Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Wednesday, November 10, 2010

Fasha Sandha Kena Rogol

Slot Akasia : Chinta

Teraju utama drama Chinta TV3 yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min. Nampaknya watak Fasha Sandha cukup mencabar sepanjang kariernya sebagai pelakon. Saya sebenarnya tak lah minat sangat pada Dasha Sandha ni tapi di sebabkan jalan cerita China membuatkan saya terus follow drama ni.
Chinta yang di besarkan sebagai gadis kampung berimejkan tudung ala-ala budak kampung. Cintanya pada Fikri setia bagai air di cincang tak kan putus walaupun Fikri belajar di luar negara, jarak jauh tak pernah menggoyah kan cinta mereka "Jauh di mata, dekat di hati lah tu".

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan perhubungan Fakri yang mencintai Chinta. Dalam diam Mustika mencintai Fakri. ("pastu si Fikri pulak rogol si cinta, ni kisah cinta ker kisa Fasha Sandha kena rogol?")

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya dan dia mula mempersoalkan nasibnya bahawa Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki lalu meninggalkan Fakri dan keluarganya tanpa amaran. Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

korang try lah tengo drama ni di TV3 setiap isnin hingga jumaat jam 6:30 petang.

Artikel yang berkaitan



6 comments:

  1. saya tengok citer ni...
    memang best..tak miss pun...
    saya jarang tengok citer....sebab banyak meleret...tapi citer ni lain sikit....esok dah ending...sedihnya...

    ReplyDelete
  2. hehehe sok die kawin ngn chinta.. :| wah masuk syurga la istri die mengizinkan suami dia kawin lgi hehehe... selamat menonton ya (wah mcm pengarah filem lak)

    ReplyDelete
  3. hehehe iQ jauh: pengarah tu bubuh tajuk Chinta patutnye bubuh tajuk kat atas nih huhu =))

    ReplyDelete
  4. tak berminat tgk lakonan Fasha Sandha. haha

    ReplyDelete
  5. hehehe FaeZah: sama la kita, pun x suke Fasha.. ceritanye jew best :-t

    ReplyDelete

Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..