Lepas itu tutup lappy pergi dapur nak brakfast tapi malangnya lauk tak ada pulak, so hari ni saya kena masak. Mood tengah tak ada, saya goreng sosej jew + nasi putih + teo o pastu makan dengan mood tak ada selerah.
Lepas makan baring-baring dekat katil, ingat nak mandi kejap lagi tapi terlelap pulak. 30 minit kemudian anak makcik (adik saudara umur 3 tahun) kejut saya pulak huhu syok-syok tengah bermimpi kena ganggu lagi. Dia cakap abang, aku berak!!! kalam kabut saya bangun bawa dia ke tandas kemudian cebokkan buntut dia huru hara betul hidup kalau macam ni huhu first time saya cebok orang lain dalam hidup saya oh tidak saya masih suci lagi =( . Biasanya makcik saya bawa anak dia ke rumah jiran tapi memandangkan saya duduk rumah dia, dia suruh saya yang jaga pulak.
Lepas bagi dia mandi, bagi dia makan, bagi dia tidur.. ha aman sikit, saya buka lappy ingat nak udate blog sekejap dengan tiba-tiba blackout lah pulak hurmm.. terbantut lagi mood yang memang dah tak ada.
Bila budak tuh dah bangun handpon saya pula dia buat mainan baling sana baling sini dia cakap macam kapal terbang. Rasa macam nak bagi pelempang je budak tu tapi nasib kesabaran mengelubungi hati saya, tak apa lah dia budak-budak lagi. Sabar je lah.
Lepas asar tadi saya try lagi nak update blog tapi bila buka lappy terus budak tu dan abang dia (umur 12 tahun) dok mengadap lappy saya juga hurmm hilang semua adie kat otak. Saya memang pantang kalau buat kerja ada orang kacau, kalau dia dok bantu ok jugak.
Sekarang ini baru saya dapat update tapi malangnya liputan rangkaian pula macam siput terhegeh-hegeh tak dapat nak buka blog kawan-kawan dan tak dapat nak follow kawan-kawan yang baru follow blog ini, nak tak nak subuh esok baru saya dapat jenguk kawan-kawan blogger.
okey lah rasanya ini sahaja yang dapat saya tulis, ada masa pangjang umur kita jumpa lagi Assalamualaikum.
alahai..sabar je la kan wak..bebudak..huhu
ReplyDeletep/s : pndsi masak mey?HAHAA
@King Of SingleTengah sabar la ini wak :p
ReplyDeletebagus2..sbar sparuh drpd iman..hehe
ReplyDelete