Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header
Showing posts with label Semua Tentang Aku. Show all posts
Showing posts with label Semua Tentang Aku. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Sandarkan Pada Kenangan

Assalamualaikum, korang semua sihat tak? harap-harap sihat lah yew. Sekarang ni saya dah tak aktif sangat di dunia blogspot, bukan blogspot je tapi semua laman sosial macam facebook, myspace, rakanku, friendster, netlog dan forum-forum melayu. Hurm..bila kita join laman sosial macam ini banyak benda baru yang kita dapat kan? kawan saya ada yang dah kawin sebab bertemu jodoh di ruangan sosial. Alhamdulillah.

Ok, tadi saya try buka friendster, huh!! rindu rasanya nak menjengguk kawan-kawan di sana tapi malangnya semua kawan-kawan dah tinggalkan friendster (mesti beralih ke facebook punya) macam biasa, dulunya saya di kenali sebagai KucingMalas dan sebelum ini pun blog saya tersenarai sebagai KucingMalas bukan ellang yew.
Member-member selalu post kat status gambar kucing hehe perli lah tu.


Antara gambar yang saya Print Skrin dari Friendster.

Awek jew yang ramai komen status, kalau lelaki tak minat langsung nak komen status lelaki huahuahua.. Saya pun sama juga, nak komen status awek jew kalau status lelaki pandang sebela mata lalalalala..

 
Gambar comot.
Dulu saya tak suka sangat amik gambar ni huhu tak pandai nak drees up, kalau nak tangkap gambar pun kat tempat orang tak ramai macam toilet, dalam kelas masa rehat dll lah :d

 

Bestnya dekat friendster ni kita boleh tukat layout mengikit cita rasa kita, tak lah bosan sangat tengok page member-member kan macam myspace jugak.

 

Member saya kat friendster tak ramai ada 144 orang jew dan mejoritinya adalah awek (Normal lah tu kan sebagai lelaki) Okey kenapa saya boleh tinggalkan friendster? Sebenarnya saya dapat ramai invite agar saya join facebook, saya pun tak tau apa itu facebook? dengan bantuan kawan-kawan akhirnya saya mahir di facebook dan tinggalkan friendster. HuHu..

Antar invite yang saya terima

dan kali terakhirnya saya online di friendster..

Post status kali terakhir 09/06/2009 huhuhu..

okey nk choooouw dulu~

Friday, February 11, 2011

Saya Kah Mat Rempit Yang Ketagih Sex?

Topik lucah ker ni? eh maaf, ini bukan topik semata-mata nak tingkatkan reputasi blog ini cuma sekadar ingin
berkongsi pengalaman sahaja. orang macam saya ni duduk kampung jew dan guna kenderaan harian bermotosikal, memang padan kan? tapi situasi ini sering di salah ertikan oleh sesetengah warga tua, maksud saya orang-orang yang sudah berumur macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik.  Bila gunggang motor tiptop, suara power, tayar sotong dan rim 17 kita akan di labelkan sebagai mat rempit. Mat rempit! yang dorang tahu budak motor, lepas itu melebalkan mat rempit ini seorang yang ketagih sex, 

Wednesday, February 9, 2011

Nak Bagi Anugerah Dekat ToyolKiut

Assalamualaikum, sekali lagi saya terlambat post entry dan sepatutnya saya post pagi tadi. Okey, okey dan okey kita terus pada apa yang saya nak sampaikan di sini, nak ucap ratusan, ribuan dan jutaan terima kasih pada cik ToyolKiut @ TK sebab rajin komen entry dalam blog ini. Sehubungan dari itu saya berbesar hati nak bagi anugerah.. wah! ini kali pertama ellang Design keluarkan anugerah, anugerah apa? hehe anugerah pengkomen terbanyak dalam blog ellang. Saya pun dah tampal anugerah ini di sidebar blog ellang Design dan link kan ke blog ToyolKiut bertujuan menyenangkan pengunjung blog ellang design terus ke blog ToyolKiut.Rasa macam nak kenal lebih rapat lagi dengan cik ToyolKiun ni. huhu nak kenal ker, nak ngorat? okey dekat bawah ini ada art anugerah untuk ToyolKiut.




ToyolKiut, terima kasih banyak-banyak.. hehe. okey nak out kejap. c u latter.

Sunday, February 6, 2011

Blog Pilihan Malaysia

Assalamualaikum dan selamat petang semua, korang sedang bercinta? atau hidup bahagia bersama suami/isteri anda @ sedang meniti saat-saat bahagia pertunangan anda? okey, korang boleh join segmen dekat Blog Pelihan Malaysia bertajuk ucapan romantik untuk kekanda/adinda.

Saya nak tolong BPM promot segmen dia, asyik promot korang punya blog jew, bila nak promot blog ellang? haha. tak ada lah, gurau jew.

okey dekat bawah ini atara syarat-syaratnya :-

Okey untuk segmen ini ellang kena ban. huik kenapa? sebab ellang tak ada buat hati pengarang jantung, macam mana nak ucap kan hehe. okey, ellang nak gi makan kejap kelaparan sudah ni :)

Saturday, February 5, 2011

Jangan Salahkan Pengunjung Kalau Blog Korang Memang Menghalau Pengunjung Keluar

Uik panjangnya tajuk entry laki ini, macam tak puas hati jew!! eh, maaf lupa bagi salam. Assalamualaikum buat semua kawan-kawan, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan semua lah yang terlibat. Entry ini dah lama nak post cuma malas nak kecoh-kecoh kan.

Maaf sekali lagi, mungkin saya tidak layak menegur blogger-blogger yang lain tapi untuk kebaikan kita bersama, saya cuba juga untuk menegur kesalahan blogger-blogger ini dan walaupun dia blogger lama jangan anggap kamu dah terlalu otai.

Kenapa korang selalu halau pengunjung keluar dari blog korang? macam nama korang menghalau? okey, korang guna No right klik dan menasukkan massage yang bukan-bukan. Ada blogger yang saya jumpa massage dia berbunyi macam ini "herm!! nak copy ek? p mampos la ye :)" wah yang buat ini message lah yang pigi MAMPOS! marah?

Right klik bukan semestinya orang nak copy entry korang, mungkin dia nak buka new tab untuk link lain. Kita manusia di kurniakan akal fikirang, so fikir secara resonal lah, kalau korang takut sangat entry korang kena copy, korang pergi jew laman web protection no copy tu masukkan alamat blog korang than korang boleh tengok dekat situ siapa-siapa yang copy entry korang kan senang.

Bila korang letak No right klik pda blog automatik pengunjung tak dapat buat new tab untuk link lain dan bila pengunjung klik link tersebut maka outomatik pengunjung sudah keluar dari blog korang. Cuba fikir orang lain juga beb. tapi kalau memang korang suka blog korang di tinggalkan macam begitu teruskan lah.

Okey saya nak ajar korang macam mana supaya pengunjung masih berada di blog korang walaupun pengunjung itu membuka link yang ada di blog korang.

Contoh perbezaan link ke blog 01ellang dan link ke blog 02ellang yang ini

Bila korang klik pada 01ellang tu mana pengunjung akan tinggalkan blog korang dan pergi ke blog 01ellang.

Mana kala bila korang klik 02ellang yang ini warna biru kat atas tu maka pengunjung masih berada dalam blog korang dan 02ellang yang ini akan terbuka di new tab secara automatik jadi di sini pengunjung korang tak hilang.

ini kod untuk new tab tadi :-

<a href="http:ellangdesign.blogspot.com">01ellang </a>

cuma tambah "target="new" di hujung url ellangdesign.blogspot.com

Contoh :-

<a href="http://ellangdesign.blogspot.com"target="new">02ellang yang ini </a>

Okey, sapa nak tingkatkan pengunjung blog blog ikut cara yang ellang buat ni, pada yang tak nak ikut terpulang pada diri sendiri. Saya cuma betulkan kesalahan yang di buat. Lastly, ilmu untuk di kongsi bukan untuk di simpang :)

Friday, February 4, 2011

Baru Belajar Tangkap Gambar

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia dan indonesia. Hari tu saya ada pergi air terjun ikut family dan try tangkap gambar menggunakkan nikon C L100. Gambar dekat bawah ni semua guna setting permandangan original + flash. Saya tak nak edit biar korang tengok sendiri cantik ke tak guna nikon C L110, tapi kalau saya edit guna photoshop ni comform boleh tipu cakap guna nikon D3000 :)








Thursday, February 3, 2011

ellang Design Hak Milik Sepenuhnya Oleh ellang

Assalamualaikum. sudah 3 hari tak berblogwalking, trafik memang merudum gila sampai hilang akal huhu. Blogwalking jew nyawa untuk blog ini, tak apa lah lepas ni boleh buat aktiviti blogwalking. Herm.. tengok topik tak? hehe.. cuma nak bagi tau blog ellang Design dah jadi hak milik kekal oleh ellang.

Template biru yang tak seberapa cantik ini di buat oleh ellang sendiri dan bantuan dari yahoo dan google.
kalau sebelum ini ellang guna template percuma dari blogger, ini bermakna ellang masih menumpang dengan blogger kira macam perkongsian lah kot hehe.

Hari ini ellang dah tak kongsi dengan blogger lagi sebab semua design dalam blog ini adalah hak milik ellang. eh.. kejap..kejap.. masih menumpang lagi, tumpang domain blogspot huhu. tak pe nanti ada duit nak beli domain sendiri baru lah nampak macam profesional kan?

okey. pokok pangkalnya yang paling penting dekat footer bawah tu ada tulis copyright and design by ellang dan itu menandakan blog ini milik ellang, kalau dulu tulis design by ellang, powered by blogger kan? ha.. makanya  blog kita berkongsi dengan blogger huhu.

okey [berapa banyak okey dah?] nak buat sesi lawatan blog ke blog pulak.

daaaaa... c u latter :p

Wednesday, February 2, 2011

Kesinambungan Metafora


Assalamualaikum buat semua, Sudah 3 hari tidak update entry baru. Selesema melanda, yelah musim hujan ni kan banyak penyakit datang yang tidak di undang. Sebenarnya saya tidak ada idea nak tulis apa hari ini cuma memunaikan syarat jew lah kan. Saya ada dapat message dekat shoutMix chat tu tentang pertanyaan ellang Design ni lelaki ker perempuan? Saya rasa banyak dah gambar saya letak dalam blog ni kat kan tak tahu lagi huhu. Saya lelaki lah, tak pernah lagi tukar jantina ke wanita. Mungkin dia baru pertama kali masuk sini kot, itu yang dia tanya tu.

Nak tulis apa lagi ni? huik ketandusan adie betul hari ini. kejap lagi nak format komputer adik tapi driver banyak kurang CD microsoft pun tak tau pergi mana, dia balik kampung kot. Hari tu letak dalam kotak tapi tadi tengok dah tak ada.

Tadi buka stor ada tiga biji komputer tak guna pentium 3 dan 4 dah berkarat-karat dah. sayang oh.. ingat nak jual tapi lagi sayang kalau jual, tak ada untuk santapan mata bila dah tua nanti dan ada 1 laptop compaq tak guna, laptop lama pentium 3 juga, ha yang ini bole derma dekat anak-anak yantim piatu.

Seharian ini layan PS2 sebab line sengat tahap siput nak gi jumpa awek dia, eh siput pun pandai bercinta tau bukan manusia jew (apa yang si ellang merepek ni) nak layan gitar suara tak sedap almaklumlah selesema, kalau tak, suara bon jovi pun kalah (poyo jew si ellang ni). okey lah, nak buat sesi lawatan ke blog kawan-kawan pula sebelum turun bawa baiki komputer adik.

 
Gambar membuktikan yang ellang lelaki ^-^

Sunday, January 30, 2011

Nota Terakhir Buat Bekas Kekasih dan Izwan


 Bissmillahirahmanirahhim. Assalamualakum dan selamat solat subuh yelah kalau dekat KL jam 6.00 pagi mesti misih subuh kan? berlainan pula di sabah ni orang dah siap-siap start kereta nak pergi office kalau budak sekolah sidang pagi dah pergi sekolah jam 5.30 pagi tadi, jam 6.05 loceng dah bunyi menandakan masuk kelas.

Sebenarnya ellang bukan nak cerita pasal waktu dan aktiviti orang-orang di sabah pada masa ini. Cuma nak cerita semalaman ini ellang tak tidur, dalam sekirang jam 11.30 ellang dapat satu panggilan yang memang tak pernah di duga. +6013****** nombor telepon tak di simpan sebagai kenalan tapi ellang tahu nombor siapa yang memanggil.

Saya tarik nafas dan hembus kemudian tekan butang hijau dan bagi salam. suara itu saya sangat pasti dia bekas kekasih. Suaranya sayup-sayup kedengaran seperti mahu sampaikan sesuatu. Rupanya dia baru sahaja bergaduh dengan kekasih barunya. Dia meluahkan semua masalahnya. Huh berat juga sebab kekasih barunya selalu tidak faham situasinya. Bekas kekasih saya cerita, pakwe baru dia macam masih sayang pada bekas makwe lama dia. ini pun baru lepas dia telepon tadi (mengantuk)

Dia mula membandingkan saya dengan pakwe barunya, kata pakwe dia tidak sebaik saya. Saya cuba bagi nasihat yang baik lagi pun dia orang baru 4 bulan bercinta. so kenal hati budi masing-masing pun belum 100%. dan Saya? saya belum ada pengganti dirinya. Hati saya Allah jew yang tahu macam mana sakitnya tapi saya buat cool jew :(

Saya berharap sangat ini nota terakhir buat bekas kekasih saya, saya tahu dia akan baca entry ini sebab dia memang suka baca ertikel dalam blog ini. Lepas ini jangan pernah hubungi saya lagi sebab saya pun perlu kan massa untuk melupakan awak. perbanyakkan lagi masa korang berdua untuk keluar bersama-sama, aktiviti sebegini dapat memperbaiki hubungan korang berdua.

Ini pesanan buat Izwan. Pakwe baru bekas kekasih ellang, walaupun kita tidak pernah bertemu dan tidak kenal saya harap sangat kamu dapat jaga dia dengan baik. Mak ayah dia dah kembali kerahmatullah sejak 4 tahun lepas dan saya mengambil alih jadi sebagai mak ayah dia dan menjaga dia dengan baik.

Kamu kena sabar dengan perangai dia yang suka menuduh tanpa asal usul, maafkan saja kerana dia memang jenis macam itu.

Sentiasa sokong kerjaya dia, kalau dia ada masalah tolong jangan tambahkan masalah itu, sebaiknya kamu pejuk dia dengan nada yang lembut.

Hatinya lembut dan mudah terguris dengan kata-kata kesat, jadi bila berbual dengannya jangan terlalu bergurau, adakalanya dia terasa.

Dia tidak suka di tengking, jadi jangan pernah marah dia bila dia buat kesilapan.

Tolong sediakan pad kotex dalam beg kamu, sebab dia selalu lupa masa datang bulan dan selalu lupa bawa pad. Sediakan 2 atau 3 helai pun dah cukup.

Bila dia datang bulan moodnya sangat tak baik, silap hari bulan hempon dia baling dekat kamu,selalu marah-marah dan maki hamun tak tentu pasal. so maafkan saja ya. nanti bila dah sempuh dari penyakit bulan tu dia ok semula.

Tolong bawa tuala kecil bila keluar berdua sebab dalam bas atau kereta dia selalu nak muntah, kalau nak senang sediakan plastik dalam bag.

Masa malam jangan pernah ceritakan dia cerita hantu sebab dia seorang wanita yang penakut tak pasal-pasal sampai termimpi-mimpi.

Kalau kamu seorang yang perokok tolong berhenti merokok sebab kepala dia pening bila hidu asap rokok.

Bila keluar beli barang, dia suka beli warna pink jadi belikan apa yang dia mahu dan bukan yang kamu mahu. sebab dia kalau nak sesuatu yang dia suka dia akan kecewa bila tidak dapat memilikinya.

Setiap pagi tolong hantar SMS dekat hempon dia ucap "Selamat pagi sayang, I Love U so Much" dan malam sebelum tidur hantar SMS ucap "Selamat malam sayang, I Love U so Much" dia amat suka bila dapat sms sebegini menandakan dirinya sentiasa dalam hati kamu.

Bila dia demam tolong jangan bagi dia makan ubat sebab dia tidak suka lagi-lagi ubat pahit. Sebaiknya kamu pergi jumpa dia, duduk di tepi sambil borak-borak kosong. Dia lagi suka di temankan bila demam daripada makan ubat.

Ingat antybody nya terlalu lemah dan senang di serang demam, kalau kamu ada masa lapang sesekali masakkan dia bubur + teh O kurang manis.

Jangan bagi dia minum coca-cola banyak sangat sebab nanti dia sendawa. dia tidak suka bila sendawa.

Dia selalu masak tak sedap, jadi bila nanti dia masak untuk kamu jangan pernah cakap tak sedap. Sebaiknya kamu makan sampai habis dan cakap wah! bertuah saya dapat awak sebab pandai masak.

Kadang-kadang dia buat milo letak susu terlalu banyak dan manis sangat, jangan complain pula manis sangat sebaiknya kamu cakap saja emm.. air ni manis macam awak. saya suka. dan kadang-kadang tawar pula jadi cakap je "awak, tolong tambah gula sikit" jangan pula cakap "awak buat air ni tak de rasa pun" nanti hatinya terguris.

Dia selalu tinggalkan barang dekat rumah contohnya kunci rumah, pendrive.. nanti dah setengah jalan baru dia ingan. jadi jagan marahkan dia ya sebab dia memang macam tu, balik je pergi amik.

Buat keputusan? jangan kamu je yang hari-hari tentukan, sesekali suruh dia yang buat keputusan. adakalanya keputusan yang dia buat lagi bagus dari kamu buat dan ada kalanya keputusan itu tersilap, kamu jangan tengking dia ok. cakap saja tak apa lah.. bukan rezeki lepas tu kamu senyum.

Kulit dia sensetif pada gigitan nyamuk jadi kalau boleh sediakan minyak kayu putih atau ubat lain untuk di sapukan di kulitnya. Suruh juga sapu di perutnya sebab dia selalu sakit perut lagi-lagi masa datang bulan.

Bibir dia selalu pecah-pecah ini menandakan dia kekurangan air. jadi bila kamu perasan itu terjadi bawa kan saja segelas air kosong untuk dia minum.

kalau dia susah nak tidur malam tolong dodoikan sampai dia tidur, tolong nyanyikan dia lagi bangau oh bangau atau burung kakak tua. nanti 5 minit kemudian dia tidur lah tu.

Sekali selaka bawa dia ke pantai atau tengok wayang. sediakan makanan ringan macam kerepe sebab dia sangat suka makan makanan ringan bila bersantai.

tapak kaki dia selalu perpeluh jadi bila belikan seliper beli yang getah bukan plastik, kalau plastik nanti kaki dia basah sebab peluh.

Selalu sediakan stookin dalam bag sebab dia selalu lupa pakai stookin bila berkasut.

Jangan selalu bagi dia penat macam perlari atau bersukan sebab jantung dia tak berapa ok. sebelah kiri selalu sakit. hari tu saya nak bawa dia pergi hospital tapi dia tak nak, jangan paksa dia pergi hospital kalau dia tak nak.

Kalau belikan dia cincin jangan beli cincin silver sebab seminggu bila dia pakai tangan dia akan timbul bintik-bintik gatal. kalau boleh sediakan bedak john son baby bubuh tempat yang gatal.

Dia seorang wanita yang tidak pandai melintasa jalan, kalau esok-esok korang berdua melintas sila ikut jejantas. tapi dia degil sikit tu nak jalan singkat jadi tolong pimpin tangan dia semasa melintas.

Kalau korang berdua keluar bersiar-siar jangan biarkan dia tak pakai tudung, itu pesanan mak dia pada saya sebelum meninggal.

Jangan pernah lupa hari-hari bersejarahnya seperti tarikh lahirnya 26/03/, mak dia meninggal bulan 5 2007. bulan 3 ni dia ada konvo dan sepatutnya dia pergi dengan saya, baju pun semua saya sudah sediakan tapi tak apa lah, saya bagi amanah kat kamu untuk pergi dengan dia. batalkan saya semua epoiment pada masa itu. kalau saya boleh dari sabah tebang ke KL kemudian naik bas 5 ke johor, kenapa kamu tak boleh dari KL drive ke johor. dekat jew kan? jangan bagi alasan untuk kata TIDAK.

Jangan asyik pentingkan kerja, sesekali luangkankan masa untuknya. banyakkan buat kejutan, hari-hari biasa pun tak apa. jangan beli kan dia bunga Ros, dia memang tak suka. Belikan teddy bear ker, shinchan pun dia suka juga, mashimaro pun dia suka. Teddy bear yang saya belikan sebesar dia tu tolong buang yew supaya dia boleh lupakan saya 100%.

Kakak dia dan abang teh dia terima kamu kan? dia ada cerita semalam. Tahniah buat kamu sebab 5 tahun saya couple dengan dia, 1 jam pun kakak dia tak pernah nak terima saya. jadi kamu kira beruntung sebab tak akan rasa kena halau dari rumah kakak dia dan keluar macam yang saya rasa. Malam tu saya tidur dekat bas stop nak balik jB dah malam tak ada bas nak tak nak esok pagi baru saya dapat balik.

ok Izwan, jangan pernah lukai hatinya.. saya sentiasa mendokan kebahagiaan kamu berdua sampai ke anak cucu. oh yah lagi satu kalau solat 5 waktu sedekahkan Al-Fatihan pada kedua orang tua dia yew. Dan mulai 4 5 bulan lepas saya dah lepaskan tanggungjawab saya untuk jaga dia sebagai mana janji saya pada mak dia dulu. Walaupun hakikatnya hati saya ni retak tapi melihat dia bahagia dengan kamu saya dah cukup gembira.

Ini saja yang dapat saya sampaikan. Assalamualaikum.

Graduan Menganggur! Salah Siapa?

 

Assalamualaikum, Gambar diatas itu saya ambil dari google. Tadi masa buka facebook ada seorang kawan yang suda lama tidak bertemu dan borak dalam masa 15 minit macam tu lah, kemudian dia menanyakatan pasal kerja. ellang jawab "menganggur" memang betul ellang termasuk dari golongan "Graduan Yang Menganggur" Kenapa boleh menganggur? ellang dah banyak buat permohonan kerja dengan menghantar resume dan sijil diploma dan 1 daripada 10 sahaja yang ada respond kenapa boleh jadi macam begitu? Daripada 9 tadi ellang try lagi hantar permohonan kerja, resume dan sijil SPM. 9 majikan beri respond yang baik "Minggu depan boleh masuk kerja" rata-rata jawapan macam itu lah.

Wah kenapa diploma tak ada respond berbanding SPM? Adakah diploma atau draduan lain dijil sampah? kenapa nak peningkan kepala belajar lepas tu habiskan duit mak bapa tampah dengan duit PTPTN dan hasilnya SAMPAH?

The Star Online melaporkan satu kajian menunjukkan 5 faktor utama graduan menganggur:
1. Kurang latihan industri
2. Lemah Bahasa Inggeris
3. Lemah kemahiran menyelesaikan masalah
4. Suka bertukar kerja (job-hopping)
5. Kurang keyakinan diri


Bagi ellang ini adalah alasan semata-mata. SPM tak ada latihan industri kalau ada pun cuma geografi dan kemahiran hidup kenapa SPM lagi cerah peluang pekerjaan daripada graduan?

ellang ada satu sijil yang mungkin orang lain tak ada iaitu Sijil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah siap ada cop kementerian Malaysia dan Sijil Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah  JPPS pun tak laku agaknya.

Ada juga mengatakan faktor permintaan gaji terlalu tinggi bagi mereka yang graduan. Macam mana nak minta gaji tinggi, intiview pun tak di panggil oleh majikan. jadi takkan nak guna SPM? Tepuk dada tanya minda.

Ada juga yang cakap faktor pemilihan kerja. Ada ke pilih kerja? kalau kita keluar dengan sijil DTM tak kak kita pergi mohon Pegawai Bank?  atau ini cuma mainan politik? semua yang ellang mohon dengan jurusan yang ellang ambil, tapi kenapa masih belum di terima kerja?

ellang cadangkan bagi majikan, sekirannya anda menolak permohonan graduan untuk berkerja di syarikat anda tolong sertakan dengan alasan yang munasabah.

Nota Kakitangan : baik buka niaga sendiri. Aman hidup.

Nak Minta Maaf Kepada Semua Pengunjung Dan Follower

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung dan follower blog ini. Sekarang ini saya tidak dapat ber-blogwalking, tak dapat nak jejak kasih kawan yang tinggalkan jejak dekat shoutMix Chat, tak dapat nak komen entry-entry terbaru kawan-kawan dan tak dapat nak follow kawan-kawan yang follow blog ini di sebabkan hujan lebat dan akibat daripada itu gangguan internet berlaku di sekitar Sandakan sabah. Tadi tengok dekat info cuaca pun memang musim hujan bulan ini, kalau korang tak percaya boleh datang rumah saya sendiri dan buktikan kan atau percaya lah pada pakar (ini ayat iklan shampoo). Okey, saya selaku owner pada blog ellang design mengistiharkan memohon ribuan kemaaf atas masaalah yang sesiapa pun tidak ingini. Sehubungan daripada itu (Ayat skema pulak) Insaya-Allah malam nanti kalau (<-- saya bold ya.) kalau line dah okey saya ronda-ronda kuala lumpur, kalau masih tak okey nak tak nak subuh esok lah baru buat blogwalking dan follow mana yang belum di follow. Okey (berapa banyak okey dah) Sekali lagi saya susun 10 jari memohon maaf pada semua dan terima kasih sebab sudi jenguk blog yang tunggang langgang tak seberapa ini.


 

Dari tadi asyik loadinghuhu...


Saturday, January 29, 2011

Guna Read More Kemaskan Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Entry ini dari hari itu lagi nak tulis tapi tak ada kesempatan pula, Ada kawan yang tanya kenapa blog ellang Design tak guna Read More pada sesebuah entry. Ok memang Read More sangat baik untuk blog agar iya nampak kemas dan jarak antara tajuk entry lain nampak dekat. Tapi setiap aggapan orang lain tidak sama contohnya saya lebih suka blog yang tidak meletak Read More untuk memudahkan saya scrol kebawa dan baca entry tanpa tekan pada butang Read More. Sekiranya blog itu mempunyai Read More kemungkinan saya tidak baca sampai habis dan kalau tak ada Read More senang baca jew sampai bawah, nak komen tinggal klik butang komen dan masukkan komen pastu submit. Berbanding ada Read More, baca setengah entry kemudian mencari perkataan mana yang tadi last kita baca kemudian sambung baca entry dan tekan butang komen dan masukkan komen dan submit (berapa banyak dan lah) Bagi saya Read More lagi banyak kerja untuk sesetengah pembaca. Lastly kedua-duanya pun okey juga. Saya suka blog yang ada Read More sebab kemas dan saya lebih suka blog yang tidak ada Read More senang nak baca entry.

Saturday, January 22, 2011

Kenapa Saya Tidak Guna AutoBlogWalking

Assalamualaikum buat semua blogger, korang semua mesti sudah tau apa itu auto blogwalking kan dan mungkin ada diantara kita yang menggunakannya. Ada kawan-kawan yang bertanya kenapa saya tidak suka guna sistem blog walking ini dan ada juga yang nak bagi percuma.

Disini saya huraikan sedikit kenapa saya tidak gunakan auto blogwalking.

1. Bila kita menggunakan sistem blogwalking kerja-kerja blogwalking memang mudah tapi setiap sistem ada baik buruknya. Bila saya guna auto blogwalking ni saya tidak dapat baca entry terbaru kawan-kawan, saya pun nak juga tahu apa yang terjadi di antara mereak.

2. Tidak dapat mengeratkan silaturahim antara blogger lain. Bila gun auto blog walking ni kita tak dapat berkenalan dengan owner blog tersebut. Kita mesti nak tahu juga siapa yang punya blog kan?

3. Kita tidak tahu perjalanan sesebuah blog yang kita lawati. opps!! sorry kalau kita guna sistem blogwalking mungkin kita tidak tahu perjalanan sesebuah blog tersebut.

4. huik dah tak larat lagi nak menghuraikan tapi yang pasti ada banyak lagi kekurangannya.


Cara saya berblogwalking :

1. Melalui cBox dan ShoutBox. kan dah ada link blog kawan-kawan dekat situ.
 

2. Menggunakan blog yang saya follow
 


3 melalui Follower.
 

Ok itu sedikit sebanyak yang sering saya gunakan untuk blog walking, Sebenarnya ada banyak cara lagi cuma itu sahaja yang saya listkan untuk hari ini.


Thursday, January 20, 2011

Request Header Daripada Cik Iena

Salam 1 malaysia dan indonesia, Hari ini cuma nak tulis entry berkenaan header yang di request oleh cik iena. Sebenarnya saya memang tak ada perkhidmatan header ni cuma saja nak buatkan cik iena sebab semalam ada sembang-sembang dengan dia, Semalam dia merajuk huhu sebab saya tak nak buatkan. Ok tadi saya dah buat dah, lepas ni cik iena jangan merajuk yew.. tak comel lah kalau perempuan merajuk :P

Dekat bawa ini ada 2 jenis header yang bersaiz 900x400 = 72 pixel. Cik iena pilih lah ye yang mana satu berkenaan :)



 Untuk pembesaran tolong Klik pada banner.

Serang ni saya sibuk sangat-sangat sampaikan tak dapat nak buat blogwalking, ada juga terfikir "saya macam nak berhenti dari dunia blog jew"

[UPDATE]
Yang header pertama tu tolong skip yew ada salah ejaan. HuHu..

Tuesday, January 18, 2011

Blog Perjalanan Seorang Anak Bugis Di Tukar


Salam 1 malaysia, Sudah 1 minggu tak update blog sibuk memanjang. Entry hari ini adalah Pemberitahuan bahawa blog Perjalanan Seorang Anak Bugis telah di padam dari server blogspot. Blog ini dialihkan kepada Blog ellang Design dan founder bertukar kepada ellang tidak lagi KucingMalas. Diharap kepada kawan-kawan sentiasa sopport blog ini walaupun blog ini bukan blog komersel. Rasanya ini sahaja yang dapat saya sampaikan sampai kita bertemu lagi di lain hari. Happy blogwalking pada semua warga blog.

Sunday, January 9, 2011

Alhamdullilha Pelawat Blog Semakin Meningkat

Salam 1 malaysia buat semua pembaca blog, Alhamdullilah pelawat blog Perjalanan Seorang Anak Bugis setiap hari semakin meningkat, sudah 4 bulan kewujudannya dan respon dari sahabat-sahabat blog di sambut dengan baik, Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung, sahabat-sahabat blog yang rajin datang ke sini. Dua tiga hari ini pelawat blog Perjalanan Seorang Anak Bugis sudah mencecah 100++ user. Perasaan gembira pun ada tapi yang paling peting sokongan daripada kawan-kawan blog tanpa korang tak bermakna lah blog ini sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada semua yang melawat blog ini.

Pelawat Hari Ini.
 
Follower pun dah semakin bertambah terima kasih.. terima kasih.. terima kasih.. kalau lah kita dekat kan rasa macam nak belanja je korang kfc. HeHe. Apa-Apa pun Terima kasih sekali lagi atas kunjungan semua kawan-kawan blogger. lastly selamat berblog.

Saturday, January 8, 2011

Tajuk Entry Seks VS Dadah


Anda Pasti Umur Anda Melebih 18 Tahun Ketas?

Sekiranya Tidak Sila Close Blog Ini Sekarang Juga!! 

Salam 1 malaysia. korang prasan tak satu bende kat blog ini ramai kan yang mengunakan tajuk entry yang lucah dan berunsur sex dan dadah kenapa ek? Nak up trafik ke? Macam begini ka cara rakyat malaysia mempromosikan sesuatu benda? nak ramaikan pengunjung blog sampai mencemarkan diri sendiri. Mungkin ada yang tersinggu sebelum tu saya mohon ribuan kemaafan. Tidak mengamalkan entry Seks dan Dadah pun trafik boleh naik apa? EA nuffnang pun bertambah, yang saya risaukan di sini nanti blogger-blogger baru macam saya pun boleh terikut-ikut bubuh entry lucah. [Harap2 x lah] itu je HuHu.

Inbox Oh Inbox Edisi Facebook

Sudah lama tak online dekat facebook, ramai jugak member-member yang cari dan tanya kenapa lama tak online? Rasanya soalan itu perlu di jawab ka? HeHe. Saya sibuk dekat blog jew sekarang ni. Tak larat lah nak online banyak-banyak, Yahoo Massager (YM) pun dah lama tak buka tapi kalau online YM pun nk massage dengan siapa? HeHe. Thanks pada korang yang dok tanya kemana saya menghilang ini bermakna setiap hari korang cari saya kan HeHe [Meroyan Lak] Mungkin ada yang bertanya KucingMalas ni asyik say Thanks je. ye lah sekurang-kurangnya kita hargai kawan-kawan kan? betul tak? :)

 La Syuhada ni kita 1 kampung pun nak cari kat FB, cari kat rumah kan senang HeHe.

 Eh!! bella pun cari saya =P

 Fahna, jap gi saya update HuHu.

Macam Mana Nak Follow

Sambungan kepada entry Follower Aku Merajuk HeHe. apasal lah KucingMalas asyik buat entry follower ni. bukan apanya, saya ada satu kemuskilan lah, saya kan budak baru belajar dan banyak lagi benda yang saya belum tahu, tolong tunjuk ajar ya. Kenapa saya minta ajar kat korang, sebab saya tahu kirang semua baik hati dan suka tolong orang kan..kan..kan. =) Nak tanya satu soalan je pun bukan 100 soalang huhu.

Ok soalanya macam begini, ramai follow saya yang tidak mempunyai link blog mereka, sebagai contoh gambarajah dibawah ni.


Dia tak ada link kan? macam mana nak pergi ke blog mereka? nak follow balik pun payah ni nanti ada lagi pulak orang yang merajuk HuHu. Tolong !!


Bak kata Cik Maz tak dapat follow die punya follower sebab linknya tak jumpa.  saya nak bold kan sikit ayat ini ye bukan x menghargai dorg. Saya pun maca cik maz memang hargai kawan-kawan yang datang kat blog ini. lepas ini jangan lah ada yang merajuk ye. berbalik kepada topik sesiapa tahu bagaimana cara nak dapatkan link follower yang tak ada link [Ayat tunggang teblik dah, tapi korang tahu juga kan apa maksud saya di sini. Saya menghargai pertolongan Anda]

Follower Aku Merajuk

Asslamualaikum entry kali ini mungkin ada yang tersinggung "Siapa makan nasi, Dia rasa kenyang" HeHe. Kenapa dengan follower saya? haa ini yang nak cerita sikit ni, ada follower saya yang marah atau merajuk sebab saya tak follow blog mereka. Tengok list follower kat atas seramai 203 orang jiga di bandingkan list follower kat bawah ni seramai 198 orang.
Siapa yang merajuk tu ye meh sini sikit nak tengok. Hari tu kan saya ada buat satu entry bertajuk Nak Follow Semua Follower tapi tak ada pun yang bagi komen, maknanya saya dah follow semua yang tertinggal. Saya pun banyak jugak follow blog orang dan orang tu tak follow blog saya its ok, tiada masalah. Tolong la follow dengan ikhlas, bila kita buat benda tak ikhlas macam ini lah jadi nya kita mengharapkan sesuatu dari orang lain. Lagi satu saya minta maaf mana yang tak terfollow lagi maklum lah line sekarang sengal sikit dan lastly thanks pada semua yang datang mengunjungi blog ini tak kira lah dia seorang silent reader dan thanks juga pada yang support blog ini. Saya amat menghargainya.
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..