Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Sunday, November 7, 2010

Khas buat orang yang dalam bercinta

1. Setiap kali anda bangun tidur time pagi anda terus teringatkannya.

2. Setiap kali telefon berdering, setiap kali itulah anda berharap dia yang memanggil... 

3. Anda terlalu memikirkan tentang si dia yang sudah jauh pergi, setiap hari, setiap masa. Lupakanlah orang yang tak sudi. Sudah tiba masanya anda memikirkan tentang masa depan emosi anda yang bercelaru itu.

4. Anda tak henti-henti bercakap mengenai bekas kekasih anda, tidak kiralah..yang baik atau yang buruk tentang perangai dan perihal si dia. Kasihanilah orang yang terpaksa mendengar cerita basi anda itu! Jangan jadikan bekas kekasih anda sebagai topik perbualan

5. Surat, hadiah, nota, SMS, gambar...mengingatkan anda memori bersama si dia. Bagi insan yang lemah emosi seperti anda, jangan simpan lagi apa-apa sahaja benda yang boleh mengingatkan anda kepadanya. Sebaik-baiknya, simpan semua surat, gambar atau hadiah pemberiannya ke dalam kotak dan sorok jauh-jauh! 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan senang nak melupakan kekasih lama yg amat disayangi tapi sampai bila nak megenang org yang dah pergi meninggalkan kita tanpa menoleh walaupun seketika. Memang senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. But why not we try, untuk melupakannya & menerima cinta baru yg mungkin lebih baik dari dulu. Kalau tak cuba mana tahukan?

So, hari ni saya nak berkongsi tips untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila…

Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.



Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.


Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.


Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan


Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan.
Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.


Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.


Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.


Eh bukan bulan madu ye, nanti dah kawin baru bulan madu huhu... Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan?

 ***********************************
Nota Kaki : Saya pun sebenarnya baru 2 bulan putus cinta ekekeke... Jadi sama2 lah kita cari pengganti
yang lebih baik dari yang terdahulu. Amin.
Kalau ada nak komen.. Komen jew.. =)

Artikel yang berkaitan



6 comments:

  1. hOh .. susah sbnarnya mo lupa ;(

    lebih2 lgi lau hubgn tu cecah 5,6thn .. hoho T_T

    ReplyDelete
  2. aQ.&.Putera Q: hahaha da kat pikiran tu pikir "SUSAH" mmg la susah. jap lagi saya HigLight "KUMBABG BUKAN SEEKAR ft BUNGAN BUKAN SEJAMBAK" saya pon dlu 5 thn gak bcinta tapi sampai bila nk ingat org yg x ingat kt kita kan3x.. cari je ya lain yg lagi baik punya.

    ReplyDelete
  3. sesuatu perkara sama yg dilakukan ngn psgn baru xkan sama ngn pe yg pernah berlaku 1 masa dulu bersama dia ..bila da kehilangan baru tersedar dek mimpi. kdg2 mengharapkan yg lebih baik dr yg dpn mata, tp bila x bersama lg baru rasa sakit terhantuk kpla kat batu...baru sedar yg dulu adalah YG TERBEK!!
    kalo dpt undur masa, aku xnak wat kesilapan dlm percaturan hidup kerna aku kini menyesal ngn percaturan idup yg aku caturkan sendiri..dia x mungkin akan kembali lg..

    ReplyDelete
  4. sangat suka entri ini!! teapt 100 peratus sbb sdg mengalaminya... *sigh*

    ReplyDelete
  5. Adylia: betul jgak tu tapi sampai bila kamu masih mengharapkan kepulangannya? Jangan pandang kebelakan dan jdi kn kesilapan dahulu sbgai pengajaran. Jgn putus asa dgn kehidupan mungkin semua tu ada hikmah, Tuhan sentiasa menjanji kn yg terbaik utk kita.
    ------------------------------------------------

    Qa: sama la kita. apa2 pun do the best ya :)

    ReplyDelete
  6. tp kita kena la fikitkan ape yg kita da lakukan...selalunya lelaki x pernah menghargai..tetapi mahu dihargai..apa la maksudnya tu...

    ReplyDelete

Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..