Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header
Showing posts with label Tolong Aku. Show all posts
Showing posts with label Tolong Aku. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Muskil Tentang Ikan Kelah

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog, macam biasa lama tak update blog. ok entry kali ini berkenaan ikan kelah. Apa itu ikan kelah? saya pun tak tahu huhu..

Sebenarnya di sini saya nak minta sedikit pandangan sama ada ikan yang dekat bawah ini ada lah ikan kelah atau bukan sebab saya tengok dengat internet ada bermacam-masam spesis ikan yang seakan-akan dengan ikan kelah, ada juga artikel yang mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu tidak mahir tentang kelah dia menganggap semua ikan jenis ikan kelah.

Ikan ini saya bela beberapa bulan lalu, saya pancing dekat sungai dalam hutan dan saya dapati ikan ini semakin banyak dekat kolam. Ini bermakna ikan-ikan saya saya letak dalam kolam tu telah bertelur.

Antara gambar yang saya dapat tangkap.

 
Seekor berwarna kehijauan dan mempunyai garisan warna yang cantik di tengah-tengan badan dan sirip berwarna coklat manakala yang seekor itu berwarna silver dan sirip berwarna kemerahan.

 
Warna kuning keemasan dan garisan tengah badan berwarna kekuningan, sirip warna puti melainkan ekor yang berwarna merah. Bibir ikan ini pendek sikit berbanding yang di atas tadi dan misai panjang.

 
Pandangan daripada bawah ikan.


Ada juga di antara anaknya mempunyai warna tompok-tompok hitam seperti tompok ikan flower horn dan ada juga yang keseluruhan badan berwarna silver.

Jadi, disini saya harap kawan-kawan boleh membantu saya dan tinggalkan komen dekat bawah sama ada ikan ini ikan kelah atau bukan. Pertolongan anda sangat-sangat saya harapkan. Terima Kasih.

P/S : sesiapa nak ikan ini boleh datang rumah saya ambil yew, cantik di buat ikan hiasan yang di letakkan di dalam akuarium kerana sisiknya yang berkilau, goreng pun sedap sebab kurang tulang.. huhu..

Sunday, January 30, 2011

Graduan Menganggur! Salah Siapa?

 

Assalamualaikum, Gambar diatas itu saya ambil dari google. Tadi masa buka facebook ada seorang kawan yang suda lama tidak bertemu dan borak dalam masa 15 minit macam tu lah, kemudian dia menanyakatan pasal kerja. ellang jawab "menganggur" memang betul ellang termasuk dari golongan "Graduan Yang Menganggur" Kenapa boleh menganggur? ellang dah banyak buat permohonan kerja dengan menghantar resume dan sijil diploma dan 1 daripada 10 sahaja yang ada respond kenapa boleh jadi macam begitu? Daripada 9 tadi ellang try lagi hantar permohonan kerja, resume dan sijil SPM. 9 majikan beri respond yang baik "Minggu depan boleh masuk kerja" rata-rata jawapan macam itu lah.

Wah kenapa diploma tak ada respond berbanding SPM? Adakah diploma atau draduan lain dijil sampah? kenapa nak peningkan kepala belajar lepas tu habiskan duit mak bapa tampah dengan duit PTPTN dan hasilnya SAMPAH?

The Star Online melaporkan satu kajian menunjukkan 5 faktor utama graduan menganggur:
1. Kurang latihan industri
2. Lemah Bahasa Inggeris
3. Lemah kemahiran menyelesaikan masalah
4. Suka bertukar kerja (job-hopping)
5. Kurang keyakinan diri


Bagi ellang ini adalah alasan semata-mata. SPM tak ada latihan industri kalau ada pun cuma geografi dan kemahiran hidup kenapa SPM lagi cerah peluang pekerjaan daripada graduan?

ellang ada satu sijil yang mungkin orang lain tak ada iaitu Sijil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah siap ada cop kementerian Malaysia dan Sijil Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah  JPPS pun tak laku agaknya.

Ada juga mengatakan faktor permintaan gaji terlalu tinggi bagi mereka yang graduan. Macam mana nak minta gaji tinggi, intiview pun tak di panggil oleh majikan. jadi takkan nak guna SPM? Tepuk dada tanya minda.

Ada juga yang cakap faktor pemilihan kerja. Ada ke pilih kerja? kalau kita keluar dengan sijil DTM tak kak kita pergi mohon Pegawai Bank?  atau ini cuma mainan politik? semua yang ellang mohon dengan jurusan yang ellang ambil, tapi kenapa masih belum di terima kerja?

ellang cadangkan bagi majikan, sekirannya anda menolak permohonan graduan untuk berkerja di syarikat anda tolong sertakan dengan alasan yang munasabah.

Nota Kakitangan : baik buka niaga sendiri. Aman hidup.

Saturday, January 8, 2011

Macam Mana Nak Follow

Sambungan kepada entry Follower Aku Merajuk HeHe. apasal lah KucingMalas asyik buat entry follower ni. bukan apanya, saya ada satu kemuskilan lah, saya kan budak baru belajar dan banyak lagi benda yang saya belum tahu, tolong tunjuk ajar ya. Kenapa saya minta ajar kat korang, sebab saya tahu kirang semua baik hati dan suka tolong orang kan..kan..kan. =) Nak tanya satu soalan je pun bukan 100 soalang huhu.

Ok soalanya macam begini, ramai follow saya yang tidak mempunyai link blog mereka, sebagai contoh gambarajah dibawah ni.


Dia tak ada link kan? macam mana nak pergi ke blog mereka? nak follow balik pun payah ni nanti ada lagi pulak orang yang merajuk HuHu. Tolong !!


Bak kata Cik Maz tak dapat follow die punya follower sebab linknya tak jumpa.  saya nak bold kan sikit ayat ini ye bukan x menghargai dorg. Saya pun maca cik maz memang hargai kawan-kawan yang datang kat blog ini. lepas ini jangan lah ada yang merajuk ye. berbalik kepada topik sesiapa tahu bagaimana cara nak dapatkan link follower yang tak ada link [Ayat tunggang teblik dah, tapi korang tahu juga kan apa maksud saya di sini. Saya menghargai pertolongan Anda]

Sunday, December 26, 2010

Online Real Time Tak Sama

Kenapa boleh jadi macam begini ye, sedangkan kedua-dua tools akan memaparkan real time dalam masa yang sama. tapi kena user online tak sama? contohnya seperti gambar di bawah yang di ambil dari blog Perjalanan Seorang Anak Bugis pada masa yang sama.

Histats.com


widgeo.net

Apa yang saya maksudkan di sini adalah seperti histats.com memaparkan 10 user online manakanla widgeo.net memaparkan 9 user online.

Artikel Saya Kena Copy Ker

Mesin pencarian di internet semakin banyak di tubuhkan, tools-tools sebegini memang memberangsangkan dan memudahkan sesetengan orang mencari artikel-artikel yang ingin di gunakan. Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis memang sudah tersenarai di google dan yahoo tetapi ada sedikit kemuskilan yang saya sendiri tidak pasti, Jadi di harap sesiapa yang tahu berkenaan ini di harap dapat tinggalkan komen dan boleh bantu saya.

Persoalannya.

Kenapa tajuk artikel saya ada dalam website orang lain. Contoh seperti di bawah ini.


Adakah artikel ini di copy? Contoh seperti di bawah.



Artikel ini tiada link pergi ke blog saya. Artikel 100% dari blog Perjalanan Seorang Anak Bugis, dan di bawah ini antara contoh link ke blog mereka.


***
Nota Kaki : Tolong saya =(

Friday, December 10, 2010

Dimanakah Amir Bin Jamal





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat-sahabat blogger, dengan rasa rendah diri di sini saya nak minta sedikit pandangan dan cadangan bagaimana cara untuk saya mencari ayah saya yang sudah lama hilang dan saya pun tak tahu dimana dia berada sekarang. Sudah banyak perkara yang saya buat untuk menjejaki ayah saya tapi sampai sekarang masih belum berhasil.

Harap sahabat boleh memberi sedikit sebanyak cadangan  apa lagi yang perlu saya lakukan agar dapat mencari ayah saya.

Identiti :
Nama Penuh : Amir Bin Jamal.
Umur Sekarang : Lingkungan 45 Tahun.
Tempoh Kehilangan : 20 tahun lalu.

Wednesday, November 24, 2010

Earning Yang Pertama Bagi Nuffnang


Assalamualaikum pada semua rakan bloger. Semalam nuffnang bagi EA untuk blog Perjalanan Seorang Anak Bugis

Saturday, November 6, 2010

Gagal Login nuffnang

Dah beberapa kali cuba untuk log masuk di nuffnang tapi gagal. saya masih gagal untuk terima email pengesahan nuffnang, kenapa lama sangat dia nak hantar sedangkan dalam sistem dorang akaun saya dah aktif. Bila login dia akan keluarkan massage:

Log Masuk Gagal!

Cubaan log masuk anda tidak berjaya, mungkin disebabkan e-mel atau kata laluan yang diberikan tidak sah.
Sila cuba lagi.
 Bila saya cuba untuk create akaun semula dia bagi massage macam gambar di atas.

Lagi Pasal Nuffnang

Salam pada semua bloger-bloger malaysia, Semalam saya ada mengemukakan pasal nuffnang dan banyak respon dari kawan untuk tolong saya pasal benda ni terima kasih pada yang bagi komen kat bawah tu tak lupa jugak pada yang hantaar hantar email nak terangkan benda nuffnang ni. Termenung seketika lihat email yang banyak di hantar dalam hati berkata "dari apa yang saya lihat di email ni secara tidak langsung bloger-bloger ni semua baik hati". Kenapa? ye lah sebab sanggup terangkan benda-benda remeh ni pada saya walhal dorang bukan tahu kenal pun siapa saya. Mungkin sebab hubungan sahabat dalam blog kot dorang tolong dan nampak sangat dorang ni tak kedekut ilmu pengetahuaan. Semoga Allah sentiasa limpahkan rahmat dari ilmu korang. partama nak ucap terima kasih pada Faiz tapit yang sanggup resent banyak-banyak email nak terangkan lebih lanjut pasal nuffnang hehe thank bro. lepastu pada YatieOwner, e1-Tribe, CikguFiq, GKSB, terima kasih jgak ya. Tak lupa jugak c zty,  Touya hehe walaupun tak berapa tau tapi tolong terangkan jugak.

Saya nak cakap sikit lagi pasal nuffnang. Tadi saya dah buka akaun nuffnang dan isi semua yang dia nak pastu klik butang "Hantar" dan dia kuar macam ni.

Pastu saya buka email tapi malamnya malangnya email pengesahan daripada nuffnang belum saya terima dah tengok kat spam, junk pan pun di trash pun tak ada. Kanapa ya? Boleh tak kalau kita daftar baik dengan menggunakan email yang sama? saya daftar di bahagian BLOGER bukan bahagian ADVERTISE betuk betul kah tu? Tolong ya.

Friday, November 5, 2010

Tolong Aku Pasal Nuffnang Dan Churp-Churp


Assalamualaikum para bloger-bloger tegar, Bloger-bloger kurang tegar, Bloger-bloger tak tegar di sini yang mohon bantuan Tuan/puan, Saudara/Saudari, Pakcik/Makcik, Abang/Kakak, Mak/Mak sedara, Adik beradik dan sekalian yang berada di buka bumi ni huhuhu.. Entry saya malam nie nak bincangkan sikit pasal bendang benda nuffnang ni. Saya baru lagi dalam bidang blog ni dan masih terkapai-kapai pasan pasal benda ni. Saya ada gak serve-serve blog member-member lama, member-member baru kenal yang bukan member pun saya godeh-godeh gak ternyata blog mereka ada satu belebihan kelebihan di mana setiap blog ada tulis "saya siarkan iklan nuffnang" dan logo seperti yang tertera di atas tu. ok di pendekkan cerita:

soalan pertama boleh tak korang terangkan saya apa jugak nuffnang tu? yang saya tau nuffnang itu iklan tapi iklan apa?

kedua yang ni churp-churp ni pulak apa?? yang saya tau burung pastu ada blog tu terangkan bila kita buka akaun churp-churp ni kena buka gak akaun facebook atau twitter.
yang ketiga twitter. apa ek twitter tu? dia macam akaun facebook gak ker? macam myspace? atau frenster??
logo dia lebih kurang Churp-Churp, ke dorang ni adik beradik??  yang saya tau churp-churp tu burung mata besar dan twitter ni lak burung mata kecil.
Soalan keempat apa kena-mengenah sumua semua ni dengan facebook? dan macam mana nak buat connection adatara  antara satu sama lain?
dan soalan last kalau boleh terangkan sekali cara create akaun, alamat address dan apa-apa lagi lah yang berkenaan dengannya. Saya harap ada orang yang tampil kehadapan dan turun padang terangkan saya pasal entry ni. kongsi ilmu kan lebih baik hehehe.. terangkan kat komen bawah tu pun boleh, Kalau ada yang lagi baik hati tu boleh hantar detail tadi ke alamat e-mail saya  (skymobileirc@yahoo.com.my atau di KucingMalas@yahoo.com) Terima kasih kawan-kawan.
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..