Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Sunday, February 13, 2011

Organisasi Maya

 
Kewujudan teknologi rangkaian komputer dan telekomunikasi telah membantu syarikat-syarikat mengkoordinasi keupayaan yang teragih secara geografi kepada Organisasi Maya.
“Collaborative Application” seperti persidangan berasaskan komputer, perkongsian pangkalan data, perkongsian aplikasi, pengurusan aliran kerja, pengurusan projek dan persidangan video boleh digunakan unutk menyokong penggunaan yang teragih bersama-sama.
Sistem kerjasama mewujudkan persekitaran kerja di mana individu dalam oranisasi boleh berinteraksi, mengumpul kemahiran dan berkongsi maklumat serta pengetahuan.

-Definisi Organisasi Maya
Organisasi bermaksud “komponen-komponen yang bertugas (termasuklah komponen manusia dan komponen-komponen lain seperti peralatan dan perkakasan) bagi mencapai sesuatu matlamat.”
Maya bermaksud “ keadaan yang wujud tanpa persekitaran fizikal”
Pentadbiran bermaksud “menjalankan sesuatu urusan berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab”.
Elektronik bermaksud “menggunakan ICT bagi menggantikan kerja yang dilakukan secara manual.”Kolaborasi bermaksud “perkongsian dan kerjasama bagi mencapai sesuatu objektif:
Organisasi Maya membolehkan manusia berhubung di antara satu sama lain tanpa perlu hadir secara fizikal pada satu-satu lokasi dan di hubungkan dengan menggunakan rangkaian komputer.
Organisasi maya juga bermaksud “rangkaian sementara yang terdiri dari syarikat, pembekal, pelanggan dan pekerja yang dihubungkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi, dengan tujuan untuk menghasilkan produk.”

Dua contoh perisian yang berkonsepkan organisasi maya adalah:
1. MS NetMeeting
2. Lotus Notes

Sebab-sebab Pembentukan Organisasi Maya
1) Dapat memudahkan urusan. (lebih mesra pengguna)
2) Memastikan semua urusan dapat ditakbir dengan lancar dan berkesan.
3) Memastikan semua urusan dapat dicapai dengan lebih cepat dan tepat.
4) Dapat memudahkan kawalan (control).5) Dapat mempertingkatkan mutu (kualiti) dan produktiviti kerja.

Langkah-langkah Pembentukan Organisasi Maya§- Perolehan peralatan
§- Pemasangan
§- Latihan
§- Penyelenggaraan
§- Promosi dan kempen kesedaran

Kepentingan Pentadbiran Elektronik kepada warga organisasi.
1) Mudah
2) Cepat
3) Menjimatkan kos
4) Menjimatkan sumber
5) Dapat tingkatkan kualiti dan produktiviti


Kelemahan Pentadbiran Elektronik1) Keselamatan
2) Kesukaran untuk berkongsi
3) Lebih percaya kepada sistem manual
4) Takut hak mereka di ambil alih oleh ICT
5) Susah untuk mencuba sesuatu yang baru


Cara mengatasi kelemahan
1) Tingkatkan pengetahuan tentang keselamatan
2) Galakkan kepentingan perkongsian
3) Beri latihan
4) Kempen kesedaran
5) Wujudkan kepentingan kepada pembaharuan

Struktur Maya
Pasukan Maya (Virtual Team)
Peranan pasukan maya adalah perlu dan individu yang di pilih adalah berdasarkan kepada

♥Makmal Maya (virtual laboratory (collaboratories)
Peserta-peserta adalah terdiri daripada pakar-pakar yang dipanggil untuk menyumbang kepada satu projek dimana

♥Pejabat Maya (Virtual office)
Peranan pejabat diperuntukkan kepada individu yang dipanggil untuk menjalankan

♥Kedai Maya (Virtual shops)
Produk kedai berubah dengan cepat dengan adanya pembekal yang menjadi pusat membeli-belah

♥Organisasi Maya (Virtual organization)
Keseluruhan organisasi adalah maya.

Ciri–ciri Organisasi Maya
1)Organisasi maya adalah bersifat global
2)Perkongsian sumber dan kemahiran
3)Penggunaan ICT dalam sebarang urusniaga
4)Pakatan untuk mencapai matlamat bersama
5)Integrasi Menegak

Kebaikan Organisasi Maya 1) Menambah kelebihan untuk berdaya saing
2) Lebih fleksible
3) Lebih responsive terhadap pasaran
4) Mempertingkatkan komunikasi dan kawalan dalaman
5) Mempertingkatkan perkhidmatan pelanggan6) Kos yang rendah

Keburukan Organisasi Maya 1) Budaya kerja setempat
Dalam organisasi maya, bekerja merentasi budaya adalah merupakan satu cabaran yang besar.
Adalah sukar bagi mana-mana pekerja bekerja bersama rakan yang berlainan negara, bangsa, agama, dan sebagainya.
Ini adalah kerana setiap budaya mempunyai cara, bentuk, pemikiran, dan pendekatan yang berbeza-beza.
2) Kos yang tinggi dalam sesuatu aspek
3) Kurang kepercayaan dan penghormatan
4) Undang-undang kurang diperketatkan

Salah Tanggap Terhadap Organisasi Maya1. Syarikat berasaskan Internet
Organisasi yang menggunakan internet untuk menjual produk tidak dianggap salah satu contoh organisasi maya kerana tiada persepakatan dan perkongsian kerja di antara pekerja wujud.
Syarikat yang menjual barangan dan perkhidmatan di internet adalah sebuah syarikat yang dikenali sebagai ‘teleshopping” atau “e-marketing”
2. Persekitaran Transaksi ElektronikSetiap organisasi yang berhubungan antara satu sama lain hanya untuk pertukaran maklumat sahaja tetapi tidak melibatkan perkongsian sumber tidak dianggap sebagai organisasi maya

Artikel yang berkaitan



1 comment:

  1. mula2 baca kan..
    bila sebut organisasi maya ni..
    cam pertubuhan haram je..
    haha..
    payah jg ye nk paham bahasa IT ni..

    ReplyDelete

Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..