Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Puisi Buat Sang Puteri


Menjunjung kasih cinta setia
Biar luka jemala hamba
Membuai rindu santapan kalbu
Asal dapat sentuh bayangmu
Sulaman emas kebaya labuh
Untuk puteri berpadan sungguh
Mabuk kepayang sekelip mata
Jangan hamba dianggap gila
Ingin membina istana dari permata
Malang sekali hamba tak punya apa
Ingin mencoret warkah bertinta emas
Tapi sayang tiada indah bahasa hamba
Hanya mencoret warkah usang
Untuk melepas kasih dan sayang
Jangan hamba dianggap gila
Niat suci di hati hamba

Monday, January 3, 2011

Kerinduaan


P/S : Sebelum anda membaca, Sila mainkan lagi Adam Maya "Yang Terindah" untuk mendapatkan mood yang sangak ok =p

Setiap kupejam mata ini bayanganmu selalu hadir
Seakan dirimu ada di setiap langkah kaki
Tersenyum menemani hari hari ku tanpa dirimu yang kudambakan
Kasih......adakah perasaanmu sama denganku

Setiap kenangan terjalin bersamamu tak terhitung waktu
Selalu hanya ada dirimu dan diriku
Kuhela kan nafas panjang merindukanmu di tepi hati yang sunyi
Sendiri dalam kesedihan yang mendalam tumpah dalam setiap pengharapanku

Perlahan ku ayunkan kaki tuk menjalani kehidupan ini tanpamu
Bertahan untuk menunjukanmu seberapa besar ketegaran hati demi dirimu
Walau rasa ini berbeza saat ada dan tanpa dirimu
Kusedari hidup ini harus tetap walau kau jauh disana

Sungguh aku merinduimu sepenuh hati
Sungguh aku tak rela harus seperti ini
Senyummu,guraumu,perhatianmu bagian hidupku kini
Selamanya dirimu ada di dalam hatiku yang paling dalam

Apabila kehidupan ini tidak mempertemukan kita
Apabila cinta ini tak dapat kurajut bersamamu pada saat ini
Semoga kelak pada zaman berikutnya cinta ini
Hanya ada untuk kita berdua untuk selamanya

Izinkan aku berjalan dengan restumu menjalani semua ini
Temani aku selalu dalam setiap kesepian dalam hati ini
Kutahu seperti inilah yang dirimu inginkan padaku
Tegar menjalani semua ini sampai kelak kita bertemu kembali.

Friday, December 17, 2010

Topik Tidak Bertajuk

Perbezaan Antara Kawan dan Kekasih

Ramai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Tuesday, November 23, 2010

Cinta itu indah atau menyakitkan?


Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Tuesday, November 16, 2010

Sepatah Kata Romantik



Pagi yang cerah ketika bersamamu
malam yang indah ketika mendengarkan suara mu
hati yang bahagia ketika memiliki mu selamanya

================================

Sunday, November 7, 2010

Khas buat orang yang dalam bercinta

1. Setiap kali anda bangun tidur time pagi anda terus teringatkannya.

2. Setiap kali telefon berdering, setiap kali itulah anda berharap dia yang memanggil... 

3. Anda terlalu memikirkan tentang si dia yang sudah jauh pergi, setiap hari, setiap masa. Lupakanlah orang yang tak sudi. Sudah tiba masanya anda memikirkan tentang masa depan emosi anda yang bercelaru itu.

4. Anda tak henti-henti bercakap mengenai bekas kekasih anda, tidak kiralah..yang baik atau yang buruk tentang perangai dan perihal si dia. Kasihanilah orang yang terpaksa mendengar cerita basi anda itu! Jangan jadikan bekas kekasih anda sebagai topik perbualan

5. Surat, hadiah, nota, SMS, gambar...mengingatkan anda memori bersama si dia. Bagi insan yang lemah emosi seperti anda, jangan simpan lagi apa-apa sahaja benda yang boleh mengingatkan anda kepadanya. Sebaik-baiknya, simpan semua surat, gambar atau hadiah pemberiannya ke dalam kotak dan sorok jauh-jauh! 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bukan senang nak melupakan kekasih lama yg amat disayangi tapi sampai bila nak megenang org yang dah pergi meninggalkan kita tanpa menoleh walaupun seketika. Memang senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. But why not we try, untuk melupakannya & menerima cinta baru yg mungkin lebih baik dari dulu. Kalau tak cuba mana tahukan?

So, hari ni saya nak berkongsi tips untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila…

Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.



Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.


Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.


Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan


Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan.
Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.


Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.


Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.


Eh bukan bulan madu ye, nanti dah kawin baru bulan madu huhu... Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan?

 ***********************************
Nota Kaki : Saya pun sebenarnya baru 2 bulan putus cinta ekekeke... Jadi sama2 lah kita cari pengganti
yang lebih baik dari yang terdahulu. Amin.
Kalau ada nak komen.. Komen jew.. =)

Thursday, November 4, 2010

Resepi Biskut Hati


Bahan-Bahan:

2Kg Hati yang segar dan matang.
2Kg Budi yang luhur
3Kg Kefajaman agama
2 Camca fanila persefahaman dan sedikit sejiwa.
Jangan lupa perisa senda gurau secukup rasa, masam, manis, tangis, tawa dan sedi
dan sediakan perasaan cemburu jika perlu

Cara Membuatnya:

Campurkan dan gaulkan 2kg hati matang dan segar tadi dengan 2kg budi yang luhur.
kacau sehingga naik. Kemudian, biarkan biarkan di jemuran sehingga 2 hingga 3 tahun agar hasilnya
benar-benar memuaskan dan membahagiakan. 3kg kefahaman agama di pikul dan di pupuk
sehingga naik dan campurkan 2 camca fanila kefahaman dan sejiwa tadi ia perlu agar masa bercinta
nanti tidak melampaui batas dan mendapat keredhan yang Maha Esa.
2 camca kecil ketulusan dan di campurkan dengan perasaan senda gurau secukupnya rasa masam,
manis, tangis dan dan tawa. campurkan juga perasaan cemburu jika perlu hehe tapi kalau rasa-rasa
tak nak pun boleh jugak tapi saya saran kan kena campur tapi jangan lah terlalu banyak sebab
ia akan merosakkan cinta itu nanti. Jika semua telah selesai dan ini lah hasilnya "Cinta yang Manis perasanya"

Wednesday, November 3, 2010

Pengayangkah Aku!!!?

Assalamualaikum kawan-kawan. Korang dah baca lom entry kat atas tu huhu.. ceritanya macam begini, Aku ada kenal seorang gurl kira cantik gak lah dia ni. Orangnya bertudung (dalam hati Aku memang suka awek bertudung ni ekekeke) Nama dia aku sebut pun bukan korang kenal kan?? selalu aku panggil awak jew malas nak panggil panjang2 huhuhu.. Awek ni aku kenal dalam seminggu yang lepas tapi tak pernah jumpa lagi InsyaAllah nanti ada masa masa free aku datang lah tempat p dia hahaha.. so, berkenalan lah kami. dia pon macam aku gak baru putus cintan cintun hahaha bak kata dia "Alaa wat per nk frus, bunga bukan seekor bunga bukan sekumbang, belalang bukan seekor" hahaha ada lak belalang. semalam aku SMS lah dia sampai kul 5 subuh. Tahan gak awek ni tak mengantok. ini antara massage aku ngn dia. hempon ku berbunyi SMS "Lagu Kangen Band - Yakin lah aku menjemputmu-" So aku buka msg

Dia: Bila Allah cpt memakbulkan doamu, Maka dia menyangimu. Bila Dia lambat
memakbulkan doamu, Maka dia ingain memuji mu. Bila dia x memakbulkan doa mu,
maka Dia merancang sesuatu yg lebih baik buatmu. Semoga kita mampu menempuhinya dgn
penuh kesyukuran, ketakwaan & keikhlasan dan sedikit pengorbanan.

Aku: Terima kasih krn mengingai kan sya yg lupa =)

Dia: Emm yea, bz ke? sOry distb awak memalam ni.

Aku: eh x de la.. x gangu pon. aSal 2,3 ari ni awk x msg sya? lupa kat sya la tu.. -sad-

Dia: Aik?? sy slalu msg awk tpi msti pending jak msg sya 2. 
kenapa off nFon? Hurmmm.. sampai hati awk =(

Aku: hehe bkn oFF la tapi sya x nk ganggu awk. ni awk sht x?
mcm ner ngn papper xm, dah habis kn?? ok x?

Dia: emm ye la 2. Lom lgi esok las papper. Awk sht??

Aku: Allhamdullilah sya sht awk. klo sya x sht awk tlg rawat sya ye huhuhu.
pape pon sya doa kn kecemerlangan awk. awk x rindu sya ke ni?

Dia: ok, thnk dOakn ya! huhu wiNdu ba, 2 yg slalu msg.. tp msti x sampai, pending jak.
Bila dah smpa x d reply pu huhu.. awak yg x rindu sya. setianya lah sya
tunggu msg awk d sini :(

Aku: sya pun rindu awk gak tpi masa x mengizinkan sya msg awk.
maaf ye sibuk sikit ngn kerja.. bnyak art work kena buat..
sampai umah trus ttdo. sya mta mf skali lgi. (cuba utk memujuk dia)

Dia: owh.. yla, sya mf kn awk.. klo iya pon bg tau la. 
bg msg sepatah kata pon x pew wak

Aku: ok3x pasni di mana pun sya, sya tetap bg msg kt awk.
Cenyom ckit xmo la cedih2x x comey la (aku cubua utk memujuk lg)

Dia: =D swet smile 4 u lang.

Aku: ha!! mcm tu la kan cantik tu :)

Dia: Pandai awk mememujuk ye :p

Aku: hahaha mana ada, sya cuma x nk awk sedih2 mlm2 x elok.

Dia: yla tu hehehe

Aku: ini awak tngah wat apa??

Seminit x bbalas msg sya. hurmm..Aku antr msg lgi.

Aku: huik p mana?? buat air la tu?? :s

Dia: ops!! hahaha awk ni mcm tau2 jak. hehe

Aku: tau la, kn ati sya ada pada awk hahahaha.

Dia: Hurm yla tu.. hehehe..

Aku: ha tngok senyum maknanya betol la tu kan :p

Dia: malu sya hahahaha..

Aku: besar jgak kemaluan awk ni hahahaha.. 

Dia: hahaha awkkkkkk!!! eee!! geramnya :@

Aku:  ekekeke :p

Dia: awk, sya syg awk, awk slalu jak buat sya gembira.
terima kasih ya wak.

Aku: hehe kita kan kwn. jdi tgas sya bg awk gbira hahaha.

Dia: hehe btol. kmana2 jak sya p sya mesti bwa tepon sya ni 
sya tunggu gak awk msg. tp hamper!!

Aku: awk, klo kita ada jodoh mcm ner?? (saja nk usik dia)

Dia: huhu ntah la.. redha jak la. x leh tolak kn?

Aku: redha tu tandanya terima hahaha..

Dia: hehe ntah la.. huhu

Aku: malu la tu (aku mengisik lgi)

Dia: eeee jht nya awk. awk ni baik la.. sya suka kwn ngn awk.
x kedekut. charing.. :p

Aku: erk.. jht tpi kata baik mcm na tu?? hahah jgn mrh nti kena jual

Dia: eeeee!!! i mine sya happy dpt kwn ngn awk. huhu d jual pon
xda nilai wak.. hahaha..

Aku: uik x da nilai?? anak dara org RM10 ribu tu hahaha..

Dia: hahaha merepek.

Aku: awk x ngantok ker ni.. cian awk bjga memalam ni..

Dia: emm.. mengantok gak la ckit2 tp msg ngn awk ni pai pgi sok pun no hal

Aku: hehe jga kesihatan tu.. klo msg smpai sok pagi ada gak org x p class ni kang
lgi2 ngah xm ni.

Dia: wah, awk ni memahami la hehe.

Aku: hehe jom la kita tido sok kita msg lagi.

Dia: jom :D

Aku: slmt mlm wak, semoga mlm ni awk mpi kita nikah hahaha.. Assalamualaikum.

Dia: hahaha merepek jak awk ni.. hehe ok.. walaikum salam syg awk.

Aku: syg ak gak :p

Dia: :p

Aku:: haha p tido nuh..

Dia: daaaa :p

Tuesday, November 2, 2010

Cinta Dan Perpisahan


Cinta itu seperti matahari, ia tetap bercahaya, 
walau malam menjelang cahayannya pada bulan tetap menerangi
terkadang ia juga gerhana tetapi yang kembali jua kecerahannya.
Dan perpisahan itu akan selalu ada kerana kita pernah bertemu

Cinta itu apa ya?


Cinta itu perasaan jiwa semulajadi.Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.



Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.
Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”
- Saidina Umar Ibnul Khattab -

*****************************************************************
Nota Kaki : Aku Belum Bertemu Cinta -Mancari-
*****************************************************************

Monday, October 4, 2010

Buat yang Tersayang


bila cinta adalah nafas
aku ingin hidup seabad

bila cinta adalah keindahan
aku ingin slalu memandangmu..

bila cinta adalah luka
aku takkan pernah peduli betapa sakitnya

aku ingin terus mencintaimu
tak pernah peduli seberapapun pahitnya

bila cinta adalah air mata
aku akan tetap tersenyum
agar kamu tahu
aku begitu tulus menyayangimu….. (^.^)

Saturday, September 25, 2010

Suara hati ku~

Di sini aku masih lagi sendiri. melalui lorong-lorong yang kosong.. merenungi hari-hari sepi ku tanpa diri mu.. melihat banga-bunga yang lalu keguguran jatuh ke bumi.. aku masih berdiri di sini tanpa diri mu.
Bila esok hari datang lagi.. aku cuba menghadapi semua ini meski tanpa mu di sisi.. bila nanti aku dapat bintang yang berpijar, dapat mentari yang tenang besama ku di sini.. teringin berkongsi tawa, nangis dan gurau senda bersama bintang yang akan hadir dalam hati ku..berharap di tempat ini aku masih mampu bertahan.. suara dengar kan lah aku, mesti pun aku di sini merindumu berharap kau di sana baik-baik sahaja. dulu kita pernah berjanji anda pertemuan ini punca perpisahan biar lah Tuhan dan kematian yang memisahkan kita.. tapi kita belum mati lagi dah berpisah hehe lawak betol kan? Kau ingat tak dulu masa kita pergi pasar masa tu kita mo p beli apa ntah lupa pulak.. masa tu kan hujan-hujan.. payung kecik jak.. aku suruh kau jak yang pakai payung. aku cakap aku suka main hujan.. last-last esoknya aku demam lak huhu. sebenarnya aku tak boleh kena hujan nanti terus demam tapi aku sayang kau tak apa lah aku demam asal kau sihat =).. dulu kita pergi KFC kita oder 4 ketul ayam.. seorang 2 ketul la kan.. tapi aku makan 1 je. 1 ketul g aku bagi kau.. aku cakap aku tak suka sangat ayam KFC ni.. hehe.. sebenarnya aku bukan tak suka tapi aku nak bagi kau makan lebih. aku tau kau suka KFC =).. kau ingan tak masa dulu aku tak ada duit. kau plak lapar, cian kat kau kan, aku pergi la cari kot-kot ada benda yang boleh di makan.. aku bawa pulang pisang pastu kita goreng.. aku makan sikit jak.. kau tanya kenapa makan sikit? slumbar aku cakap aku dah kenyang. kau habis kan lah.. aku seronok tengok kau makan.. aku sebenarnya lapar jugak hehe.. tapi tak apa lah asal kan kau kenyang =) kau ingat tak dulu aku lempang kau sampai berdarah.. aku minta maaf ya.. lepas kejadian itu aku tak pernah dah pukul kau kan? hehe sbb aku tak nak ulangan kesahan itu walau pun kau selalu sepak trajang aku. sakit tau badan-badan aku ni kau kerja kan tapi tak pa lah aku sayang kan kau tebih dari aku sayang kan diri aku sendiri =)..kau ingat tak masa kau study banyak yuran nak di bayar bila kakak kau dah tak bagi duit aku terpaksa cucuk ATM keluarkan duit untuk kau belanja, bila kau tanya aku ada duit ke tak? aku tak pernah jawap tak ada walaupun hakikatnya aku pun tak cukup untuk makan tapi tak apa lah yang penting kau dapat habis kan diploma tu.. sayang jugak kalau tak habis. Nanti kalau aku dah jumpa pengganti diri mu aku nak tunai kan semua janji-janji yang bernah kita lafas kan.. antaranya aku tak pernah mendua kan dia seperti aku tak perna menduakan kau selama kita couple =) aku akan membahagiakan dirinya seperti aku membahagiakan mu.. aku nak bina rumah banglo di depannya ada taman arnab dan guine pic seperti yang kau ingin kan.. aku akan didik dia seperti mana aku didik kau.. aku harap sangat lepas ini aku jumpa orang yang betol-betol sayanng kan aku.. =).. semua itu dah berlalu masa ini pun kau dah berkerja. selama kau kerja seingat aku baru rm5 kau belanja aku itu pun belanja topup untuk aku massage dengan kau.. tapi tak apa lah aku tak kisah pun..

Friday, September 24, 2010

ieza, aku pergi dulu..


Izin kan aku pergi, apa lagi yang kau tangisi dan jangan pernah kesali keputusan yang kau inginkan ini. semoga penggati diri ku dapat lebih mengerti hati mu.. memang berat aku rasakan untuk meninggal kan kasih yang aku cintai selamat 5 tahun. namun bagai mana lagi, semua ini harus aku jalani walaupun hakikatnya pahit untuk ku telan.. za, selamat tinggal.. aku sentiasa mendoakan kau selalu bahagia. aku pesan ni, kau jangan lupakan aku ye.. sentiasa la kirim kan khabar mu.. Bila suatu hari nanti dia membuat kecewa di hati mu, percaya la batin ini tak akan pernah mendengarmu hidup menderita. za, walaupun kebersamaan kita bagaikan sesaat.. namun kau tetap sebahagian dari jiwa ku.. ku iringi pemergiaan mu dengan ikhlas hati doa ku sentiasa bersama mu.. cukup lah derita ku sampai di sini.
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..