Laman UtamaLatar Belakang ellangTepah Header

Thursday, January 6, 2011

Jangan Menukar Template Blog Sesuka Hati

Ini lah akibatnya kalau tukar template blog sesuka hati. Baru saya perasan banyak benda yang hilang di blog Perjalanan Seorang Anak Bugis di sebabkan pagi tadi saya tukar template. Antaranya yang hilang seperti Reply To Comment, Pluging CEO, dan ada lagi rasanya yang belum di kesan. So nak tak nak kena buat semula mana yang dah tak ada tu. Biasanya memang saya akan download full template dulu sebelum melakukan kerja-kerja pengubahsuaian tapi ntah macam mana hari ini lupa nak buat. Nasib baik kod semua ada save dalam komputer. Penat..oh..Penah HuHuHu.

Kemas Kini Blog



Assalamulaikum.. HeHe buruknya header saya ni, huhu sebenarnya saya tak ada idea nak buat HuHu. Korang perasan tak semua blog kawan-kawan dah bertukar wajah kan? Almaklumlah dah masuk tahun baru, kalau boleh semua nak baru tapi kalau yang dah kawin tu jangan nak isteri baru dah lah yew HeHe kang tak pasal-pasal korang kena terajang oleh isteri lama. Blog saya pun dah berwajah baru tapi still memaparkan elimen biru yang mai datang sini jangan boring ye asyik tengok warna biru jew HuHu. Ok lah see u all di lain waktu, banyak kerja ni nak buat. Hope u all sentiasa bergembira dengan kehidupan korang.

Sepi dan Sendiri Aku Benci

Wednesday, January 5, 2011

Cuti-Cuti Edisi Kota Kinabalu


Sebelum mandi, amik gamar dulu HaHa (Part Meroyan) Eh!! lupa nak bagi salam lah. Assalamualaikum semua. 2 3 hari ini saya tak update blog sebab tengah bercuti (Rilex Tention) semalam sampai rumah sekitar jam 11.00 malam HuHu.. penat oH.. Saya pergi berdua dengan adik jew yang lain-lain tak nak ikut sebab kerja.

Eh enko pun amik gambar sebelum mandi ker? iSh!! tak senonoh betul HuHu.. Selepas kita orang mandi dan bersiap-siap, pakai rexona, pakai bedak dan jangan lupa kalau nak dapatkan muka bersih tanpa bintik-bintik hitam kena lah pakai fair& lovely HaHa. Alamak Was tertinggal, macam mana ni? tak kan tak pakai minyak rambut? eh mana boleh, nak tak nak kena pergi beli kat 7 eleven. lepas dah siap semua kita orang pergi k-box dekat Centra Point. Orang-orang yang macam kami ni kalau bab-bab nyanyi kena tempat yang tertutup sebab suara tak sedap macam suar artis HuHu.


Lepas penat menyani kita orang cabar minda pula, main game. yeah, ini yang yang kita orang suka.


Ha!! tengok ni besar kan, gambar ini di ambil dari bawa bangunan Center Point.. Banyak juga game kita orang layan antaranya Puzzle, lumba motor banya lagi lah tak larat nak senarai semuanya. Kemudian kita orang pergi tengok wayang. Memandangkan Filem yang kita orang nak tengok tu lambat lagi kita orang singgah di pusat Snooker play 1 jam sambil-sambil tunggu time tengok wayang tu.


1 jam kemudiaan...


Lepas tuh kelaparan lah pula, Adik saya nak try makan KFC dekat Sinsuran 24 jam. kita orang lepak sana sampai jam 3 pagi. Kekenyangan oh!!..






Lepas tu kita orang balik hotel tidur ZzZZzz!!!...

Tuesday, January 4, 2011

Nak Follow Semua Follower



Asslamaulaikum buat semua pembaca blog Perjalanan Seorang Anak Bugis, hari ini tiada entry yang menarik cuma nak follow semua follower blog Perjalanan Seorang Anak Bugis yang belum di follow. So pada sesiapa yang sudah follow blog ini tapi saya belum follow blog korang tolong bagi tahu ye. Dua tiga hari ini saya sangat sibuk sebab tuh tak dapat follow korang balik dan tak dapat jenguk-jenguk blog korang. Rasanya banyak lagi ni belum di follow, insyaAllah hari ini saya follow semua yang belum di follow. BW time HuHu.. Daa!!

Monday, January 3, 2011

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

Penganjur : Ahsfantasy24

Tukang Tag Yang Tersayang : Meez Shaz 

Hari ni cik Shaz tag KucingMalas lagi, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada cik Shaz sebab rajin tag KucingMalas. Kali ini bertajuk Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru kira macam saya lah blogger baru bak kata orang tua-tua banyak lagi yang perlu saya belajar, blog saya berusia 4 bulan. Syarat-syarat nak join benda ini korang kene ada follower kurang dari 300 user,  saya punya follower seramai 184 user maknanya boleh join lah kan? nak say terima kasih jugak pada semua yang sudi follow blog Perjalanan Seorang Anak Bugis. Info lebih lanjut korang blog layari blog Ashfantasy24 dan jangan lupa jengguk blog cik Shaz yang comel tu Klik Di Sini

Kerinduaan


P/S : Sebelum anda membaca, Sila mainkan lagi Adam Maya "Yang Terindah" untuk mendapatkan mood yang sangak ok =p

Setiap kupejam mata ini bayanganmu selalu hadir
Seakan dirimu ada di setiap langkah kaki
Tersenyum menemani hari hari ku tanpa dirimu yang kudambakan
Kasih......adakah perasaanmu sama denganku

Setiap kenangan terjalin bersamamu tak terhitung waktu
Selalu hanya ada dirimu dan diriku
Kuhela kan nafas panjang merindukanmu di tepi hati yang sunyi
Sendiri dalam kesedihan yang mendalam tumpah dalam setiap pengharapanku

Perlahan ku ayunkan kaki tuk menjalani kehidupan ini tanpamu
Bertahan untuk menunjukanmu seberapa besar ketegaran hati demi dirimu
Walau rasa ini berbeza saat ada dan tanpa dirimu
Kusedari hidup ini harus tetap walau kau jauh disana

Sungguh aku merinduimu sepenuh hati
Sungguh aku tak rela harus seperti ini
Senyummu,guraumu,perhatianmu bagian hidupku kini
Selamanya dirimu ada di dalam hatiku yang paling dalam

Apabila kehidupan ini tidak mempertemukan kita
Apabila cinta ini tak dapat kurajut bersamamu pada saat ini
Semoga kelak pada zaman berikutnya cinta ini
Hanya ada untuk kita berdua untuk selamanya

Izinkan aku berjalan dengan restumu menjalani semua ini
Temani aku selalu dalam setiap kesepian dalam hati ini
Kutahu seperti inilah yang dirimu inginkan padaku
Tegar menjalani semua ini sampai kelak kita bertemu kembali.
Fromspring.me
 
© Copyright and Design by ellang
..:| Hak cipta terpelihara oleh http://ellangdesign.blogspot.com |:..