Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Wednesday, November 10, 2010

Saya Suka / Tak Suka Blog Yang??

 KucingMalas


Assalamualaikum. Hari ini enrty saya "Senggal" sikit bukan nak mengutuk tapi sekadar panduan kita bersama dan entry ini untuk saya sendiri, tiada kena mengenah nak menjatuhkan mana-mana pihak.

Saja selalu buat blogwalking, Wah banyaknya blog cantik-cantik. Disini saya nak listkan blog yang saya "TAK SUKA" dan yang "SAYA SUKA"

-> Tak Suka:
1- blog yang meletakkan muzik - memang best bg sesetengah orang tapi yang masa saya ni dah lah musik kat laptop on pastu buka blog yang ada musiz jadi bercelaru dah muzik saya. Laju mejayu dah jadi lagu korea pulak jadi untuk mengelakkan jadi benda ni saya terus close "X" blog yang ada muzik tadi sampai tak sempat nak follow dan tinggalkan jejak. Maaf ya.

2- Loding page terlalu berat - ini lagi sampai setengah jam tunggu pun tak terbuka huhu hilang mood saya nak teruskan jelajah blogwalking terus close "X" blog tu.

3- Rasanya itu dua jew kot.

-> Saya Suka:
1- Blog yang berwarna-warni - haha kalau jumpa blog ni macam sayang lak nak close "X"

2- Banyak Fakta dan tutorial - kalau jumpa blog ini kengkadang sampai berjam-jam lah kat situ sampai habis semua antry di baca. Saya sentiasa mencari sesuatu yang mendatangkan faedah.

3- Blog yang merapu - Hahaha tahniah pada orang-orang yang merapu kat blog dorang buat saya nak campak laptop ini ke longkang hahaha.

Fasha Sandha Kena Rogol

Slot Akasia : Chinta

Teraju utama drama Chinta TV3 yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min. Nampaknya watak Fasha Sandha cukup mencabar sepanjang kariernya sebagai pelakon. Saya sebenarnya tak lah minat sangat pada Dasha Sandha ni tapi di sebabkan jalan cerita China membuatkan saya terus follow drama ni.

Monday, November 8, 2010

Saya Dan Kenangan

Assalamualaikum warga bloger dan warga reader. Alhamdullilah atas kurnia Allah, keizinan rahmatnya saya dapat menulis dan sekali gus update blog ini lagi. Semalam saya duk kemas-kemas bilik bersihkan sana sini (Kerajinan melanda diriku) terjumpa lak gambar lama-lama, gambar masa budak ingusan lagi hahaha lawak jew kalau di tengok nak di bandingkan sejaran memang jauh berbeza. Kalau dulu tak kisah pun pakai baju besar tu sampai lutut dan guna kasih besar haha macam badut pulak. Sekarang?? perh dresing tak keluar jalan lah kalau tak ada baju yang sesuai untuk keluar huhu. di bawah ni antara gambar masa saya darjah 6 ft budak darjah 5 buat lawatan sambil belajar di porim kota kinabalu.

Subjek: saya.
 Subjek: jib, juda', (saya lupa mana orang yg di tengah tu) dan rabe'

Subjek (dari depan sebelah kanan)
Bryan, ambo', jib,
(belakan sebelah kanan) Zul, asok, jan, saya.

Subjek: saya. yang di belakang baju putih tu bryan,
yang budak kecik pakai baju adidas yang comel tu nama
jibrill.. wahh!! nama malaikat beb!! tapi kami panggil jib jew lagi macho.

Subjek: Fatma, saya.huik ada lagi c jib ngn bryan di blakang hahaha

Subjek: jib. Fee wiet!! pengan bunga beb haha macam cerita romeo & juliet lak.

Subjek (depan sebelah kanan): Jib, saya, (saya lupa nama budak baju putih tu)
(belakang dari kanan) bryan, asok (kuang ajo tul, kaki tu! :@) jan (haha xda kepala)

Subjek (dari depan): Ambo', jib, (lupa nama), saya, Arafah, jan dan Zul

Subjek: Saya dan Jib

Subjek: Saya dan jan

Subjek (dari depan): Bryan, Cikgu Fitri, jib, jan dan Zul (tangan macam superman terbar haha)

Subjek (dari dakan): Suriani, Fatmawati, Judaini (juda') dan Murni (ni sepupu saya,)

Ha ni time nak balik dah ni. Amik gambar ramai2, 
saya tak ada dalam ni sebab saya tukang amil gambar hehe.

********************************************
Nota Kaki: Kalau member2 yang ada muka dia dlm ni nak amik tolong "KLIK" gambar tu dulu bagi besar pastu "Save Picture As" -> save kat komputer korang pastu back untuk ambil gambar yang lain. =)
(apa2 hal sila tinggalkan komen d bawah ni)
********************************************

Sunday, November 7, 2010

Khas buat orang yang dalam bercinta

1. Setiap kali anda bangun tidur time pagi anda terus teringatkannya.

2. Setiap kali telefon berdering, setiap kali itulah anda berharap dia yang memanggil... 

3. Anda terlalu memikirkan tentang si dia yang sudah jauh pergi, setiap hari, setiap masa. Lupakanlah orang yang tak sudi. Sudah tiba masanya anda memikirkan tentang masa depan emosi anda yang bercelaru itu.

4. Anda tak henti-henti bercakap mengenai bekas kekasih anda, tidak kiralah..yang baik atau yang buruk tentang perangai dan perihal si dia. Kasihanilah orang yang terpaksa mendengar cerita basi anda itu! Jangan jadikan bekas kekasih anda sebagai topik perbualan

5. Surat, hadiah, nota, SMS, gambar...mengingatkan anda memori bersama si dia. Bagi insan yang lemah emosi seperti anda, jangan simpan lagi apa-apa sahaja benda yang boleh mengingatkan anda kepadanya. Sebaik-baiknya, simpan semua surat, gambar atau hadiah pemberiannya ke dalam kotak dan sorok jauh-jauh! 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan senang nak melupakan kekasih lama yg amat disayangi tapi sampai bila nak megenang org yang dah pergi meninggalkan kita tanpa menoleh walaupun seketika. Memang senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. But why not we try, untuk melupakannya & menerima cinta baru yg mungkin lebih baik dari dulu. Kalau tak cuba mana tahukan?

So, hari ni saya nak berkongsi tips untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila…

Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.



Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.


Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.


Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan


Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan.
Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.


Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.


Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.


Eh bukan bulan madu ye, nanti dah kawin baru bulan madu huhu... Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan?

 ***********************************
Nota Kaki : Saya pun sebenarnya baru 2 bulan putus cinta ekekeke... Jadi sama2 lah kita cari pengganti
yang lebih baik dari yang terdahulu. Amin.
Kalau ada nak komen.. Komen jew.. =)

Saturday, November 6, 2010

SuaraPeople[Dot]Com sangat Gempak


“Kontest Tulis & Menang adalah Sponsor By:

          Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua bloger Malaysia, bloger-bloger tegar, bloger-bloger kurang tegar, bloger-bloger tak tegar dan pada semua yang terlibat dan terbaik dari ladang. Saya kategori bloger kurang tegar hehe banyak juga blog yang saya buat tapi tak ada yang berhasil harap-harapa yang ini akan berhasil sebab daripada tinjauan ramai kawan-kawan yang beri sokongan secara langsung dan bukan secara langsung maksud saya bukan secara langsung ni kawan-kawan yang duk komen dan tinggalkan massage dan follow itu pun antara penyebab blog ini masih lagi berharap itu hidup. Saya teringat satu kata kawan bloger ini dia cakap "Kalau engko nak blog engko ada pengunjung, engko kena la kunjung blog orang lain jugak, cari maklumat yang bermanfaat dan kaji apa yang dorang tulis, lagi satu engko jangan malas-malas nak renovate kata orang melayu "Ubahsuai" blog engko. Orang suka yang unit" macam cerita lain dari yang lain lah ni. Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis saya buat simple je, saya tak nak nanti loding page dia berat dan membuatkan korang bosan tertunggu-tunggu.
Jadi mula hari tu saya pun duk seach kata orang melayu mencari "Mencari sesuatu yang hilang" hehehe.

        Tiba-tiba saya terbuka blog SuaraPeople dorang duk buat satu kontest bertajuk "Anda tulis, Anda menang" baca..baca..dan terus membaca..oh rupanya ada hadiah antaranya ditempat pertama wang tunai RM150, kedua RM100 dan ketiga RM50 wauoooo!! memang gempak lah macam ni. Korang try je lah bukan mati pun kalau tak terpilih jadi pemenang. Saya join Kontest ni sebab pertama nak sebarkan SuaraPeople[Dot]Com punya blog sekurang-kurangnya kalau korang tak pernah lagi pergi ke blog mereka dari sini pun korang tahu "ada rupanya blog SuaraPeople dan Gempak[Dot]Com" Kedua sebab dorang ni orang melayu. Ha!! ni yang paling saya banggakan, bak kata mak saya "kita kena tolong orang melayu" sebab melayu takkan padam di mata dunia dan jangan lah jadi "kawan makan kawan" jangan jatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Ketiga mereka dari golongan orang malaysia macam dalam iklan TV3 "Kita anak malaysia" korang tak rasa bangga ke kalau ada blog-blog macam blog SuaraPeople dan Gempak[Dot]Com dari malaysia ni terkenal di merata dunia. Perhh!! syabah lah kat SuaraPeople dan Gempak[Dot]Com. 

        Ini kontest yang saya pertengahkan untuk SuaraPeople dan Gempak[Dot]Com dimana kesenian dan icon-icon yang boleh di gunakan di blog mereka.

1) Bunner 400x100 pixes/inci 

2)  Intro 800x600 pixes/inci

 P/S sesetengah pic belum saya uplode. So kalau korang nak join Kontest ni KLIK SINI <- SuaraPeople




Gagal Login nuffnang

Dah beberapa kali cuba untuk log masuk di nuffnang tapi gagal. saya masih gagal untuk terima email pengesahan nuffnang, kenapa lama sangat dia nak hantar sedangkan dalam sistem dorang akaun saya dah aktif. Bila login dia akan keluarkan massage:

Log Masuk Gagal!

Cubaan log masuk anda tidak berjaya, mungkin disebabkan e-mel atau kata laluan yang diberikan tidak sah.
Sila cuba lagi.
 Bila saya cuba untuk create akaun semula dia bagi massage macam gambar di atas.

Lagi Pasal Nuffnang

Salam pada semua bloger-bloger malaysia, Semalam saya ada mengemukakan pasal nuffnang dan banyak respon dari kawan untuk tolong saya pasal benda ni terima kasih pada yang bagi komen kat bawah tu tak lupa jugak pada yang hantaar hantar email nak terangkan benda nuffnang ni. Termenung seketika lihat email yang banyak di hantar dalam hati berkata "dari apa yang saya lihat di email ni secara tidak langsung bloger-bloger ni semua baik hati". Kenapa? ye lah sebab sanggup terangkan benda-benda remeh ni pada saya walhal dorang bukan tahu kenal pun siapa saya. Mungkin sebab hubungan sahabat dalam blog kot dorang tolong dan nampak sangat dorang ni tak kedekut ilmu pengetahuaan. Semoga Allah sentiasa limpahkan rahmat dari ilmu korang. partama nak ucap terima kasih pada Faiz tapit yang sanggup resent banyak-banyak email nak terangkan lebih lanjut pasal nuffnang hehe thank bro. lepastu pada YatieOwner, e1-Tribe, CikguFiq, GKSB, terima kasih jgak ya. Tak lupa jugak c zty,  Touya hehe walaupun tak berapa tau tapi tolong terangkan jugak.

Saya nak cakap sikit lagi pasal nuffnang. Tadi saya dah buka akaun nuffnang dan isi semua yang dia nak pastu klik butang "Hantar" dan dia kuar macam ni.

Pastu saya buka email tapi malamnya malangnya email pengesahan daripada nuffnang belum saya terima dah tengok kat spam, junk pan pun di trash pun tak ada. Kanapa ya? Boleh tak kalau kita daftar baik dengan menggunakan email yang sama? saya daftar di bahagian BLOGER bukan bahagian ADVERTISE betuk betul kah tu? Tolong ya.
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..