik sudah..
    kami pun tak harap..

    ReplyDelete
  2. Kak Diana.. hehe seteruk mana pun dia.. Dia tetap papa, Tetap darah daging kita =)

    ReplyDelete
  3. semoga mereka akan dipertemukan jua kelak... walau apa pun terjadi hubungan kekeluarga antara mereka tidak akan terputus... setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.............

    ReplyDelete
  4. salam..

    amy just follow ur blog.. salam kenal dan jemput ke sinar raudah ye..

    ReplyDelete
  5. doa banyak2 moga dibukakn pintu hati papa...
    semoga bertemu jua kalian hendaknye..
    insyaALLAH..

    ReplyDelete
  6. betul betul doa byk byk ehhh
    okey nyerr=)

    ReplyDelete

Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..